Solat Sunat Aidilfitri

Kredit Gambar: shahalam.concordehotelsresorts

Setiap tahun, umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah. Pada waktu inilah keluarga akan berkumpul untuk memakai pakaian baru, berhias diri dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kemuncak sambutan Hari Raya Aidilfitri adalah Solat Sunat Aidilfitri. Solat sunat ini dijalankan pada waktu pagi Hari Raya Pertama, sebelum aktiviti ziarah-menziarahi dilakukan.

Hukum solat sunat ini adalah sunat muakkad, iaitu solat sunat yang digalakkan di dalam Islam.Solat sunat ini boleh dikerjakan secara bersendirian mahupun berjemaah, namun ia digalakkan untuk berjemaah untuk meraikan hari kemenangan dan juga memperolehi ganjaran pahala yang besar. Rasulullah S.A.W. tidak pernah meninggalkan solat sunat ini semenjak ia disyariatkan sehinggalah Baginda wafat. Khutbah raya pula akan dibacakan selepas anda selesai menjalankan solat sunat ini. Namun, ia boleh dilaksanakan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian. 

Solat Sunat Aidilfitri

Advertise With My Weekend Plan

Bilakah solat sunat ini dikerjakan?

Solat sunat ini dikerjakan sesudah matahari terbit, lebih kurang dalam jam 8.00 pagi (Semenanjung Malaysia), sehinggalah sebelum masuk waktu Zohor. Berdasarkan hadis Riwayat Al-Bukhari daripada al-Barra’ r.a. bahawa dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W. berkhutbah dengan bersabda:

”Perkara pertama yang akan kita lakukan pada hari ini ialah mengerjakan solat.”

Oleh sebab itu, waktu yang paling afdal ialah ketika matahari naik sekadar segalah kerana pada waktu itulah Rasulullah S.A.W. sering melakukan solat. Selain itu, di pagi hari raya, kita disunatkan untuk mandi sunat hari raya sebelum ke masjid.

solat-sunat-
Kredit Gambar: m.malaysiakini.com

Mengapakah ia dinamakan ‘Eid’ dan ‘Fitri’?

Perkataan ‘eid’ ( العِيْدُ ) diambil daripada perkataan ‘audah’ ( العَوْدة ) yang bermaksud kembali atau berulang. Jadi, mungkin kerana hari raya ini berulang dan kembali setiap tahun atau berulangnya kegembiraan menyambutnya.

Fitrah bermaksud asal kejadian atau kejadian semula jadi sesuatu hal. Oleh itu, ia dinamakan Aidilfitri kerana zakat fitrah yang diwajibkan ke atas orang Islam pada waktu tersebut.

Apakah perbuatan sunat semasa raya?

Sebelum anda mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri, anda dianjurkan melakukan beberapa perkara seperti mandi sunat raya, berpakaian baru, makan terlebih dahulu, melaungkan takbir dan juga bermaaf-maafan antara satu sama lain. Anda juga disunatkan untuk memakai wangian sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat ini. Selain itu, disarankan juga kepada anda untuk pergi ke masjid dan pulang dari masjid menggunakan jalan yang berlainan. Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. bahawa:

“Nabi S.A.W. apabila keluar untuk solat hari raya, Baginda tidak akan kembali (ke rumahnya) melalui jalan yang sama.”

(Riwayat Ibn Majah dan Sunan Ibn Majah, kitab Mendirikan Solat dan Sunat-sunatnya)

Bagaimanakah cara mengerjakan Solat Sunat Aidilfitri?

1. Niat

Anda boleh membaca niat solat sunat ini di dalam hati semasa mengangkat takbir:

solat-sunat-
Kredit Gambar: akuislam.com

Usolli Sunnatan ‘idilfitri Rak’ataini Adaan Lillahi Taala

Maksud: Sahaja aku sembahyang sunat Aidilfitri dua rakaat tunai kerana Allah Taala.

2. Rakaat Pertama- Doa Iftitah

Anda boleh mula membaca doa Iftitah selepas berniat dan mengangkat takbir.

Rakaat-Pertama-Doa-Iftitah-
Kredit Gambar: tzkrh.com / tzkrh.com

3. Takbir 7 kali

Takbirlah 7 kali dan berselang-seli dengan tasbih di bawah:

Takbir--kali
Kredit Gambar: akuislam.com

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

4. Rakaat Pertama- Surah Al-Fatihah

Bacalah surah Al-Fatihah.

Surah-Al-Fatihah-
Kredit Gambar:teratakemas.com

5. Rakaat Pertama- Surah Al-Kafirun

Kemudian, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antara surah yang boleh dibaca adalah Surah Al-Kafirun.

Rakaat-Pertamav
Kredit Gambar: cikfauziah.blogspot.com

6. Rukuk

Selesai membaca surah Al-Kafirun, anda boleh teruskan dengan rukuk seperti biasa.

7. Bangun Iktidal

Selepas itu, anda bangun iktidal (berdiri tegak) sambil membaca bacaan yang biasa dibacakan seperti solat fardu.

8. Sujud Pertama

Kemudian, bersujudlah seperti sujud kebiasaannya sambil membaca bacaannya.

9. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda hendaklah membaca bacaan seperti kebiasaannya di dalam solat fardu.

10. Sujud Kedua

Lakukan sujud kedua sepertimana kebiasaannya.

11. Duduk Istirahat

Sebelum anda bangun untuk menyempurnakan rakaat kedua, anda duduk seketika dalam 3 saat sebelum bangun untuk rakaat seterusnya.

12. Takbir 5 kali

Takbirlah 5 kali berselang-seli dengan tasbih di bawah:

Takbir--kali
Kredit Gambar: akuislam.com

Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaaHa illallahu Wallahu Akbar Walaa Haulawala Quwwata illa Billahil ‘Aliyyil ‘Adzim 

Maksudnya:

Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah, Allah Maha Besar, dan tiada daya dan upaya serta kekuatan (bagi kita) melainkan dengan kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung.

13. Rakaat Kedua-Surah Al-Fatihah

Usai anda mengangkat takbir, mulakan rakaat kedua ini dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Fatihah--
Kredit Gambar: teratakemas.com

14. Rakaat Kedua-Surah Al-Ikhlas

Selepas surah Al-Fatihah, anda boleh membaca mana-mana surah di dalam Al-Quran. Antaranya adalah Surah Al-Ikhlas.

Rakaat-Kedua-Surah-Al-Ikhlas--
Kredit Gambar: akuislam.com

Qul Huwallāhu Aḥad. Allāhuṣ-Ṣamad. Lam Yalid Wa Lam Yūlad. Wa Lam Yakul Lahū Kufuwan Aḥad

Maksud:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

15. Rukuk

Selesai membaca surah Al-Ikhlas, anda boleh teruskan dengan rukuk seperti biasa.

16. Sujud Pertama

Kemudian, bersujudlah seperti sujud kebiasaannya sambil membaca bacaannya.

17. Duduk Antara Dua Sujud

Dalam posisi ini, anda hendaklah membaca bacaan seperti kebiasaannya di dalam solat fardu.

18. Sujud Kedua

Lakukan sujud kedua sepertimana kebiasaannya.

19. Duduk Tahiyyat Akhir

Duduk tahiyyat akhir adalah duduk ketika membaca tahiyyat akhir. Anda disunatkan untuk duduk secara tawaruk, yakni duduk dengan menghulurkan kaki kiri ke kanan dan merapatkan punggung ke lantai. Ketika ini, anda haruslah membaca bacaan Tahiyyat Akhir.

20. Salam

Akhiri solat dengan memberi salam, bermula dari kanan kemudian memalingkan muka ke kiri. 

Begitulah salah satu tatacara Solat Sunat Aidilfitri. Diharapkan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda dan semoga amalan kita ini diterima oleh Allah s.w.t. Amin. Selamat beribadah!

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close