Kipas industri merupakan kipas siling besar yang sesuai untuk digunakan di kilang dan gudang. Kipas ini sering disalah anggap sebagai kipas khas untuk gaya industri dan kipas siling untuk perniagaan. Kipas siling industri biasanya mempunyai bilah yang berputar antara 52″ hingga 100″.
Walaupun kipas siling konvensional sering diperbuat daripada kayu atau plastik tipis, kipas siling perindustrian biasanya terdiri daripada keluli, aluminium dan plastik gred industri. Ciri ini memberikan mereka idea untuk mencipta reka bentuk kipas siling kediaman yang banyak dilihat di rumah. Di sini kami menyenaraikan 8 kipas industri terbaik di Malaysia.
Apakah Tahap Kebisingan Kipas Industri?
Kipas industri adalah peralatan industri yang berpusing dan berputar laju, jadi kipas ini sememangnya agak bising. Kebanyakan persekitaran pengeluaran memerlukan tahap bunyi kurang daripada 85 dB pada jarak lima kaki untuk syif lapan jam.
Adakah Kipas Industri Menggunakan Banyak Tenaga?
Kipas perindustrian yang besar akan menggunakan lebih banyak watt daripada kipas meja kecil. Jumlah watt ditentukan oleh saiz dan kecekapan tenaga. Mentol lampu biasanya mengambil 40 -100 watt. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan mentol lampu LED, watt yang serendah 16 watt masih memberikan kecerahan yang sama.
8 Kipas Industri Terbaik di Malaysia 2023
1. Cool Power Heavy Duty Industrial Fan
Cool Power Heavy Duty Industrial Fan dihasilkan sepenuhnya daripada tembaga dan mempunyai jaminan satu tahun. Ia mempunyai tiga kelajuan dan tiga bilah seperti 26 inci, 30 inci dan 20 inci. Kipas ini tidak didatangkan dengan alat kawalan jauh, jadi anda mesti menyesuaikan tahap kelajuan kipas secara manual. Kepala kipas yang bergerak ini boleh menyejukkan ramai individu yang berdekatan.
Spesifikasi:
- Voltan: 240 V
- Waranti: 12 bulan
- Penggunaan kuasa: 280 W
Kelebihan:
✅Berayun ke kiri ke kanan
✅Tetapan kelajuan boleh ubah
✅Penjimatan tenaga
Harga: RM128.90 – RM184.90
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Durable Industrial Stand Fan
Durable Industrial Stand Fan mempunyai bilah logam dan tahan lama. Kuasa motor kipas ini adalah 160 W. Kipas ini mempunyai jaminan 3 bulan, jadi jika kipas ini rosak, anda boleh membaikinya atau menukarnya dengan kipas baru. Selain itu, kipas ini mempunyai tiga tahap kelajuan yang boleh dipilih bagi memastikan anda kekal sejuk pada hari yang panas.
Spesifikasi:
- Voltan: 240 V
- Waranti: 3 Bulan
- Penggunaan kuasa: 160W
Kelebihan:
✅‘Heavy duty’
✅Motor tembaga 100%
✅Kelajuan boleh dilaraskan
Harga: RM155.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. 26” Industrial Standing Fan
26” Industrial Standing Fan ini sesuai digunakan sewaktu cuaca yang panas di tempat kerja, di kilang-kilang, garaj, atau di rumah. Kipas ini mempunyai gril ‘heavy duty’ tambahan yang kuat dan kepala pangsi boleh laras untuk kemudahan penyejukan maksimum. Ia juga boleh beroperasi secara berterusan sehingga 12 jam. Penghasilan kipas yang berkualiti dapat memastikan ketahan dan kekuatannya. Kipas ini mempunyai reka bentuk Vane yang diperkemas dan menghasilkan banyak angin.
Spesifikasi:
- Voltan: 240 V
- Waranti: 6 bulan
- Penggunaan kuasa: 160 W
Kelebihan:
✅‘Heavy duty’
✅Operasi berterusan
✅Kelajuan boleh dilaraskan
Harga: RM169.50
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Industrial Floor Fan
Industrial Floor Fan ini sesuai digunakan di ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, kedai, gudang, bengkel dan pejabat. Ia mempunyai jaminan satu tahun dan boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kuasa, termasuk 12 inci, 14 inci, 16 inci, 18 inci, dan 20 inci. Selain itu, kipas ini mempunyai badan logam penuh, bilah aluminium yang kukuh, dan kawalan tiga kelajuan. Satu lagi ciri kipas ini adalah kepala condong boleh laras dan asas getah anti gelincir untuk kestabilannya sewaktu berdiri.
Spesifikasi:
- Voltan: 220 – 240V
- Waranti: 12 bulan
- Penggunaan kuasa: 50 W – 180 W
Kelebihan:
✅Kepala condong
✅Kaki getah antigelincir
✅Kadar kebisingan yang rendah
Harga: RM96.00 – RM159.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. MAVA TITAN
MAVA TITAN adalah kipas berkualiti tinggi yang menggabungkan ciri-ciri canggih dengan fungsi yang luar biasa. Bilah aluminium anti-karat dengan lapisan perlindungan memastikan ketahanan dan melindunginya daripada karat walaupun dalam persekitaran yang lembap. Dengan 8 pilihan kelajuan, Mava Last Speed Memory, dan kawalan jauh yang ringkas, pengguna dapat menyesuaikan aliran udara dengan mudah untuk keselesaan optimum.
Sama ada anda perlu sejukkan bilik atau meningkatkan peredaran udara, MAVA TITAN adalah pilihan yang boleh dipercayai dan efisien. Motor berkualiti tinggi dan bilah yang direka bentuk secara aerodinamik menyediakan aliran udara yang kuat dan seragam. Pembinaan aluminium kipas ini menambah kekuatan dan jangka hayatnya, menjadikannya pilihan yang tahan lama untuk kegunaan jangka panjang. Nikmati angin segar daripada MAVA TITAN!
Spesifikasi:
- Voltan: 240V
- Waranti: 12 bulan
- Penggunaan kuasa: 45W
Kelebihan:
✅Memori kelajuan terakhir
✅8 kelajuan dengan kawalan jauh
✅Timer automatik 2 & 6 jam
✅Boleh forwad & reverse
AFTER SALE SERVICE SUPPORT
No. Telefon: 06-3350575
Facebook: https://www.facebook.com/mavafanmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/mavafanmalaysia/
Laman web: www.mavafan.com
E-mel: contact@mavafan.com
Harga: RM1,399
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Stand/Wall Industrial Fan
Stand/Wall Industrial Fan diperbuat daripada tiub bulat keluli aloi heavy-duty dengan kemasan perindustrian tebal. Ia mempunyai gril heavy-duty, tahan lama dan kepala pangsi bergerak untuk memudahkan proses penyejukan. Selain itu, salah satu ciri terbaik kipas ini adalah ia diperbuat daripada bahan yang tahan lama dan tahan lasak. Kipas ini mempunyai reka bentuk Vane yang diperkemas dan output angin yang kuat serta penggunaan kuasa yang rendah. Anda juga boleh melaraskan kecondongan dan ketinggian kipas ini mengikut kehendak anda.
Spesifikasi:
- Voltan: 240 V
- Waranti: 6 bulan
- Penggunaan kuasa: 190 W
Kelebihan:
✅Lebih kukuh
✅Kadar kebisingan yang rendah
✅Keluli aloi
Harga: RM164.99
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Sturdy Industrial Fan
Sturdy Industrial Fan 18″ ini merupakan kipas berdiri dengan tiga kelajuan. Kipas ini mempunyai tiga bilah dan beratnya adalah 10 kg. Kipas ini mempunyai waranti 6 bulan yang termasuk dengan motor ekonomi dan lasak. Condenser dan peti juga tertakluk pada motor tersebut. Bagi memudahkan pemasangan dan menjimatkan masa, arahan pemasangan kipas ini disertakan pada pembungkusannya.
Spesifikasi:
- Voltan: 220 V
- Waranti: 12 bulan
- Penggunaan kuasa: 55 W +/-
Kelebihan:
✅Tahan karat
✅Mudah dibersihkan
✅Berayun ke kiri ke kanan
Harga: RM69.00 – RM73.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Aind Industrial Ceiling Fan
Aind Industrial Ceiling Fan mempunyai berat 17 kg dan mempunyai 6 bilah logam. Ia mempunyai stabiliti yang sangat baik kerana berat bahagian bawah dan kipas secara keseluruhannya dapat mencegahnya daripada terbalik. Selain itu, ia adalah salah satu kipas yang paling praktikal untuk majlis besar kerana saiznya yang besar. Kipas ini hanya tersedia dalam warna hitam dan dilengkapi dengan alat kawalan dengan 5 kelajuan.
Spesifikasi:
- Voltan: 220 V
- Waranti: 12 bulan
- Penggunaan kuasa: 165 W
Kelebihan:
✅Pemasangan mudah
✅Laras
✅Kuat
Harga: RM499.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.