10 Kedai Dandanan Kucing Terbaik di KL & Selangor 2023

Sebagai pemilik kucing yang bangga, anda tahu bahawa menjaga rakan kucing anda adalah sesuatu yang wajib diberi perhatian rapi kerana ia bukan hanya tentang estetika tetapi juga meliputi kesihatan dan kebahagiaan kucing anda. Dalam dunia dandanan kucing, anda boleh meneroka kedai dandanan kucing yang menawarkan perkhidmatan daripada penyelenggaraan asas sehinggalah kepada rawatan khusus.

10 kedai dandanan kucing terbaik di KL dan Selangor ini akan memberikan perkhidmatan yang luar biasa untuk kucing. Tambahan pula, setiap satu daripada sepuluh kedai dandanan ini mempunyai pasukan profesional yang berkemahiran tinggi, terlatih dan mempunyai pemahaman mendalam tentang tingkah laku dan keperluan kucing.

Berapa Kerap Kucing Perlu Didandan di Kedai Dandanan Kucing?

Kekerapan dandanan kucing di kedai dandanan berbeza-beza berdasarkan faktor seperti baka dan panjang bulu. Kucing dengan rambut panjang mungkin memerlukan dandanan setiap 4 – 6 minggu untuk mengelakkan bulu kusut, manakala kucing berbulu pendek boleh mendapat manfaat daripada dandanan setiap 8 – 12 minggu.

Adakah Kedai Dandanan Kucing Menawarkan Perkhidmatan ‘Boarding’?

Ya. Sesetengah kedai dandanan kucing menawarkan perkhidmatan asrama, menyediakan persekitaran yang selamat untuk kucing apabila pemiliknya tiada. Kemudahan ini mungkin mempunyai kandang atau bilik individu, dan perkhidmatan selalunya termasuk memberi makan, penyelenggaraan kotak pasir  kucing, masa bermain dan sosialisasi kucing.

Adakah Kedai Dandanan Kucing Menawarkan Perkhidmatan Membuang Kutu?

Ya, banyak kedai dandanan kucing menawarkan perkhidmatan membuang kutu. Mereka menggunakan rawatan khusus seperti mandian kutu dan produk topikal untuk menghapuskan dan mencegah kutu. Jika anda memerlukan perkhidmatan ini, anda harus menghubungi kedai dandanan kucing khusus untuk bertanya tentang jenis kaedah penyingkiran kutu dan produk yang mereka gunakan sebelum menggunakan perkhidmatan mereka.

Baca Lagi: 

  1. Kedai Haiwan Peliharaan di Kuala Lumpur
  2. Kedai Haiwan Peliharaan di Pulau Pinang
  3. Kedai Haiwan Peliharaan di Seremban
  4. Kedai Haiwan Peliharan di Bangi
  5. Kedai Haiwan Peliharaan di Setia Alam 
  6. Kafe Haiwan Peliharaan di KL & Selangor
  7. Kafe Haiwan Peliharaan di Pulau Pinang
  8. Kafe Haiwan Peliharaan di Melaka
  9. Kafe Haiwan Peliharaan di Johor Bahru

10 Kedai Dandanan Kucing Terbaik di KL & Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Māobulous Cat Boutique Hotel & Spa

Maobulous--
Kredit Gambar: maobulous.com
Maobulous-
Kredit Gambar: maobulous.com

Māobulous Cat Boutique Hotel & Spa telah diasaskan oleh pasangan yang sangat suka akan kucing. Kedai ini ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan penjagaan bagi mereka yang mencari tempat yang sesuai untuk meninggalkan kucing mereka tatkala mereka ‘outstation’ atau bercuti. Pemilik kedai ini mengimpikan untuk mewujudkan hotel penginapan kucing moden dengan perkhidmatan spa dan produk kucing berkualiti, selain menjadi tempat yang memberi rawatan kepada kucing dengan  mengambil kira faktor mental, fizikal dan sosial mereka. Hasil daripada visi ini, Māobulous Cat Boutique Hotel & Spa telah ditubuhkan.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)  

Alamat: No. 27, Jalan SS 18/6, Ss18, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 03-7494 0607

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain: Sentul (Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/maobulous

Instagram: https://www.instagram.com/maobulous/

semak laman web di sini

2. Catsville Pet Shop

Catsville-Pet-Shop
Kredit Gambar: Catsville Pet Shop
Catsville-Pet-Shop
Kredit Gambar: Catsville Pet Shop

Catsville Pet Shop menawarkan kemudahan dandanan kucing terbaik. Dengan berita terkini dan foto yang konsisten pada setiap hari, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kucing anda ketika menggunakan perkhidmatan penjagaan mereka yang pakar. Pasukan mereka akan menyediakan perkhidmatan yang lancar dan komunikasi yang sangat baik bagi memastikan kucing anda berasa seperti berada di rumah sendiri. Catsville adalah tempat perlindungan kucing anda. Pendandan mereka akan memastikan kucing anda bersih, wangi, ceria, sihat dan kenyang sewaktu mereka di sini.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:30 petang (Setiap hari) 

Alamat: Jln SS 14, Ss 14, 47500 Subang Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-295 9603

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/catsvillepetshop/

Instagram: https://www.instagram.com/catsvillepetshop/?hl=en

semak laman web di sini

3. Syukri & Zul Erwan Cat Hotel & Shop

Syukri-Zul-Erwan-Cat-Hotel-Shop
Kredit Gambar: Syukri & Zul Erwan Cat Hotel & Shop
Syukri-Zul-Erwan-Cat-Hotel-Shop
Kredit Gambar: Syukri & Zul Erwan Cat Hotel & Shop

Syukri & Zul Erwan Cat Hotel & Shop menawarkan pengalaman dandanan kucing dan hotel yang tiada tandingan. Dengan harga yang berpatutan dan kakitangan yang mesra, ia terasa seperti berada di rumah. Mereka menyediakan bilik yang rapi, kemas kini harian dan video untuk menghiburkan kucing anda. Perkhidmatan makanan, pasir kucing dan teksi haiwan peliharaan juga disediakan. Tambahan pula, anda boleh memilih daripada bilik yang luas berserta penghawa dingin ataupun tidak.

Waktu Operasi: 
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 6:00 petang (Sabtu)
10:00 pagi – 2:00 petang (Ahad)

Alamat: 73g, Jalan Nautika B U20/B, Pusat Komersial Tsb, 40160 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 03-6150 2214

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/syukri.zulerwan.cat/

Instagram: https://www.instagram.com/syuk.zulerwan.catt/?hl=en

semak laman web di sini

4. Snow’s Cat Grooming & Boarding

Snows-Cat-Grooming-Boarding
Kredit Gambar: Snow’s Cat Grooming & Boarding
Snows-Cat-Grooming-Boarding
Kredit Gambar: Snow’s Cat Grooming & Boarding

Snow’s Cat Grooming & Boarding menawarkan perkhidmatan dandanan dan asrama yang mudah untuk kucing. Daripada penghantaran sehinggalah kepada pengambilan kucing, prosesnya adalah sangat lancar. Pendandan pakar mereka akan mempamerkan skill mereka, yakni dengan memberikan transformasi yang mengagumkan kepada kucing anda. Rasailah proses dandanan mereka di rumah yang bakal membuatkan kucing anda berbau harum, segar dan wangi bak seperti bayi. 

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari) 

Alamat: Section 6, No 43, Jalan 8/27d, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 016-391 9175

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/snowsgroomingboarding1

semak laman web di sini

5. Cat Celebrity

Cat-Celebrity
Kredit Gambar: Pets Grooming Damansara Damai
Cat-Celebrity
Kredit Gambar: Pets Grooming Damansara Damai

Cat Celebrity merupakan destinasi utama untuk pemilik kucing peliharaan. Dengan menawarkan perkhidmatan asrama dan dandanan haiwan peliharaan yang tiada tandingan, mereka bersedia untuk membantu anda apabila anda memerlukan penjagaan untuk teman kucing anda. Sama ada percutian atau untuk keperluan dandanan, mereka menyediakan penjagaan harian, dandanan dan asrama untuk jangka masa pendek dan panjang khusus buat teman kucing anda.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari)  

Alamat: P2 -1 – 03A Residensi Damai Meriah, 2, Jalan PJU 10/1a, Damansara Damai, 47830 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 017-208 4142

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100088163144183

Instagram: https://www.instagram.com/catcelebrity_salon_hotel/?hl=ms

semak laman web di sini

6. Cats Kingdom Care & Products

Cats-Kingdom-Care-Products
Kredit Gambar: Cats Kingdom Care & Products
Cats-Kingdom-Care-Products-
Kredit Gambar: Cats Kingdom Care & Products

Rasai kehangatan Cats Kingdom Care & Products, di mana bos wanita mereka akan menyambut anda dengan senyuman. Perkhidmatan dandanan dan asrama mereka cemerlang dalam segala hal. Oleh sebab itu, mereka menerima kunjungan berulang daripada pelanggan yang berpuas hati. Mereka juga menggunakan Lalamove untuk penghantaran produk yang mudah bagi menjimatkan masa anda. Dengan harga yang berpatutan dan pengetahuan pakar, Cats Kingdom Care & Products akan memastikan anda menerima hasil yang terbaik dan berbaloi dengan wang anda dari segi produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 73, Jalan 3/76d, Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 03-9284 4898

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/catskingdomcare/

Instagram: https://www.instagram.com/catskingdom1610/?hl=en

semak laman web di sini
Meow-Hero-Family-Grooming-and-Hotel
      Kredit Gambar: Meow hero Family Grooming & Hotel
Meow-Hero-Family-Grooming-and-Hotel
Kredit Gambar: Meow Hero Family Centre

Meow Hero Family Grooming and Hotel berasal sebagai perkhidmatan dandanan berasaskan rumah dengan visi untuk menawarkan perkhidmatan yang luar biasa kepada semua ibu bapa si kucing. Diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Pendandan Terbaik 2022, mereka menawarkan pelbagai pakej dandanan untuk teman kucing anda! Pasukan mereka yang berpengetahuan akan membimbing anda dalam memilih pilihan yang paling sesuai untuk kucing anda. Malah, mereka menawarkan perkhidmatan “Director’s Magic Touch” yang unik untuk pelanggan yang mencari sentuhan mahir.

Sebagai ahli National Cat Groomer Institute (NCGI), mereka teruja untuk mengumumkan pelancaran Akademi Dandanan mereka yang akan datang pada penghujung Julai 2023 ini. Yakinlah, hotel haiwan kesayangan ini menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk kucing anda. Paling penting, ia diperakui sepenuhnya oleh badan kerajaan yang berkaitan iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari) 

Alamat: G-19, Kompleks Perniagaan Selayang Point, Jalan SP1, Selayang Jaya, 68100, Batu Caves, Selangor

No. Telefon: 03-9776 3851

No. WhatsApp:
www.wasap.my/60173531017  (Kedai)
www.wasap.my/60123364431  (Pakej)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
G-16, Kompleks Perniagaan Selayang Point, Jalan SP1, Selayang Jaya, 68100, Batu Caves, Selangor (akan datang)

Facebook: https://www.facebook.com/meowherofamily

semak laman web di sini

8. Cat Mart

cat-mart-
Kredit Gambar: Cat Mart
cat-mart-
Kredit Gambar: Cat Mart

Cat Mart merupakan kedai dandanan kucing yang boleh dipercayai dan mesra. Pemilik serta kakitangannya akan memastikan kucing dan anda mengalami pengalaman yang menyenangkan sewaktu di sini. Kedai ini menawarkan piawaian kebersihan tertinggi, dengan bilik yang mempunyai pengudaraan yang baik dan bebas daripada bau yang tidak menyenangkan. Nikmati penginapan yang luas pada harga yang berpatutan. Selain itu, ia turut menyediakan pasir kucing yang banyak untuk kegunaan kucing-kucing yang datang ke sini. Tambahan pula, anda boleh menerima maklumat terkini pada setiap hari tentang rakan kucing kesayangan anda supaya anda tidak perlu risau tentang mereka.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)  

Alamat: f7/f, 32, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

No. Telefon: 018-270 5737

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/catmart.my/

Instagram: https://www.instagram.com/catmart.my/?hl=en

semak laman web di sini

9. Majestic Cat Studio

Majestic-Cat-Studio
Kredit Gambar: Majestic Cat Studio
Majestic-Cat-Studio
Kredit Gambar: Majestic Cat Studio

Majestic Cat Studio merupakan kedai dandanan haiwan peliharaan di mana kebersihan dan elemen estetika minimalis mewujudkan suasana yang menggembirakan. Pendandan yang pakar akan memastikan kucing anda menerima dandanan yang terbaik, sekali gus menjadikan mereka berbau harum dan kot bulu menjadi licin seperti sutera. Selain itu, pemilik kedai ini juga prihatin dan bermurah hati kerana beliau menyediakan rawatan perubatan percuma dan berkongsi pengetahuan berharga tentang penjagaan kucing kepada para pelanggannya.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 7:30 petang (Isnin, Selasa, Khamis – Sabtu)
11:30 pagi – 7:30 petang (Ahad)
Tutup (Rabu) 

Alamat: 26-1, Jalan Equine 1B, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 019-697 3965

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/majesticpurrcattery/

10. Happy Fat Cat

Happy-Fat-Cat
Kredit Gambar: Happy Fat Cat
Happy-Fat-Cat-
Kredit Gambar: Happy Fat Cat

Di Happy Fat Cat, pemiliknya berusaha keras untuk memastikan pengalaman positif untuk rakan kucing anda. Mereka memberikan panduan berharga tentang memotong kuku dan membersihkan telinga si kucing anda dengan berhati-hati. Kawasan asrama adalah sempurna, dan mereka mengekalkan kebersihan serta kesegaran di seluruh kawasan. Bersedialah untuk kagum dengan layanan dan dedikasi mereka terhadap setiap kucing di sini kerana mereka ingin memastikan kucing anda sentiasa gembira dan selamat.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 6:00 petang (Setiap hari) 

Alamat: 27, Lorong Abang Haji Openg 4, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 012-390 0514

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/myHappyFatCat/

Instagram: https://www.instagram.com/myhappyfatcat/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close