10 Coklat Matcha/ Teh Hijau Terbaik di Malaysia 2023

Kita semua menggemari coklat kerana ia adalah pencuci mulut dan hadiah yang sempurna untuk hampir semua majlis. Coklat juga boleh dijadikan snek petang yang sempurna. Walaupun terdapat banyak jenis coklat seperti coklat putih, coklat gelap dan coklat biasa, jenis coklat lain seperti coklat matcha juga telah meningkat popular dalam kalangan para pembeli sehingga membuatkan ia semakin digemari oleh ramai orang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Matcha telah mencipta nama dan menjadi bahan popular yang digunakan dalam hampir semua hidangan, sama ada makanan atau minuman. Rasanya yang aromatik membolehkan ia digabungkan ke dalam pelbagai hidangan dan minuman seperti kek, roti, biskut atau minuman seperti smoothie, teh dan koktel.  Bukan sahaja rasanya enak dan berbau harum, matcha juga mengandungi sifat antioksidan. Jadi, anda boleh membuat sebarang resipi yang lebih sihat dengan menggunakan matcha! Berikut adalah senarai 10 teratas Coklat Matcha / Teh Hijau terbaik di Malaysia.

Apakah itu Matcha?

Matcha diperbuat daripada pokok teh yang bernama Camellia Sinensis. Pokok ini ditanam di Jepun, iaitu di Uji, Kyoto dan di Nishio, wilayah Aichi. Ini kerana lokasi geografi dan cuaca di kawasan ini sesuai untuk penanaman pokok ini. Setiap helai daun dipetik dengan tangan dan sedia untuk dituai, kemudiannya dikukus, dan dikeringkan. Daun yang kering itu kemudiannya dikisar menjadi serbuk halus yang akhirnya terhasillah Matcha!

Apakah kebaikan Matcha?

Teh hijau Matcha bukan sahaja mempunyai rasa dan baunya yang tersendiri, tetapi juga ia memiliki manfaat kesihatan yang mengagumkan. Matcha mengandungi asid amino, iaitu L-Theanine, yang dapat membantu anda untuk fokus dalam satu masa yang lama. Selain itu, ia juga mempunyai antioksidan yang boleh merawat jerawat serta rosacea dan meningkatkan sistem imun badan anda. Matcha juga membantu anda mengatasi kembung perut. Hebat bukan, bukan sahaja sedap malah banyak khasiatnya.

10 Coklat Matcha/ Teh Hijau Terbaik di Malaysia 2023

1. GPR Chocolate Green Tea Almond 

GPR Chocolate Green Tea Almond
Kredit Gambar: Shopee

Bagi anda yang menggemari coklat yang manis kelat dan badam yang aromatik, pasti anda akan menyukai coklat ini. Bukan sahaja kaya dengan isi coklat matcha yang padu, malah badam yang terdapat di dalam coklat ini juga besar-besar. Coklat ini sesuai untuk dijadikan hadiah buat keluarga atau rakan-rakan anda.

Bahan-bahan: Gula, Lemak Sayuran (Minyak Sawit), Badam, Serbuk Koko, Pengemulsi yang dibenarkan (Lesitin Soya), Perisa yang dibenarkan (Teh Hijau)

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 45 g 

Harga: *RM4.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Handcrafted Jeju Matcha Almond Chocolate 

Handcrafted Jeju Matcha Almond Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Coklat Matcha Almond buatan tangan ini tidak mengandungi pewarna tiruan, dan bahan pengawet. Serbuk matcha jeju aromatik melengkapi coklat putih bersama badam dengan sempurna sekaligus menjadikannya coklat yang diminati ramai kerana rasa rangupnya badam dan manisnya coklat matcha.

Bahan-bahan: Badam, coklat putih Callebaut (28% mentega koko), matcha JEJU (100%), Gula, Mentega, Susu, Soya, Kacang

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 150 g 

Harga: RM 55

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Beryl’s Matcha 

Beryls Matcha
Kredit Gambar: Shopee

Daripada jenama coklat popular di Malaysia, Beryl’s juga telah mengeluarkan rangkaian coklat matcha mereka tersendiri. Sepertimana yang kita tahu, coklat keluaran Beryl’s sememangnya lazat, dan coklat matcha ini juga tidak terkecuali. Nikmati coklat ini bersama keluarga anda sambil menonton televisyen. Pasti rasa coklatnya menggembirakan hati anda.

Bahan-bahan: Gula, Susu tepung penuh krim, Mentega koko, Bebola biskut, Susu tepung skim, Serbuk teh hijau (teh hijau), Lemak sayuran (minyak sawit, minyak bunga matahari), Pengemulsi (lecithin soya E322), Perisa, Vanila

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 60 g 

Harga: RM5.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Alessio Cioccolato Chocolate Bar 

Alessio Cioccolato Chocolate Bar
Kredit Gambar: Alessio Cioccolato Chocolate Bar

Manjakan diri dengan bar coklat matcha aromatik yang lazat ini. Anda boleh menikmatinya dengan secawan kopi atau teh hijau Jepun panas. Rasa coklat ini pasti memuaskan hati anda kerana teksturnya yang lembut dan kelat manis akan membuatkan anda sentiasa ingin memakannya.

Bahan-bahan: Gula, Minyak Inti Sawit Terhidrogenasi, Susu, Pengemulsi Pepejal, Lesitin Soya (E322), Vanila, Pewarna yang dibenarkan (Warna Hijau), Perisa Perisa Teh Hijau

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 50 g 

Harga: RM2.99 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Beryl’s Tiramisu Green Tea 

Beryls Tiramisu Green Tea
Kredit Gambar: Shopee

Coklat matcha teh hijau ini bukanlah coklat teh hijau biasa yang hanya mengandungi badam. Coklat ini  mengandungi tiramisu! Rasa yang unik dan seimbang membuatkan coklat ini digemari ramai. Jika anda mencari coklat yang kaya dengan rasa manis kelat dan rangup, maka inilah coklat terbaik untuk  anda!

Bahan-bahan: Gula, Susu Tepung Krim Penuh, Badam, Serbuk teh hijau (daun teh hijau), Susu tepung skim, Sayur-sayuran (minyak sawit, minyak bunga matahari), Perisa makanan, Gula aising, Vanila

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 65 g 

Harga: RM5.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Beryl’s Almond Coated with Green Tea Chocolate 

Beryls Almond Coated with Green Tea Chocolate
Kredit Gambar: Shopee

Balang penuh coklat ini mengandungi bukan sahaja coklat tetapi juga badam. Rasa coklatnya yang kelat manis bersama badam yang ragup membuatkan hari anda indah dan memuaskan. Coklat ini sesuai untuk dinikmati oleh peminat kacang dan coklat matcha. Pasti tidak mengecewakan!

Bahan-bahan: Gula, Susu tepung penuh krim, Serbuk koko, Badam, Susu tepung skim, Pengemulsi (Soya Lecithin E322), Pewarna makanan yang dibenarkan, Perapi warna yang dibenarkan, Vanila

Negara Pengeluar: Malaysia 

Saiz: 410 g

Harga: RM 20.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Nestle KitKat Tea Share Bag 

Nestle KitKat Tea Share Bag
Kredit Gambar: Hargapedia

KitKat sangat terkenal dengan wafer bersalut coklat. Kini, kitkat mengeluarkan wafer bersalut Teh Hijau atau matcha! Rasa wafernya manis dan beraroma sekaligus membuatkan anda rasa puas menikmatinya.  Wafer KitKat juga merupakan makanan popular yang digunakan dalam aktiviti menghias kek dan pencuci mulut yang lain. Sambil berehat, apa kata anda makan wafer matcha kitkat?

Bahan-bahan: Minyak sawit, Gula, Laktosa, Susu tepung penuh, Tepung gandum koko, Garam, Teh hijau

Negara Pengeluar: England 

Saiz: 17 g x 8 peket 

Harga: RM11.88 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Morinaga Dars Matcha Chocolate 

Morinaga Dars Matcha Chocolate
Kredit Gambar: Tesco Lotus

Jenama popular Morinaga menawarkan sedikit rasa pahit pada coklat Matcha berbanding jenama lain. Bagi sesiapa yang menggemari coklat gelap dan teh hijau yang aromatik walaupun rasanya sedikit pahit, coklat ini mungkin sesuai untuk anda.

Bahan-bahan: Gula, Lemak sayuran terhidrogenasi, Serbuk whey, Serbuk susu skimmer, Serbuk teh hijau lemak sayuran, Pengemulsi (lecithin yang mengandungi kacang soya), Perisa semula jadi yang serupa, Perisa

Negara Pengeluar: Jepun

Saiz: 42 gm

Harga: RM2.38 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Royce’s Nama Chocolate – Matcha (contains liquor)

Royces Nama Chocolate Matcha contains liquor
Kredit Gambar: ROYCE’ Chocolate Malaysia

Rindu melancong ke Jepun kerana makanan yang sedap? Jangan risau, Royce boleh didapati di Malaysia untuk memuaskan keinginan anda terhadap coklat matcha yang lazat. Gabungan rasa manis dan rasa pahit coklat matcha sungguh sempurna! Coklat berwarna hijau yang harum menyerlahkan rasa matchanya  adalah sebab mengapa Royce digemari oleh ramai orang.

Bahan-bahan: Krim segar, Mentega koko, Gula, Susu tepung skim, Susu tepung keseluruhan. Serbuk teh hijau, Laktosa, Liquer, Pengemulsi (berasal kacang soya), Perisa

Negara Pengeluar: Jepun 

Saiz: 190 g 

Harga: RM52

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Signature Market Japanese Matcha Chocolate Coated Strawberry 

Signature Market Japanese Matcha Chocolate Coated Strawberry
Kredit Gambar: Signature Market

Gabungan strawberi dan coklat matcha menghasilkan rasa yang unik dan pahit manis yang mana ia menarik hati ramai pembeli untuk terus memakannya lagi. Rasa matcha yang sedikit kelat tidak menenggelamkan rasa manis strawberi. Gabungan kedua-dua bahan ini benar-benar seimbang dan memberikan kelazatan sebenar pada lidah anda.

Bahan-bahan: Gula, Mentega koko, Pepejal susu, Strawberi kering beku, Pengemulsi serbuk Matcha, Lesitin soya, Vanillin

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 120 g 

Harga: RM19.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close