Apple akan membuka Apple Store pertamanya di Malaysia pada 22 Jun 2024, terletak di Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur. Apple Store ini bukan sahaja menawarkan pelbagai produk terkini Apple. Pembukaan Apple Store pertama di Malaysia di TRX menandakan langkah penting dalam komitmen Apple untuk mengukuhkan kehadirannya di rantau ini, memberikan akses yang lebih mudah kepada produk dan sokongan teknikal kepada pengguna tempatan.
Marilah kita melihat overview keseluruhan Apple Store di TRX menerusi video TikTok oleh @smashpop.
Apakah Kelebihan Adanya Apple Store Pertama DI Malaysia ?
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan telah memberitahu pelbagai kelebihan adanya Apple Store di Malaysia iaitu:
1. Menjadi Penerima Iphone Terawal
Sama ada anda pelanggan Apple sedia ada atau baharu kepada Apple, anda akan boleh mendapatkan sesi panduan produk satu sama satu dengan Pakar di Apple Store. Sebagai contoh, jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang iPhone, Apple Watch atau MacBook terkini, anda boleh menempah sesi dalam kedai dalam talian dan hanya berjalan masuk semasa masa yang dijadualkan.
2. Boleh mendapatkan Ansuan Bulanan
Servis Ansuran Bulanan ini memudahkan pengguna untuk membeli produk Apple yang diidamkan setiap pengguna.
3. Terdapat banyak produk Apple Dimasukkan
Pelbagai produk Apple yang jarang didapati akan mudah diakses jika adanya Apple Store ini di Malaysia. Contohnya seperti Homepod yang sudah dilancar daripada tahun 2017 sampai sekarang tidak masuk ke pasaran Malaysia.
4. Applecare+
Applecare+ ini menawarkan tambahan perlindungan peranti menerusi sokongan teknikal dan juga servis perkakasan yang bergantung kepada jenis peranti.
5. Jualan Produk Terpakai Apple
Semua produk terpakai Apple yang menerima pengesahan dari Apple dan tersedia dengan jaminan satu tahun.
6. Trade-in
Fungsi Trade-in Produk Apple Boleh dilakukan dengan model yang baru di Apple Store.
Berikut merupakan komen daripada netizen. Ramai orang yang komen tentang video ini berasa takjub apabila akhirnya dapat melihat Apple Store secara berdepan tanpa perlu ke negara luar yang mempunyai Apple Store untuk mendapatkan produk Apple keluaran terbaru.

Sebaik sahaja apple store dibuka, kami menjangkakan Apple akan mendedahkan program penuh “Today at Apple” dan pelawat boleh menempah sesi satu dengan satu mereka untuk panduan produk dan sokongan pelanggan.
Adakah anda menantikan pembukaan? Beritahu kami pendapat anda.
Sumber: Apple The Exchange TRX
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.