8 Botol Eco Terbaik di Malaysia 2023

Air merupakan elemen kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Setiap hari, badan kita kehilangan 10 hingga 12 cawan air secara purata yang perlu digantikan untuk mengekalkan keseimbang kesihatan tubuh badan. Oleh itu, kita perlu tahu betapa pentingnya pengambilan air yang mencukupi agar tubuh kita kekal hidrat dan menjadi amalan harian untuk kehidupan yang lebih sihat. 

Botol eco merupakan salah satu alternatif yang boleh anda gunakan untuk membawa minuman anda. Botol eco diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama serta boleh mengekalkan suhu air anda untuk jangka masa yang lama. Berikut adalah 8 botol eco terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia

Apakah perkara yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli Botol Eco?

Terdapat pelbagai pilihan botol eco yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui saiz, reka bentuk dan kualiti botol boleh membantu anda dalam mencari botol eco yang terbaik.

1. Saiz

Kebanyakan botol eco didatangkan dengan lingkungan isi padu sebanyak 500 ml hingga 1 L. Anda disarankan untuk membeli botol dengan saiz yang sesuai dengan jumlah air yang anda perlukan.

2. Reka bentuk

Botol eco didatangkan dengan pelbagai reka bentuk, di mana sesetengah botol eco mempunyai bentuk yang lebih langsing dan sesetengahnya pula didatangkan dengan reka bentuk bersama straw. Jadi, anda haruslah memilih botol eco yang bersesuaian dengan cita rasa anda. 

3. Kualiti

Kualiti botol eco adalah penting untuk dipertimbangkan ekoran anda pasti ingin membeli botol yang boleh dipakai dalam jangka masa yang lama. 

8 Botol eco Terbaik Di Malaysia 2023

1. Klean Kanteen Insulated Classic Water Bottle 20 Oz

Klean Kanteen Insulated Classic Water Bottle Oz
Kredit Gambar: Wild Earth

Klean Kanteen merupakan botol air mesra alam yang diperakui oleh B Corp serta telah disahkan ‘climate neutral’. Botol air ini boleh menampung sehingga 600 ml air. Bukan itu sahaja, ia juga mampu mengekalkan suhu minuman panas selama 20 jam dan sejuk selama 50 jam. Botol ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘powder coat’ yang menjadikannya 4 kali lebih tahan lama serta selamat digunakan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Isi padu: 600 ml 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Warna: Shale Black, Brushed Stainless, Perairan Pantai, Pine Segar, Lemon Curry, Sea Crest, Meadow Flower

Kelebihan:

Kualiti tinggi, binaan tahan lama
Mempunyai sijil ‘climate neutral’
Minuman panas mampu bertahan selama 20 jam
Minuman sejuk mampu bertahan selama 50 jam

Harga: RM139 to RM199

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Hydro Flask Standard Mouth Cobalt

Hydro Flask Standard Mouth Cobalt
Kredit Gambar: Hydro Flask Malaysia

Hydro Flask merupakan salah satu botol air mesra alam yang popular pada masa kini terutamanya dalam kalangan Gen Z! Botol ini diperbuat daripada keluli tahan karat serta dilengkapi dengan teknologi ‘TempShield’ bagi mengekalkan suhu minuman anda untuk jangka masa yang lama. Botol air ini didatangkan dalam pelbagai saiz dan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Saiz: 16.5 cm 
  • Berat: 265 g
  • Isi padu: 355 ml 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Minuman panas mampu bertahan selama 12 jam
Minuman sejuk mampu bertahan selama 24 jam
Selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan

Harga: RM139.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. MONTiGO ACE Bottle Durable Stainless Steel

MONTiGO ACE Bottle Durable Stainless Steel
Kredit Gambar: Shopee

Botol MONTiGO ACE ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Ia mampu mengekalkan suhu minuman panas selama 12 jam dan sejuk selama 18 jam. Botol ini dilengkapi dengan penutup silikon yang bukan sahaja kalis bocor tetapi juga kedap udara. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan reka bentuk ergonomik bagi memudahkan anda membawanya ke mana-mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Isi padu: 950 ml 
  • Negara Pengeluar: China 
  • Warna: Hitam, Biru Tua, Putih, Biru Langit, Lavender, Pudina, Merah Jambu 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Minuman panas mampu bertahan selama 12 jam
Minuman sejuk mampu bertahan selama 18 jam
Permukaan botol yang cantik
Penutup kalis bocor
Mudah dibersihkan
Reka bentuk ergonomik

Harga: RM75.65 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Limited Edition Starbucks X S’well Reusable Water Bottle

Limited Edition Starbucks X Swell Reusable Water Bottle
Kredit Gambar: Lazada

Starbucks juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan produk botol eco iaitu Starbucks x S’well Reusable Water Bottle. Botol S’well ini boleh mengekalkan suhu minuman sejuk  anda selama 36 jam dan panas selama 18 jam. Botol S’well ini didatangkan dengan reka bentuk yang anggun dan bergaya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Isi padu: 500 ml 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Minuman panas mampu bertahan selama 18 jam
Minuman sejuk mampu bertahan selama 36 jam
Reka bentuk yang anggun

Harga: RM51.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Decathlon Hiking Stainless Steel Water Bottle

Decathlon Hiking Stainless Steel Water Bottle
Kredit Gambar: Shopee

Botol air keluaran Decathlon ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Botol ini didatangkan dengan reka bentuk mudah alih serta  permukaan yang licin bagi memudahkannya dibersihkan. Namun, botol ini tidak mempunyai ciri isoterma (yang berfungsi untuk mengekalkan suhu air anda untuk masa yang lama). Jadi, jika anda ingin menyimpan minuman pada suhu tertentu, anda boleh meletakkannya di dalam beg penebat suhu.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat
  • Saiz: 9 cm x 28.3 cm x 31 cm 
  • Berat: 297 g 
  • Isi padu: 1.5 L 
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Isi padu yang besar
Reka bentuk pemegang mudah alih
Mudah dibersihkan
Selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan

Harga: RM69.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Tempered Glass Water Bottle Tea

Tempered Glass Water Bottle Tea
Kredit Gambar: Shopee

Botol ini diperbuat daripada kaca borosilikat bebas toksik yang berkualiti tinggi bagi membolehkan rasa semula jadi minuman anda berkekalan. Ia juga dilengkapi dengan 2 lapisan kaca yang mempunyai rintangan suhu tinggi sekali gus menjadikannya selamat digunakan untuk air panas dan sejuk. Bukan itu sahaja, botol ini juga mempunyai reka bentuk penutup kalis bocor yang membolehkan anda membawanya dengan selamat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kaca borosilikat 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Putih, Perak 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Tahan panas
Kalis bocor
Mampu milik

Harga: RM4.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. FJbottle large capacity Outdoor Sports Thermos Flask

FJbottle large capacity Outdoor Sports Thermos Flask
Kredit Gambar: Shopee

Botol ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya anti-calar dan tahan lama. Ia boleh menampung sehingga 1000 ml air minuman. Selain itu, botol ini juga dilengkapi dengan kemasan ‘powder coated’ sekali gus menjadikannya anti-gelincir dan anti-peluh serta mudah untuk dibersihkan. Ia juga didatangkan dengan ‘carabiner aluminium’ untuk memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat 
  • Isi padu: 1000 ml 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Hitam, Biru, Oren, Hijau 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Mempunyai kemasan ‘powder coated’
Anti -gelincir
Anti- peluh
Mudah dibersihkan

Harga: RM48.75 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. HAUSHOF Water Bottle Double Wall Insulated Vacuum Stainless Steel Thermos

HAUSHOF Water Bottle Double Wall Insulated Vacuum Stainless Steel Thermos
Kredit Gambar: Shopee

Botol air keluli tahan karat ini didatangkan dengan ketebalan dinding 0.4 mm yang boleh mengekalkan suhu minuman panas anda selama 6 jam dan sejuk selama 12 jam. Penutup botol pula diperbuat daripada bahan PP serta didatangkan dengan pemegang yang boleh dilipat bagi memudahkan anda untuk membawanya. Botol ini juga dipasarkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Plastik PP 
  • Saiz: 23.5 sm 
  • Isi padu: 950 ml 
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Warna: Merah Jambu, Biru Tua, Hitam, Coklat Tua

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Reka bentuk pemegang boleh lipat
Kalis bocor
Minuman panas mampu bertahan selama 6 jam
Minuman sejuk mampu bertahan selama 12 jam

Harga: RM30.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close