Tabiat membawa bekas makanan sendiri untuk membungkus makanan yang dibeli daripada kedai sebenarnya dapat membantu anda mengurangkan penggunaan polisterin yang terbukti mencemarkan kesihatan dan alam sekitar. Selain itu, mempunyai bekas makanan sendiri juga membolehkan anda mengasingkan setiap jenis makanan daripada bercampur antara satu sama lain. Apakah bekas yang sesuai untuk dijadikan bekas makanan harian anda?
Bekas bento merupakan antara bekas makanan yang terbaik. Ia mempunyai reka bentuk yang dilengkapi dengan pelbagai bahagian dan saiz yang berbeza bertujuan untuk memudahkan anda mengasingkan makanan mengikut kategori. Perkataan “bento” berasal daripada perkataan Chinese yang membawa maksud “mudah”. Manakala bento dalam istilah bahasa jepun merupakan makanan bekal berupa nasi dan lauk-pauk dalam bungkusan praktikal yang boleh dibawa dan dimakan di tempat lain. Seperti nasi bungkus, bentō boleh dimakan sebagai makanan tengah hari, makan malam, atau bekal perkelahan. Berikut adalah 8 bekas bento terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia .
Apakah Perkara yang Perlu Dipertimbangkan Apabila hendak Memilih Bekas Bento:
Memandangkan terdapat pelbagai pilihan bekas bento di pasaran, tidak hairanlah sekiranya anda keliru untuk memilih bekas yang sesuai dengan kapasiti yang anda inginkan. Beberapa aspek yang perlu dipertimbangkan semasa memilih bekas bento adalah seperti saiz, kemudahan pembersihan dan harga.
- Saiz:
Bekas Bento datang dalam 2 jenis iaitu keras dan lembut, serta di dalam pelbagai saiz. Terdapat bekas bento yang lebar dan rata yang menyerupai bekas makan tengah hari tradisional yang dilengkapi dengan pembahagi yang boleh disusun. Oleh itu, adalah lebih baik jika anda memilih bekas bento anda mengikut kapasiti makanan yang ingin anda bawa.
- Kemudahan Pembersihan:
Terdapat beberapa bekas bento yang selamat untuk dicuci menggunakan mesin basuh pinggan manakala terdapat juga bekas bento yang tidak boleh dicuci menggunakan mesin basuh pinggan. Oleh itu amat penting untuk anda memilih secara teliti agar anda tidak membeli bekas bento yang tidak sesuai dengan kehendak anda.
- Harga:
Setiap bekas bento menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk bekas bento terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.
8 Bekas Bento Terbaik di Malaysia 2023
1. MUMU Lima 5-Compartments Lunch Box

Bekas bento ini diperbuat dengan plastik berkualiti tinggi bebas BPA yang bukan sahaja kalis bocor tetapi juga kedap udara. Bekas makan tengah hari ini dilengkapi dengan 5 bahagian yang boleh memuatkan beberapa jenis makanan. Setiap bahagian dilengkapi dengan penutupnya sendiri untuk mengelakkan makanan daripada bercampur antara satu sama lain selain memastikan makanan dapat dipisahkan dengan sempurna. Ia juga dilengkapi dengan beg penebat haba bagi mengekalkan suhu makanan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik PP
- Saiz: 23 x 17 x 6.2 cm (1000ml)
- Berat: 622 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Beg penebat disertakan
✅ Penutup individu untuk setiap bahagian
✅ Diperbuat dengan bahan gred makanan
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM116.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Onuobao Double Layer Lunch Box

Onuobao Lunch Box menawarkan kepada anda 2 lapisan ruang penyimpanan untuk meletakkan makanan. Ia didatangkan dengan pembahagi bahagian boleh laras yang membolehkan anda melaraskan mengikut kehendak anda. Selain itu, bekas ini juga selamat untuk digunakan dalam ketuhar gelombang mikro sekiranya anda ingin memanaskan semula makanan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 18.6 x 8.5 x 8.5 cm (850 ml), 18.3 x 10.5 x 10.8 cm (1500 ml)
- Warna: Biru, Hijau, Hitam, Putih, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Selamat digunakan pada Ketuhar gelombang mikro
✅ Pembahagi petak boleh laras
✅ Kunci berganda selamat pada setiap sisi
Harga: RM25.00 (850 ml) | RM35.00 (1500 ml)
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Stainless Steel Lunch Box

Bekas makanan ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan 2 lapisan ruang penyimpanan dengan pelbagai jenis bahagian. Seterusnya, lapisan bawah bekas ini sesuai untuk makanan yang mempunyai kuantiti yang banyak atau bersaiz besar seperti chicken chop, nasi atau pasta. Manakala pada lapisan atas dilengkapi dengan bahagian berasingan yang sesuai untuk hidangan bersaiz kecil seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Beg penebat bagi bekas ini dan peralatan makan turut disertakan semasa pembelian.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat, Plastik PP, Getah
- Saiz: 18 x 12 x 9 cm (1200 ml)
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Selamat digunakan pada gelombang mikro
✅ Lapisan khusus untuk air panas
✅ Beg penebat disertakan
Harga: RM36.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Jayinex Double Layer Lunch Box

Bekas bento ini memiliki reka bentuk yang agak kecil dengan kapasiti sehingga 1500 ml. Bekas ini diperbuat daripada plastik dan Polypropylene berkualiti tinggi, membolehkan anda memanaskan makanan dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Bekas makanan ini sangat ideal untuk dibawa ke sekolah atau ke tempat kerja.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Polypropylene
- Saiz: 21.5 x 11.5 x 11 cm (1500 ml)
- Berat: 600 g
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Biru, Hijau, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Selamat digunakan pada ketuhar gelombang mikro
✅ Lapisan perkakas khusus
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. MILANDO Japanese Style Bento

Jika anda seorang yang sukakan bekas bento dengan gaya Jepun yang minimalis. MILANDO Japanese Style Bento adalah terbaik untuk anda. Bekas bento ini dilengkapi dengan 2 lapisan ruang makanan serta pembahagi bahagian yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Selain itu, dengan lapisan perkakas khusus, anda boleh menggunakannya untuk menyimpan penyepit dan sudu anda. Tambahan pula, bekas ini didatangkan dengan penutup kayu yang dilengkapi dengan pengedap getah kalis bocor yang menghalang tumpahan lauk atau kuah makanan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu, Plastik
- Saiz: 18 x 10 x 10 cm (1200 ml)
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Selamat digunakan dalam ketuhar gelombang mikro
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Bento Box Lunch

Bekas bento ini didatangkan dengan 4 bahagian saiz berbeza yang membolehkan anda meletakkan pelbagai jenis makanan. Dengan reka bentuk badannya yang langsing, anda boleh memasukkan bekas ini ke dalam beg galas anda. Bekas ini mudah untuk dibawa ke mana sahaja bersama anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, Silikon
- Saiz: 22.5 x 16.5 x 5.7 sm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Greed, Red, Blue, Pink
Kelebihan:
✅ Bahagian dengan saiz yang berbeza
✅ Reka bentuk badan langsing
✅ Selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan
Harga: RM62.56
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Stainless Steel Bento Lunch Box

Bekas bento ini didatangkan dengan ciri yang unik disertakan dengan bahagian khusus untuk anda meletakkan sup atau makanan yang berkuah. Hal ini kerana setiap penutup diperbuat daripada bahan silikon yang kedap udara. Bekas ini didatangkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat, Plastik, Silikon
- Saiz: 28 x 20 x 7 cm (1500 ml)
- Negara Pengeluar: China
- Warna: Merah Jambu, Hijau, Biru
Kelebihan:
✅ Mangkuk sup khusus
✅ Kapasiti penyimpanan yang besar
✅ Lapisan perkakas khusus
Harga: RM39.50
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Wooden Lunch Box

Tidak seperti kebanyakan bekas bento yang didatangkan dengan reka bentuk yang lebih moden, bekas bento ini didatangkan dengan rekaan bentuk kayu tradisional dan vintaj. Ia dilengkapi dengan pembahagi bahagian yang boleh dilaraskan mengikut keinginan anda. Selain itu, bekas ini juga dilengkapi dengan tali yang boleh anda ikat pada sekeliling bekas untuk memastikan ia selamat dan tidak terbuka.
Spesifikasi:
- Bahan: Kayu
- Saiz: 19 x 10 x 9.8 sm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Natural
Kelebihan:
✅ Reka bentuk vintaj dan tradisional
✅ Pembahagi bahagian yang boleh laras
Harga: RM38.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.