Bingsu Buah-buahan Menyegarkan di Sabah

‘Sudah terang lagi bersuluh’, sebagaimana terpampang di bannernya, kedai ini adalah Kedai The Fruity Bingsu yang terletak di Sabah. Pepatah pernah mengatakan bahawa ‘dari mata turun ke hati’, begitu juga dengan kedai bingsu ini, hanya daripada persembahan luarannya sahaja mampu membuatkan anda jatuh cinta. 

Sebelum kita berbincang dengan lebih mendalam soal ini, adakah anda mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan bingsu? Bingsu adalah ais kisar Korea. Anda boleh menemui makanan ini di kedai ini, iaitu Kedai The Fruity Bingsu. Kedai ini merupakan tempat yang wajib anda tuju sekiranya anda peminat pencuci mulut yang menyegarkan. Selain itu, tempat ini tidak asing lagi dalam kalangan penduduk di sekitar Sabah. Kedai The Fruity Bingsu mula mendapat perhatian ramai apabila salah satu menu rekaan mereka menjadi tular di laman sosial.

Idea untuk memulakan perniagaan ini adalah daripada isteri Ardi. Ardi merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menguruskan perniagaan. Kedai The Fruity Bingsu ini berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain bagi mendapatkan tempat yang strategik untuk perniagaan mereka. Apa yang penting bagi pasangan ini adalah para pelanggan akan berasa selesa dan selamat untuk singgah ke gerai mereka memandangkan gerai mereka terletak di pinggir jalan.

Selepas kesabaran demi kesabaran, komitmen demi komitmen, segala penat lelah mereka berbaloi. Hal ini kerana Kedai The Bingsu Fruity ini menerima sokongan yang luar biasa dari kalangan masyarakat. Setiap hari pasti akan ada sejumlah pelanggan yang sudah bersedia berbaris untuk menikmati keenakan bingsu ini.

Menurut Ardi, mereka dapat menjual anggaran 200 hingga 400 cawan pada setiap hari. Walau bagaimanapun, jualan dan periuk nasi mereka bergantung pada keadaan cuaca memandangkan kedai mereka hanya bertempat di tepi jalan. Selain itu, menu yang paling laris dalam kalangan para pelanggan adalah topping buah-buahan! Para pelanggan sering memesan topping buah-buahan berbanding pilihan topping yang lain. Namun begitu, mereka turut menawarkan variasi pilihan topping seperti bijirin.

P/S: Anda pasti akan teruja dengan kuantiti topping yang diletakkan untuk memuaskan hati dan selera para pelanggan yang dikasihi.

Bagi menu buah-buahan, Ardi berkata bahawa pilihan menu bergantung pada stok buah-buahan yang diperoleh pada hari tersebut. Anda boleh singgah di halaman media sosial mereka bagi mengetahui maklumat terkini tentang waktu operasi dan menu baharu mereka!

A

Lihat betapa pemurah si pemilik The Bingsu Fruity ini. Saiz hidangan yang diberikan kepada anda amat melimpah ruah. Setiap suapan memberikan anda rasa kesegaran dan keenakan yang tiada tandingannya dengan tempat lain. Anda dijamin tidak akan menyesal jika anda berbelanja di sini. Tambahan pula, anda boleh menjimatkan duit anda memandangkan satu cawan bingsu itu sahaja anda boleh kongsikan bersama rakan anda. Bak kata orang bijak pandai, ‘makanan anda terasa lebih enak apabila dikongsi bersama!’

Ini adalah salah satu cara untuk anda menikmati kesegaran dan kemanisan buah, iaitu dengan memakan pencuci mulut yang sejuk dan menyegarkan. Tunggu apa lagi? Pastikan anda sudah ‘spill the tea’ tentang kewujudan kedai The Bingsu Fruity ini kepada rakan-rakan dan keluarga kesayangan anda! Singgah ke kedai The Bingsu Fruity untuk menyejukkan tekak anda, terutamanya ketika cuaca panas terik!

Berikut adalah persia buah-buahan yang anda mesti cuba:

  • Mangga
  • Buah Naga
  • Tembikai Susu
  • Anggur
  • Kiwi
  • Campuran buah-buahan (Mangga, Anggur, Tembikai Susu)

Lihat perkara yang anda perlu tahu tentang kedai ini di The Bingsu Fruity.

Alamat: Parking Lot, Infront with Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi

9:00 pagi – 5:30 petang (Selasa – Ahad)

Tutup (Isnin)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

No. Tel: 017-8204406

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100076426752063 

Dapatkan baucer percuma anda di Lazada 【Di sini

Pelbagai tawaran pulangan tunai di Shopee 【Di sini

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close