Makanan Nyonya adalah sejenis makanan yang sedap dan unik. Ia merupakan sesuatu yang indah dan perlu dijaga untuk dikekalkan sebagai ciptaan yang cantik di Malaysia dan Singapura. Di Malaysia, terdapat rangkaian makanan masakan Nyonya yang melambangkan budaya dan tradisi. Kini, sebilangan besar masih menggemari makanan Nyonya dan berkongsi keenakan makanan ini kepada pelancong dan juga pengunjung.
Selain itu, Penang merupakan sebuah negeri yang ikonik di mana ia mempunyai warisan dan barangan antik Baba dan Nyonya. Jadi, sekiranya anda ingin merasakan masakan atau makanan Baba Nyonya yang ‘pure’, Penang adalah ‘syurga’ masakan Baba dan Nyonya yang patut anda kunjungi. Hidangan-hidangan tersebut akan disajikan secara profesional dan autentik sekaligus akan memikat selera anda.
10 Makanan Nyonya Terbaik di Penang 2023
1. Winn’s Cafe
Winn’s Cafe adalah tempat pertama yang anda harus kunjungi apabila anda inginkan makanan Nyonya. Hal ini kerana mereka menyajikan pelbagai menu masakan Nyonya seperti ‘Otak-otak,’ salted fish bone curry,’ inch Kabin,’ Gula Melaka Sago,’ dan lemonade ‘handmade’ adalah antara yang menjadi kegemaran setiap yang datang berkunjung. Tambahan pula, anda mesti mencuba hidang istimewa yang disajikan di sini, iaitu Nasi Ulam. Hidangan ini terdiri daripada pelbagai jenis herba yang merupakan kunci keenakan yang tiada tandingan.
Waktu operasi: 11 pagi – 3 petang, 6 petang -10 malam (Isnin – Sabtu)
Alamat: 2, Jalan Irrawaddi, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
2. Ivy’s Nyonya Cuisine
Ivy’s Nyonya Cuisine bertempat di Jalan Chow Thye, ia merupakan sebuah restoran yang dihiasi dengan dekorasi yang membuatkan anda seolah-olah berada di rumah. Makan di sini memberikan suasana yang santai, seumpama anda sedang melepak di rumah kawan untuk menikmati hidangan di rumah mereka. Hiasan dalaman restoran ini menonjolkan elemen seperti masa dahulu dan memiliki rekaan yang ringkas. Sekiranya anda singgah makan di sini, penting untuk anda mencuba hidangan klasik mereka, iaitu Joo Hoo Ban Kuang Char yang diperbuat daripada sotong dan kacang keladi. Seterusnya, sajian Nyonya Otak yang ‘handmade’ dengan rasa pedas yang sederhana sekaligus sedap untuk dinikmati dan mengisi perut anda.
Waktu operasi: 6 petang – 9 malam (Selasa), 12 tengahari – 3 petang, 6 petang – 9 malam (Rabu – Ahad)
Alamat: 58, Jalan Chow Thye, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
3. Nyonya Su Pei Private Dining
Pemilik Nyonya Su Pei Private Dining adalah Nyonya Su Pei, seorang isteri kepada anak sulung Baba Jerry, iaitu Keluarga Tradisional Nyonya. Hidangan yang disediakan di sini makanan yang akan menepati citarasa anda di mana hidangan tersebut juga dihidangkan pada setiap hari bagi keluarga Peranakan tradisional. Jadi, jika anda bertuah untuk mendapatkan slot untuk ‘private diner’ ini, pastikan anda tidak mensia-siakan peluang untuk menikmati ‘Nyonya Pork Leg’ bersama sos Tamarind yang sememangnya ‘kick’. Anda akan jatuh cinta dengan rasa pedas yang mengujakan deria anda. Selain daripada itu, anda juga disarankan untuk mencuba hidangan ‘Nyonya Pork Leg Curry in Coconut Milk Curry’ yang berkrim dan menyegarkan.
Waktu operasi: 10 pagi – 6:30 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: No 2, Bodhi Highway, Georgetown, 10400 George Town, Penang, Malaysia
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
4. Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery
Anda boleh menikmati kelazatan masakan Nyonya di Auntie Gaik Lean’s Old School Eatery. Restoran ini menyediakan persekitaran masyarakat Cina yang kasual. Jadi, jika anda seorang penggemar lensa, dekorasi dan rekaan restoran ini tidak akan mengecewakan anda. Selain itu, salah satu hidangan yang seringkali mengujakan sesiapa sahaja yang datang berkunjung adalah Sambal Brinjal. Hidangan ini merupakan hidangan yang ‘win’ bagi golongan yang menyukai rasa pedas dalam pemakanan harian mereka. Di samping itu, Cucur Udang yang disediakan turut disajikan dalam saiz hidangan yang besar dan dimasak dengan baik oleh tukang masak.
Waktu operasi: 11:30 pagi – 2:30 petang, 6 petang – 9:30 malam (Selasa – Ahad)
Alamat: 1, Bishop St, Georgetown, 10200 George Town, Penang, Malaysia.
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
5. Little Kitchen @ Nyonya 娘惹小厨房
Little Kitchen @ Nyonya 娘惹小厨房 bukan sahaja restoran dengan ruangan peribadi, tetapi ia turut merupakan tempat tinggal si pemilik, iaitu Baba Jay dan seisi keluarga. Apa yang menarik tentang restoran ini adalah ia hanya menghidangkan dua hingga tiga meja makan pada setiap hari. Sekiranya dua meja telah ditempah, dia akan meletakkan tanda ‘Tutup’ pada pintu. Jadi, pelanggan akan lebih selesa dengan ruangan privasi dan keakraban ketika waktu makan.
Waktu operasi: 6:30 petang – 8.30 malam (dapur ditutup)
Alamat: 179, Lebuh Noordin 10300 George Town, Penang, Malaysia
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
6. Kebaya Dining Room
Kebaya Dining Room adalah pilihan tempat makan yang best di mana anda benar-benar boleh menjiwai budaya Baba Nyonya seperti hidangan asli Nyonya, pakaian, dan hiasan Nyonya. Anda juga boleh berpakaian seperti orang Nyonya sebenar di samping menikmati hidangan mereka yang penuh nikmat. Seterusnya, anda wajar mencuba ‘Grilled Chicken Kapitan’ yang amat beraroma pes yang diperbuat daripada cili, bawang putih, bawang merah dan kemiri. Bukan itu sahaja, pai otak-otak yang disajikan juga amat rangup dan siakap dimasak dengan bawang putih dan kunyit.
Waktu operasi: 6 petang –10 malam (Isnin – Jumaat), 12 tengahari – 2:30 petang, 6 petang –10 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: 14A, Stewart Ln, Georgetown, 10200 George Town, Penang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
7. Moh Teng Pheow Nyonya Koay
Moh Teng Peow adalah kilang kuih Nyonya yang mengeluarkan sejumlah besar kuih apabila menerima pesanan daripada penjual. Di sini, mereka menjual 20 jenis kuih yang berbeza bersama beberapa hidangan klasik seperti Nasi Ulam dan Laksa. Sekiranya anda mencari sesuatu yang lebih mengenyangkan, anda disarankan untuk mencuba Laksa, diperasakan dengan baik serta sup yang seimbang di samping ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan.
Waktu operasi: 10.30 pagi – 5 petang (Selasa – Khamis), 10.30 pagi – 8 malam ( Jumaat – Ahad)
Alamat: Lebuh Chulia, Jalan Masjid, 10200 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
8. Bibik’s Kitchen Nyonya Cuisine
Restoran ini merupakan restoran moden yang menyediakan sajian Nyonya dan dibuka secara ‘diam-diam’ pada hujung tahun 2017. Kedudukan restoran ini sendiri telah menggambarkan bahawa ia adalah sebuah restoran keluarga yang intim. Mereka menawarkan pelanggan dengan variasi menu masakan Nyonya dengan penuh mesra. Antara menu yang terdapat di sini ada;ah Bakwan Kepiting. Hidangan ini akan memastikan anda kekal hangat walaupun pada hari hujan berikutan supnya yang manis. Selain daripada itu, Lemak Laksa turut dikenali di kalangan para pelanggan dek rasa dan aromanya yang memikat sesiapa sahaja yang menghidunya. Hidangan ini mendapat sambutan yang amat menggalakan dari kalangan pengunjung. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ia merupakan antara hidangan yang berbaloi untuk anda cuba!
Waktu operasi: 11.30 pagi – 3 petang, 6 petang – 9 malam (Selasa – Ahad)
Alamat: 73, Jalan Sri Bahari, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
9. Nyonya Willow Restaurant
Nyonya Willow Restaurant merupakan restoran yang wajib anda kunjungi. Persekitaran tempat makan yang dihiasi dengan sentuhan Baba Nyonya membolehkan anda untuk menangkap banyak detik yang indah bersama sang keluarga atau teman baik tersayang. Namun begitu, jangan terlalu leka bergambar sehingga anda terlepas peluang untuk merasa ‘Willow’s Assam Laksa’ kerana ia sememangnya salah satu hidangan yang menonjolkan masakan Baba Nyonya. Tambahan pula, anda boleh memesan minuman ‘blue flower’ yang bukan sahaja menyegarkan bahkan unik untuk melengkapkan juadah anda.
Waktu operasi: 11.45 am – 2 pm; 6.30 petang -9 malam (Selasa – Jumaat), 12 tengahari – 2.15 petang; 6.30 petang – 9.15 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: Arena Curve, 73-1-3, Jalan Mahsuri, Bandar Sunway Tunas, 11900 Payan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
10. Nyonya Breeze
Jika anda memasuki Nyonya Breeze, anda akan disambut dengan mesra oleh seorang wanita. Itulah dia gerangan sang pengasas restoran Nyonya Breeze. Selain itu, restoran ini mempunyai persekitaran yang luas dan dikelilingi suasana yang tenang. Di samping itu, anda disarankan untuk merasa hidangan Too Kah Char Sui. Hidangan ini memiliki sos putih yang ringan bagi menyeimbangkan minyak yang terhasil. Pendek kata, apa-apa pun ia merupakan sajian yang sedap dan berbaloi untuk dicuba!
Waktu operasi: 11:30 pagi – 2 petang, 6 petang – 9:30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 3A-1-7, Straits Quay, Jalan Seri Tanjung Pinang, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review Di sini
Jatuh cinta dengan makanan Nyonya? Jadi, jangan tunggu lama-lama! Datang dan nikmati sendiri kelazatannya di restoran-restoran yang kami senarai ini. Kami berharap dengan panduan yang kami berikan berupaya untuk membantu anda memilih hidang Nyonya yang anda rasakan berbaloi untuk dicuba. Selain itu, kami berharap anda sudi tinggalkan komen secara jujur untuk dikongsikan bersama orang lain.
Pada masa yang sama, maklumkan kepada kami sekiranya anda mempunyai cadangan restoran yang menawarkan masakan Nyonya yang ‘hit’ di Penang, anda boleh tinggalkan pesanan atau komen di laman web My Weekend Plan! Semoga anda menikmati setiap rasa keenakan makanan Nyonya di tempat-tempat ini bersama yang tersayang, ingat masakan Nyonya, ingatlah untuk berkunjung ke Penang!
Dapatkan baucer istimewa Lazada anda【Di sini】
Pelbagai tawaran tunai menarik 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.