8 Fitness Wrist Straps Terbaik di Malaysia 2023

Gim merupakan salah satu tempat yang menjadi pilihan masyarakat untuk melakukan aktiviti senaman. Hal ini kerana gim menawarkan pelbagai kemudahan dan peralatan bersenam yang boleh anda gunakan. Namun tidak dinafikan juga bahawa kebanyakan pengunjung gim akan mengalami kecederaan ringan seperti  otot terseliuh atau sakit sendi badan. Ini disebabkan oleh sesetengah pengunjung gemar untuk mengangkat beban yang berlebihan daripada kemampuan diri.

Masalah ini boleh diatasi sekiranya anda mulakan rutin senaman anda dengan menggunakan peralatan yang sesuai dengan jenis senaman yang dilakukan. Bagi anda yang gemar mengangkat berat di gim, anda disarankan untuk memakai Fitness wrist strap. Fitness wrist strap yang juga dikenali sebagai tali pengangkat, boleh menghalang anda daripada sebarang kecederaan serius sewaktu anda mengangkat berat. Ia juga memberikan anda cengkaman yang lebih kuat. Berikut adalah 8 Fitness wrist strap terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih Fitness wrist strap yang sesuai? 

Memilih Fitness wrist strap yang sesuai dengan anda boleh menjadi rumit terutamanya jika anda seorang amatur.  Jadi amat penting untuk anda mempertimbangkan aspek seperti bahan, panjang tali dan ulasan untuk memilih Fitness wrist strap yang berkualiti. 

  1. Bahan

Memilih wrist strap dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan wrist strap yang berkualiti dan memberikan keselesaan yang maksimum kepada anda. Wrist strap perlulah diperbuat daripada bahan tahan lasak supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.

  1. Panjang tali

Kepanjangan wrist strap adalah penting kerana ia menentukan berapa banyak anda gunakan untuk melingkari palang pengangkat berat. Ini kerana semakin panjang talinya, semakin berat beban yang boleh ditanggung.

  1. Ulasan

Membaca dan menganalisis ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu merupakan cara yang berkesan untuk mendapatkan jangkaan yang realistik terhadap produk. Ini bukan sahaja akan memberikan anda maklumat tambahan, tetapi ia juga akan meningkatkan keyakinan anda untuk membeli produk tersebut terutamanya dalam talian.

8 Fitness wrist strap Terbaik di Malaysia 2023

1. BOER SPORT Lifting Hand Strap

BOER SPORT Lifting Hand Strap
Kredit Gambar: Shopee

BOER SPORT Lifting Hand Strap didatangkan dengan tali sepanjang 24 inch membolehkan anda untuk membuat gelung tambahan di sekitar bar. Selain itu, wrist strap ini diperbuat daripada ‘woven polyester’ supaya anda mempunyai cengkaman yang kukuh dan kuat sewaktu mengangkat berat. Ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna asas iaitu hitam dan merah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Woven polyester
  • Panjang: 62cm
  • Kuantiti: 2 pcs
  • Warna: Hitam, merah

Kelebihan:

Tali panjang
Tahan lasak

Harga: RM9.64 – RM9.72

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Wrist Protector Strap

Wrist Protector Strap
Kredit Gambar: Shopee

Wrist Protector Strap diperbuat daripada bahan heavy-duty dan juga anti-gelincir. Ini membolehkan proses mengangkat berat menjadi lebih selamat untuk anda. Wrist strap ini juga dilengkapi dengan bahan penyerap seperti kapas untuk memberikan anda kesan penyejukan serta menyerap peluh sewaktu anda sedang melakukan aktiviti.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, neoprena, logam
  • Panjang: 40.5cm
  • Kuantiti: 2 keping
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Tali panjang
Permukaan berkusyen
Anti-gelincir

Harga: RM17.10

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Protection Pull Strap

Protection Pull Strap
Kredit Gambar: Shopee

Wrist strap ini didatangkan dalam reka bentuk yang ringkas menjadikannya sesuai untuk anda yang baru menceburi sukan ini. Wrist strap ini dilengkapi dengan span di bahagian telapak memberikan tahap ketahanan dan cengkaman tambahan kepada anda. Selain itu, ia diperbuat daripada kapas dan nilon yang berkualiti tinggi. Bukan itu sahaja, ia juga dipasarkan dengan harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, nilon
  • Panjang: 56cm
  • Kuantiti: 2 pcs
  • Warna: Hitam

Kelebihan:

Tali panjang
Permukaan span
Fungsi ‘Pulling’

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. BOER ATHLETICS Wrist Wrap

BOER ATHLETICS Wrist Wrap
Kredit Gambar: Shopee

BOER ATHLETICS Wrist Wrap menawarkan tali sepanjang 40 cm serta mempunyai cengkaman yang lebih luas. Ia dilengkapi dengan kunci pergelangan tangan yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan anda. Bukan itu sahaja, wrist strap ini juga diperbuat dari kapas, neoprene dan nilon yang mampu memberikan keselesaan maksimum sewaktu anda mengangkat berat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas, nilon, neoprena
  • Panjang: 40cm
  • Kuantiti: 1 pc
  • Warna: Kuning, hitam, merah jambu

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Tali panjang
Anti-gelincir.

Harga: RM35.38

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. WAISFIT Wrist Strap

WAISFIT Wrist Strap
Kredit Gambar: Shopee

Penggunaan WAISFIT Wrist Strap sewaktu mengangkat berat dapat melindungi tapak tangan anda daripada mengalami kapalan dan lepuh. Wrist strap ini dilengkapi dengan ciri ringan dan ‘breathable’ untuk membantu anda bergerak dengan selesa. Ia juga didatangkan dengan 4 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Woven polyester, getah SBR
  • Panjang: 62cm
  • Kuantiti: 2 pcs
  • Warna: Biru, merah jambu, merah, hitam

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Tali panjang
Permukaan lembut

Harga: RM12.25

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. ADLIKES Gym Weightlifting Wrist Wrap

ADLIKES Gym Weightlifting Wrist Wrap
Kredit Gambar: Shopee

ADLIKES Gym Weightlifting Wrist Wrap mempunyai padding pada bahagian pergelangan tangan untuk memberikan keselesaan maksimum sewaktu anda melakukan sesi mengangkat berat. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan kelebaran tali yang agak besar berbanding wrist strap yang lain bagi membolehkan anda untuk membuat gelung tambahan di sekitar bar pengangkat berat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas regangan, gesper, webbing
  • Panjang: 39cm
  • Kuantiti: 2 pcs
  • Warna: Biru, hitam

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Tali panjang
Permukaan lembut

Harga: RM14.59

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. BLH Weight Lifting Wrist Support

BLH Weight Lifting Wrist Support
Kredit Gambar: Shopee

Wrist strap ini dilengkapi dengan sokongan span pada pergelangan tangan anda untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kecederaan. Selain itu, ia juga mempunyai tali velcro yang berfungsi sebagai kunci pada pergelangan tangan untuk memberikan perlindungan tambahan kepada anda. Bukan itu sahaja, talinya juga dilengkapi dengan permukaan anti-gelincir.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kapas regangan, strap, webbing
  • Panjang: 39cm
  • Kuantiti: 2 pcs
  • Warna: Biru, hitam

Kelebihan:

Anti-gelincir
Sokongan pergelangan tangan
Kunci Velcro

Harga: RM18.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. AOLIKES Adjustable Wrist Support

AOLIKES Adjustable Wrist Support
Kredit Gambar: Shopee

AOLIKES Adjustable Wrist Support direka khas untuk melindungi dan menstabilkan pergelangan tangan anda. Wrist strap ini sesuai digunakan semasa latihan biasa, perlawanan tenis, senaman gim, perlawanan golf dan sukan lain. Reka bentuknya yang compact dapat melegakan kesakitan pada pergelangan tangan anda. Bukan itu sahaja, wrist strap ini juga dilengkapi dengan bahan campuran neoprena untuk sokongan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Neoprene-blend
  • Panjang: 22cm
  • Kuantiti: 1 pc
  • Warna: Biru, hitam, merah, kelabu, ungu

Kelebihan:

Tali boleh dilaras
Kunci Velcro
Fabrik lembut

Harga: RM6.88

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close