10 Kasut Keselamatan Terbaik di Malaysia 2023

Kasut keselamatan direka dan diperbuat daripada bahan tahan lasak untuk melindungi kaki daripada kecederaan yang serius ketika bekerja. Ia juga dilengkapi dengan tapak yang tebal dan keras bagi melindungi kaki anda daripada objek tajam, minyak panas dan hentaman semasa bekerja di kilang atau tapak pembinaan. Bagi individu yang bekerja dalam persekitaran berbahaya, mereka akan mempunyai risiko kecederaan yang tinggi. Oleh itu, penggunaan kasut keselamatan amat penting. Terdapat pelbagai jenis kasut keselamatan yang boleh anda dapati di pasaran. Berikut adalah 10 kasut keselamatan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak Memilih Kasut Keselamatan Yang Sesuai? 

Terdapat pelbagai pilihan kasut keselamatan yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan?  Jangan bimbang, dengan mengetahui bahan dan ciri-ciri kasut boleh membantu anda mencari kasut keselamatan terbaik.

Adakah Penting untuk Menggunakan Kasut Keselamatan?

Ya, pemakaian kasut keselamatan amat penting terutamanya jika anda bekerja dalam industri perkilangan dan pembinaan atau sering terdedah kepada minyak panas. Tujuan utama pemakaian kasut keselamatan sewaktu anda bekerja adalah untuk melindungi anda daripada sebarang kecederaan.

10 Kasut Keselamatan Terbaik di Malaysia 2023

1. Tulldent Men Safety Shoes Steel Toe Cap

Tulldent Men Safety Shoes Steel Toe Cap
Kredit gambar: Lazada 

Tulldent Men Safety Shoes Steel Toe Cap boleh membantu meningkatkan produktiviti anda dengan memberikan keselesaan yang berpanjangan. Mempunyai ciri dan rekaan yang kukuh menjadikannya antara kasut yang paling digemari pengguna. Kasut ini diperbuat daripada kulit berkualiti tinggi serta dilengkapi dengan satu lapisan mesh vamp yang membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, Kulit Lembu, PU Tapak, Keluli, Kevlar
  • Saiz: 35 – 46

Kelebihan:

Ringan
Mencegah kecederaan

Harga: RM62.05 – RM62.12

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. WAKO Non-Slip Working Shoes

WAKO Non Slip Working Shoes
Kredit gambar: Shopee

WAKO Non-Slip Working Shoes diperbuat daripada getah anti-gelincir dan tahan lasak yang membantu anda mengurangkan gelinciran sewaktu anda bekerja. Kasut ini sesuai untuk mereka yang bekerja di dapur. Bukan itu sahaja, kasut ini juga mempunyai kualiti premium dengan kadar harga yang rendah menjadikannya pilihan yang terbaik untuk dijadikan kasut keselamatan. Kasut ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, EVA
  • Saiz : 36 – 45

Kelebihan:

Anti-gelincir
Reka bentuk ringkas

Harga: RM40.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Safety Shoes Anti-Smash Steelhead Men Shoe

Safety Shoes Anti Smash Steelhead Men Shoe
Kredit gambar: Youbeli

Safety Shoes Anti-Smash Steelhead Men Shoes menawarkan reka bentuk tapak anti-gelincir dengan pengacuan 3D untuk mengelakkan daripada sebarang kemalangan berlaku. Selain itu, ia juga mempunyai plat keluli di bahagian dalam kasut untuk mengelakkan paku atau objek tajam menembusi kasut. Kasut ini didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Getah, Keluli, Mesh 
  • Saiz: 39 – 46

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Warna menarik

Harga: RM49.41 – RM61.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. GUYISA Safety Shoes Low Cut

GUYISA Safety Shoes Low Cut
Kredit gambar: Pinterest

GUYISA Safety Shoes Low Cut diperbuat daripada bahan yang fleksibel yang membolehkan anda mempunyai pergerakan kaki yang maksimum tanpa sebarang sekatan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan bahagian atas yang mempunyai jaringan fabrik yang halus dan ringan. Perkara ini membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik serta membuatkan kaki anda kering semasa atau setelah bekerja dalam masa yang lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Jaring Mesh, Tapak PU, Keluli, Kevlar
  • Saiz : 39 – 46

Kelebihan:

Menyerap hentakan
Bahagian atas berjaring

Harga: RM34.24 – RM77.21

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. GUYISA Safety Shoes Wearproof

GUYISA Safety Shoes Wearproof
Kredit gambar: Shopee

GUYISA Safety Shoes Wearproof didatangkan dengan reka bentuk yang santai dan sporty menjadikannya antara kasut keselamatan yang paling digemari oleh golongan muda. Kasut ini dilengkapi dengan penggunaan keluli di bahagian atas kasut dan di bahagian tengah tapak kasut bagi memberikan keselamatan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kulit Microfiber, Keluli, Tapak Getah
  • Saiz : 37 – 46

Kelebihan:

Anti-bau
Penampilan sporty

Harga: RM57.17

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Safety Shoes Low-Cut Protective Steel Toe Cap

Safety Shoes Low Cut Protective Steel Toe Cap
Kredit gambar: AliExpress

Safety Shoes Low-Cut Protective Steel Toe Cap mempunyai reka bentuk yang kukuh disertakan dengan perlindungan kaki yang baik, dan mutu pembinaan yang tahan lama dan tahan lasak. Pada tapak luar pula, terdapat bunga getah untuk membantu dalam mengurangkan gelinciran sewaktu anda memakainya. Selain itu, kasut ini juga sesuai untuk dipakai sewaktu mendaki.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, Keluli, Tapak Getah
  • Saiz: 39 – 48

Kelebihan:

Reka bentuk yang bergaya
Anti-karat

Harga: RM64.99 – RM69.69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Safety Shoes Anti-Piercing Work Protective Shoes 

Safety Shoes Anti Piercing Work Protective Shoes
Kredit gambar: Shopee 

Safety Shoes Anti-Piercing Work Protective Shoes sesuai dengan untuk mereka yang bekerja dalam bidang kejuruteraan, kilang minyak dan bahan kimia ekoran ia boleh melindungi kaki anda daripada kecederaan. Kasut ini didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz untuk anda pilih. Selain itu, kasut ini diperbuat daripada lapisan mesh, membolehkan proses pengudaraan dan penyejatan peluh berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, Keluli, Tapak Getah, Kevlar
  • Saiz Tersedia: 36 – 47

Kelebihan:

Kasut pelindung
Anti-gelincir

Harga: RM34.99 – RM69.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Chef Shoes Kitchen Special Shoes Waterproof 

Chef Shoes Kitchen Special Shoes Waterproof
Kredit gambar: Shopee

Chef Shoes Kitchen Special Shoes Waterproof ini sesuai untuk mereka yang bekerja dalam industri penjagaan kesihatan atau makanan dan minuman. Ia mempunyai reka bentuk yang ringkas serta dilengkapi tapak getah yang tebal untuk mengelakkan gelinciran berlaku sewaktu anda bekerja. Kasut ini didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Rubber Foam
  • Saiz: 36 – 49

Kelebihan:

Serba guna
Mesra alam

Harga: RM57.96

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Tulldent Men Breathable Safety Boots 

Tulldent Men Breathable Safety Boots
Kredit gambar: Shopee

Tulldent Men Breathable Safety Boots ini juga sesuai untuk semua jenis aktiviti luar.  Kasut ini dilengkapi dengan reka bentuk anatomi yang unik serta menawarkan bahagian lapik yang boleh ditanggalkan supaya anda boleh menyesuaikannya mengikut keselesaan kaki anda. Selain itu, ia juga didatangkan dengan tapak luar yang tebal dan fleksibel bagi memberikan anda keselesaan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh woven, Kulit Lembu, Tapak PU, Keluli, Kevlar
  • Saiz : 35 – 48

Kelebihan:

Bergaya
Bahan tahan lasak

Harga: RM62.20 – RM64.41

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Tulldent Men Waterproof Safety Boots

Tulldent Men Waterproof Safety Boots
Kredit gambar: Shopee

Jika anda mencari kasut keselamatan dengan kualiti premium pada harga yang berpatutan, Tulldent Men Waterproof Safety Boots adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia menawarkan keselesaan yang berpanjangan walaupun selepas penggunaan yang lama. Tambahan pula, kasut ini diperbuat daripada bahan tahan lasak dan mempunyai reka bentuk serba hitam yang premium menjadikannya sesuai dipakai untuk semua aktiviti luar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh woven, Kulit Lembu, Tapak PU, Keluli, Kevlar
  • Saiz: 35 – 46

Kelebihan:

Tahan lasak
Penampilan premium

Harga: RM62.20 – RM63.28

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close