10 Jenama Pendrive Terbaik di Malaysia 2023

Pendrive atau pemacu kilat USB ialah peranti storan yang disepadukan dengan USB. Pendrive lazimnya bersaiz kecil, ringan, boleh ditulis semula dan boleh dibawa ke mana sahaja. Kapasiti simpanananya biasanya dalam lingkungan 64 MB sehingga 128 GB dengan penambahbaikan yang berterusan dalam nisbah saiz dan harga bagi setiap gigabait. Sesetengah pendrive membenarkan kita untuk mengakses data dengan jaminan pengekalan data selama 10 tahun. Ia boleh berfungsi apabila disambungkan pada penyambung USB 1.1 atau USB 2.0.

Pendrive menawarkan banyak kelebihan berbanding peranti storan mudah alih yang lain terutamanya cakera liut. Pendrive menggunakan piawaian alat storan massa USB yang disokong oleh sistem pengendalian moden seperti Windows, Mac OS X dan Linux. Berikut adalah senarai 10 Jenama Pendrive terbaik di Malaysia 2023.

5 Tips Memilih Pendrive Yang Baik:

  1. USB ‘Interface’

USB 2.0 merupakan salah satu jenis USB yang banyak digunakan pada komputer riba dan ‘desktop’. USB 3.0 pula mempunyai fungsi yang sama seperti USB 2.0 namun ia mempunyai kelajuan pemindahan data yang lebih pantas serta jauh lebih mahal daripada USB 2.0. Jadi, sekiranya anda tidak mahu membelanjakan banyak wang hanya untuk pendrive, USB 2.0 sudah memadai. Pendrive USB mikro disyorkan untuk penggunaan pada tablet dan telefon pintar.

  1. Storan

Berapa banyak storan yang anda perlukan? Itu bergantung pada apa yang anda mahu simpan di dalam pendrive anda, namun lazimnya pendrive akan dilengkapi dengan 4 GB. Ia sesuai untuk simpanan data yang ringan seperti imej daripada dokumen perkataan, excel atau fail teks. Manakala, untuk storan 512 GB pula sesuai untuk menyimpan lagu dan filem.

  1. Kelajuan Pemindahan Data

Pendrive mengandungi 2 bahagian kelajuan pemindahan data iaitu kelajuan membaca dan kelajuan menulis. Kelajuan membaca merujuk kepada seberapa cepat anda boleh mendapatkan data daripada pendrive. Kelajuan menulis pula ialah kadar anda menulis di dalam fail pada pendrive. Lebih cepat kelajuan membaca atau menulis, lebih baik prestasinya. Kelajuan pendrive diukur dalam Megabait per saat (MB/s).

  1. Harga

Sama seperti produk lain, pendrive boleh didapati dalam pelbagai harga daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal bergantung kepada kualiti, jenama dan storan pendrive tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli pendrive supaya anda tidak membazir. 

  1. Jaminan

Setiap jenama menawarkan tempoh jaminan yang berbeza. Pendrive biasanya mempunyai jaminan selama 3 hingga 5 tahun.

10 Jenama Pendrive Terbaik di Malaysia 2023

1. Kingston DataTraveler 100 G3

Kingston DataTraveler G
Kredit gambar: Shopee

Kingston DataTraveler 100 G3 merupakan salah satu pendrive yang praktikal dan mudah untuk digunakan. Ia tidak mempunyai penutup bagi memudahkan anda untuk menggunakannya dengan pantas tanpa perlu membuka dan menutup penutup. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan USB 3.0 yang mampu memindahkan data dengan kelajuan 4.8 Gbps serta mempunyai kapasiti sehingga 256 GB. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan pada USB 3.1 dan 2.0.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam
  • Kapasiti: 32 GB, 64 GB, 128 GB, 256 GB
  • Kelajuan: Bacaan 100 MB/s (32 GB, 64 GB), bacaan 130 MB/s (128 GB, 256 GB)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 60 mm x 21.2 mm x 10 mm

Kelebihan:

Reka bentuk ‘capless’
USB 3.1 Gen 1 (USB 3.0)
Kapasiti besar
‘Backward compatible’

Harga: RM12.50 – RM49.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Lexar JumpDrive V40 USB Flash Drive

Lexar JumpDrive V USB Flash Drive
Kredit gambar: Lexar

Lexar JumpDrive V40 USB Flash Drive didatangkan dalam reka bentuk ‘plug-and-play’ yang ringkas bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan lubang kecil bagi membolehkan anda mengantungnya di beg atau bekas pensil anda. Pendrive ini didatangkan dengan 3 saiz kapasiti yang berbeza untuk anda pilih. Ia boleh digunakan pada PC dan Macbook. 

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam + Putih
  • Berat: 8 g (USB Sahaja)
  • Interface: USB 2.0
  • Kapasiti: 16 GB, 32 GB, 64 GB
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 20.04 mm x 54.7 mm x 9.6 mm

Kelebihan:

Kapasiti besar
Mempunyai reka bentuk ‘plug-and-play’
Boleh digunakan pada PC dan Mac
Telah diuji keberkesanannya

Harga: RM10.99 – RM29.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. HP 2TB USB Flash Drive Hp

HP TB USB Flash Drive Hp
Kredit gambar: Shopee

Hp Metal 2TB USB Flash Drive ini didatangkan dalam reka bentuk ‘keychain’ serta mempunyai sambungan USB ‘plug-and-play’. Secara tidak langsung, hal ini memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Tambahan pula, ia boleh menyimpan sejumlah besar fail seperti filem, video, muzik dan foto ekoran kapasitinya yang besar (2 TB). Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada logam yang menjadikannya kalis air dan tahan lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Perak, Hitam
  • Kapasiti: 2 TB (1900 – 1975 GB)
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat

Kelebihan:

Reka bentuk ‘keychain’
Sambungan USB ‘plug-and-play’
Palam dan main panas
Kapasiti besar
Kalis air
Serap kejutan
Elektromagnet
Penyimpanan data tahan lama
Kukuh dan tahan lama

Harga: RM12.80 – RM32.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. SanDisk Cruzer Blade USB Flash Drive

SanDisk Cruzer Blade USB Flash Drive
Kredit gambar: WPM Online

Walaupun Cruzer Blade USB Flash Drive ini kelihatan kecil, namun ia mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menyimpan dan berkongsi fail seperti muzik, imej dan video. Pendrive ini dilengkapi dengan teknologi ‘SecureAccess ™’ yang berfungsi untuk melindungi fail anda daripada sebarang virus dan penggodaman. Ia dipasarkan dengan 5 pilihan saiz kapasiti yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. 

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam + Merah
  • Kapasiti: 8 GB, 16 GB, 32 GB, 64 GB, 128 GB
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Reka bentuk cahaya yang lebih kecil dan berkontur
Mempunyai proses peralihan media pantas
Tahan lama
Mempunyai ciri keselamatan terbaik
Penyulitan sistem AES 128-bit automatik
Cekap

Harga: RM12.90 – RM49.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Apacer AH334 USB 2.0 Flash Drive

Apacer AH USB . Flash Drive
Kredit gambar: Apacer

Apacer AH334 USB 2.0 Flash Drive didatangkan dengan reka bentuk yang elegan dan boleh didapati dalam 2 warna iaitu ‘rose pink’ dan ‘starry blue’. Bukan sahaja itu, ia juga dapat menyimpan data anda dengan selamat serta melakukan pemindahan data daripada PC terus ke pendrive anda secara pantas. Pendrive ini sesuai digunakan untuk Windows 10/ 8.1/ 8/ 7, Mac OS 10.4 X dan ke atas serta Linux 2.6 X.

Spesifikasi:

  • Warna: Rose Pink, Starry Blue
  • Interface: USB 2.0 Berkelajuan tinggi 
  • Berat: 8.5 g
  • Kapasiti: 4 GB, 8 GB,16 GB, 32 GB, 64 GB
  • Kelajuan: Sehingga 30 mb/s (baca), 3 – 6 mb/s ( tulis)
  • Negara Pengeluar: Taiwan
  • Saiz: (L) 53.9 mm x (W) 20.9 mm x (H) 8.8 mm

Kelebihan:

Reka bentuk kecil dan kemas
Bentuk seperti ‘bullet train’s’
Rintangan angin rendah
Boleh ditolak ke atas dan ke bawah
Dikuasakan oleh USB
‘Backward compatible’ dengan USB 1.1

Harga: RM12.50-RM23.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Huawei 2TB Pendrive/ Flash Drive OTG 3 in 1 USB+Micro+Type-c

Huawei TB Pendrive Flash Drive OTG in USBMicroTypec
Kredit gambar: Shopee

Huawei 2TB Pendrive ini mempunyai reka bentuk yang kecil dan bergaya. Ia dibuat khusus untuk peranti Android dengan sambungan USB atau mikro/ USB Jenis-C. Ia didatangkan dengan kapasiti yang besar sekali gus menjadikannya sangat ideal untuk menyimpan dokumen seperti filem, gambar, data dan video. Pendrive ini boleh digunakan pada semua peranti Android, Windows 98 SE/ NT/ ME/ 2000/ XP/ 7/ 8.1/ 10 dan banyak lagi. Selain daripada peranti Android, ia juga boleh digunakan pada Linux dan Mac OS X 10.3.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Biru, Merah, Hitam
  • Interface: USB2.0
  • Voltan: 4.5 V – 5.5 V
  • Kelajuan: 3 mb/s – 6 mb/s (Tulis), 6 mb/s – 12 mb/s (Baca)
  • Kapasiti : 512 GB
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 63 mm x 12 mm x 12 mm x 7 mm x 19 mm

Kelebihan & Keburukan:

Reka bentuk kompak dan moden
Anti impak, anti cahaya dan anti elektromagnet
Kalis air
Pemacu tidak diperlukan
Mempunyai ‘flash memory’ dengan pemadaman 100,000 kali
Sesuai untuk USB ZIP/ HDD Boot
Boleh disimpan lebih dari 10 tahun
❌ Agak mahal

Harga: RM19.80 – RM75.82

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. XIAOMI Original OTG Metal Pendrive

XIAOMI Original OTG Metal Pendrive
Kredit gambar: Lazada

XIAOMI Original OTG Metal Pendrive ini mempunyai sistem pemindahan data yang pantas dan stabil. Ia mempunyai reka bentuk 2-dalam-1 yang menawarkan ‘port’ Jenis C dan penyambung USB 2.0 dalam satu pembelian. Hal ini membolehkan pemindahan data antara peranti Jenis-C dan komputer menjadi lebih mudah. Bukan itu sahaja, pendrive ini juga dilengkapi dengan penutup yang boleh dilaraskan sehingga 360° bagi memudahkan anda. 

Spesifikasi:

  • Warna: Perak
  • Interface: Jenis-C & USB 2.0.
  • Kapasiti: 16 GB/ 32 GB/ 64 GB/ 128 GB/ 256 GB/ 1 TB/ 2 TB
  • Berat: 9 g
  • Kelajuan: 15 mb/s – 30 mb/s (Baca)
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 69 mm x 19 mm x 5.5 mm.

Kelebihan & Keburukan:

Pemindahan data berkelajuan tinggi dan stabil
Mempunyai ciri ‘plug and play’
Reka bentuk 2 dalam 1 dengan ‘port’ Jenis C dan penyambung USB 2.0
Mempunyai cip kelas A yang boleh dipadam sehingga 100,000 kali.
Kapasiti besar
Penutup ‘ultra-clear’
❌ Mahal

Harga: RM74.23

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. KIOXIA TransMemory U202 USB 2.0 Flash Drive in Thumb Drive (16GB/32GB/64GB/128GB)

KIOXIA TransMemory U USB . Flash Drive in Thumb Drive GBGBGBGB
Kredit gambar: Personal Kioxia

Kioxia U202 USB Flash Drive merupakan alternatif terbaik untuk menyimpan dokumen dengan selamat ekoran ia dilengkapi dengan teknologi ‘nano flash’. Hal ini juga membolehkan anda menyimpan media dalam bentuk standard yang mesra pengguna. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan kapasiti yang besar sehingga 128 GB yang boleh digunakan untuk menyimpan gambar, data, filem dan dokumen. Pendrive ini sesuai digunakan pada PC dan Mac.

Spesifikasi:

  • Warna: Putih, Biru muda
  • Berat: Kira-kira 8 g
  • Interface: USB 2.0 berkelajuan tinggi 
  • Kapasiti: 16 GB, 32 GB, 64 GB, 128 GB (Putih), 16 GB, 32 GB (Biru muda)
  • Kelajuan: 30 mb/s (baca), kelajuan 3 – 6 mb/s (tulis)
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 51.4 mm x 21.4 mm x 8.4 mm (termasuk penutup)

Kelebihan:

Diperakui oleh RoHS
Pemindahan fail pada PC dan Mac
Sambungan USB
Reka bentuk kompak dan moden
Kapasiti besar (Sehingga 128 GB untuk imej, video, fail)

Harga: RM12 – RM59

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. Verbatim New Slider Pendrive

Verbatim New Slider Pendrive
Kredit gambar: ECT Online

Jika anda sedang mencari pendrive yang boleh menyimpan dokumen kerja atau tugasan kolej, maka Verbatim Slider USB Drive ini pilihan terbaik untuk anda. Pendrive ini didatangkan dengan 3 pilihan saiz kapasiti yang boleh anda pilih berdasarkan keperluan anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai ciri penutup jenis ‘slide’ bagi melindungi pendrive anda daripada terdedah kepada kotoran dan habuk. Pendrive ini boleh digunakan pada peranti yang memiliki ‘port’ USB 2.0 sahaja.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam + Merah
  • Berat: 8 g
  • Interface: USB 2.0
  • Kapasiti: 16 GB/ 32 GB/ 64 GB
  • Kelajuan: 480 Mbps
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: 58.5 mm x 21 mm x 11 mm

Kelebihan:

Reka bentuk ‘slider’
Melindungi USB daripada terdedah kepada kotoran
Mudah digunakan
Boleh ‘slaid’ untuk buka dan penutup
Sesuai untuk ‘port’ USB 2.0

Harga: RM13.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. SAMSUNG Pendrive 2.0/3.0 USB

SAMSUNG Pendrive .. USB
Kredit gambar: Lazada

SAMSUNG Pendrive 2.0/ 3.0 USB mempunyai sistem memori berkelajuan tinggi yang membolehkan anda menyimpan dan menghantar data, muzik dan dokumen anda dengan pantas. Ia juga mempunyai lubang tali bagi membolehkan anda meletakkannya di beg, kunci atau bekas pensil. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada logam berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya kalis air, tahan lama dan tahan lasak. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Perak
  • Berat: 0.30 kg
  • Interface: USB 3.0
  • Kapasiti: 8 GB/ 16 GB/ 32 GB/ 64 GB
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Kelebihan:

Memori berkelajuan tinggi
Dilengkapi dengan lubang tali
Boleh disambungkan dengan pelbagai peranti
Kalis air
‘Shockproof’
Kalis sinar-X
Kalis magnet
Tahan suhu tinggi

Harga: RM7.90 – RM35.82

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close