8 Pembersih Papan Kekunci Terbaik di Malaysia 2023

Papan kekunci (keyboard) merupakan item terpenting yang terdapat pada PC atau komputer riba (laptop). Papan kekunci ini berfungsi untuk menaip atau memasukkan teks dan nombor ke dalam komputer. Namun, lama- kelamaan papan kekunci yang sentiasa digunakan boleh dikotori habuk dan kotoran yang banyak.

Hal ini kerana persekitaran dan penggunaan yang kerap menyebabkan papan kekunci terdedah pada habuk dan kotoran. Oleh itu, penjagaan dan kebersihan papan kekunci amat penting untuk mengekalkan kualiti dan fungsi papan kekunci dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga dapat digunakan dalam masa yang lama. Berikut adalah 8 pembersih papan kekunci terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak menjauhkan kotoran daripada papan kekunci?

Malangnya, tiada cara untuk menjauhkan kotoran sepenuhnya daripada papan kekunci anda. Akan tetapi, terdapat beberapa cara yang boleh mengurangkan jumlah kotoran daripada memasuki papan kekunci anda. Pertama, anda tidak digalakkan untuk makan di hadapan laptop atau PC anda terutamanya memakan makanan yang meninggalkan sisa serbuk seperti snek. Seterusnya, anda perlulah membersihkan papan kekunci anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Bolehkah papan kekunci dicuci dengan air?

Perkara ini tidak wajar dilakukan kerana jika anda membersihkan papan kekunci dengan menggunakan air, ia akan merosakkan bahagian dan komponen elektrik yang terdapat pada papan kekunci anda. 

8 Pembersih Papan Kekunci Terbaik di Malaysia 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Super Clean Compound Slimy Gel

Super Clean Compound Slimy Gel
Kredit Gambar: Lazada

Super Clean Compound Slimy Gel merupakan antara pembersih papan kekunci yang menjadi pilihan pengguna. Hal ini kerana, reka bentuknya yang seakan jeli memudahkan anda untuk menggunakannya terutama di permukaan papan kekunci yang sempit dan sukar dicapai. Pembersih ini didatangkan dengan berat sebanyak 80 g serta 5 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Gam
  • Warna: Hijau, Merah, Biru, Kuning, Ungu 
  • Berat: 80 g
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 12.5 cm x 17 cm

Kelebihan:

Mudah digunakan
Membersihkan kawasan yang sukar dicapai
Selamat digunakan

Harga: RM3.50 – RM4.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Tenwin Mini Dust Vacuum

Tenwin Mini Dust Vacuum
Kredit Gambar: Lazada

Tenwin Mini Dust Vacuum merupakan pembersih papan kekunci dengan ciri mudah alih dan kompak. Pembersih ini didatangkan dengan reka bentuk vakum bagi memudahkan anda mengendalikannya. Pembersih papan kekunci ini dilengkapi dengan bilah angin lingkaran 360 darjah yang efektif dalam membuang habuk dan kotoran daripada papan kekunci anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Warna: Biru, Merah Jambu 
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 8 cm x 8 cm x 6 cm

Kelebihan:

Tanpa wayar
Mudah alih
Praktikal

Harga: RM16.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Jisulife DC01/DC02 Mini Vacuum Cleaner

Jisulife DC DC Mini Vacuum Cleaner
Kredit Gambar: Shopee

Jika anda mencari pembersih papan kekunci mudah alih, Jisulife DC01/DC02 Mini Vacuum Cleaner ini pilihan terbaik untuk anda. Ia didatangkan dalam saiz yang kecil bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Selain itu, pembersih ini juga dilengkapi dengan hose panjang bagi memudahkan anda membersihkan sudut kekunci. Ia dipasarkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Pink, Kuning, Putih
  • Bateri: 1100 mAh
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Boleh dicas semula
Penyedutan besar
Mudah digunakan

Harga: RM30.00 – RM35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Westcovina Double-headed Laptop Cleaner

Westcovina Double headed Laptop Cleaner
Kredit Gambar: Shopee

Pembersih papan kekunci ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan kukuh. Ia dilengkapi dengan dwi-berus (pendek dan panjang) yang membolehkan anda menggunakannya mengikut kesesuaian pada jumlah kotoran dan habuk pada papan kekunci anda. Bukan itu sahaja, pembersih ini juga diperbuat daripada fiber dan PP yang menjadikannya tahan lama dan kalis lembapan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fibre, PP
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 6.7 cm x 6 cm (Anggaran)

Kelebihan:

Dwi-berus
Boleh ditarik
Kalis lembapan

Harga: RM5.34

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Fonken Keyboard Cleaning Brush

Fonken Keyboard Cleaning Brush
Kredit Gambar: AliExpress

Anda mencari pembersih papan kekunci yang praktikal dan pelbagai fungsi? Fonken Keyboard Cleaning Brush ini merupakan pilihan yang tepat untuk anda. Pembersih ini dilengkapi dengan bulu halus yang efektif dalam menghapuskan kotoran dan habuk tanpa merosakkan papan kekunci anda. Selain itu, ia juga didatangkan dalam reka bentuk seakan pen yang memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Nilon + ABS
  • Warna: Putih kelabu, Hitam merah, Putih merah
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 150 mm × 80 mm × 28 mm

Kelebihan:

Pelbagai fungsi
Bulu lembut
Reka bentuk pen mudah alih

Harga: RM7.90 – RM12.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. MYRON USB Keyboard Cleaner

MYRON USB Keyboard Cleaner
Kredit Gambar: Lazada

MYRON USB Keyboard Cleaner dilengkapi dengan fungsi berus dan vakum yang membantu anda memaksimumkan tahap pembersihan untuk papan kekunci and. Pembersih papan kekunci ini didatangkan dengan penyambung USB yang membolehkan anda menyambungkannya pada laptop atau PC anda untuk mengecas. Selain itu, pembersih papan kekunci ini dipasarkan dengan 6 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik & Logam
  • Warna: Hitam, Hijau, Biru, Merah Mawar, Biru Langit, Kuning
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 90 cm (Panjang USB)

Kelebihan:

Dilengkapi dengan berus dan vakum
Didatangkan dengan USB

Harga: RM3.69 – RM4.81

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Homgeek Wireless Dust Collector 6033

Homgeek Wireless Dust Collector
Kredit Gambar: Lazada

Homgeek Wireless Dust Collector 6033 merupakan vakum berkualiti tinggi yang boleh digunakan untuk membersihkan papan kekunci, laptop, bantal dan banyak lagi. Pembersih papan kekunci vakum ini mempunyai motor berkelajuan tinggi yang efektif dalam membersihkan papan kekunci anda dengan pantas dan kemas. Pembersih papan kekunci ini mempunyai sedutan yang kuat dan juga reka bentuk yang ringan.

Spesifikasi:

  • Warna: Kelabu
  • Berat: 700 g
  • Kuasa: 80 W
  • Bateri: (18650) 2000mAh x 2
  • Voltan Pengecasan: DC 5V
  • Masa Pengecasan: Kira-kira 1.5 H
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 30.5 cm x 12.5 cm x 8 cm

Kelebihan:

Ringan
Penyedutan yang kuat
Motor kelajuan tinggi

Harga: RM115.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. PEWANY Cleaning Brush

PEWANY Cleaning Brush
Kredit Gambar: Shopee

PEWANY Cleaning Brush merupakan antara pembersih papan kekunci yang dijual pada harga yang murah. Pembersih papan kekunci ini boleh digunakan untuk membersihkan kotoran dan habuk yang nipis. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang ringkas, kecil dan ringan bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Merah
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: 11.5 cm x 2 cm

Kelebihan:

Mudah digunakan
Reka bentuk ringkas
Nipis

Harga: RM2.85

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close