Aktiviti menggaru atau mencakar merupakan aktiviti yang dapat membantu kucing anda untuk bersenam, meregangkan kuku, kaki, badan, dan juga mengeluarkan lapisan luar kuku kucing. Tingkah laku ini akan mengeluarkan hormon gembira yang boleh mengekalkan kesihatan kucing anda. Menurut Humane Society, kucing juga menggaru untuk melepaskan tekanan, meluahkan perasaan atau menunjukkan keseronokan. Pemilik kucing perlulah menyediakan sekurang-kurangnya satu pencakar untuk kucing anda. Secara tidak langsung, hal ini dapat mengelakkan si bulus anda daripada menggaru atau mencakar permaidani dan perabot. Berikut adalah 8 pencakar kucing terbaik di Malaysia.
Tips Untuk Mencari Pencakar Kucing Yang Terbaik.
Terdapat pelbagai jenis dan jenama pencakar kucing di pasaran boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan harga, saiz dan jenis sebelum membuat sebarang pembelian pencakar kucing.
1. Harga
Anda boleh mendapatkan pencakar kucing pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
2. Saiz
Pencakar kucing boleh didapati dalam pelbagai saiz dan jenis. Jadi, sebaiknya anda memilih saiz pencakar yang sesuai dengan kucing anda.
3. Jenis
Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis pencakar kucing di pasaran, antaranya jenis tikar, papan, pad dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis pencakar yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
8 Pencakar Kucing Terbaik di Malaysia 2023
1. Multiple Cat Scratcher Board

Multiple Cat Scratcher Board didatangkan dengan reka bentuk seperti meja bagi memudahkan kucing anda untuk mencakar. Pad pencakar dilekatkan dengan menggunakan gam jagung semula jadi yang tidak toksik sekali gus menjadikannya selamat untuk digunakan oleh kucing anda. Pencakar ini mempunyai saiz agak kecil yang membolehkan anda meletakkannya di pelbagai sudut rumah tanpa menghalang laluan.
Spesifikasi:
- Bahan: Kertas Beralun
- Warna: Pelbagai
- Reka Bentuk: Pelbagai
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Boleh ditanggalkan
✅ Praktikal
Harga: RM4.43 – RM22.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Cat Scratcher Tree

Pencakar kucing ini dilengkapi dengan tiang dan tapak bagi memberikan kestabilan tambahan kepada pencakar supaya kucing anda boleh menggaru dengan selesa dan selamat. Pencakar jenis ini biasanya disertakan dengan mainan tetikus atau bola berbulu yang digantungkan di sekeliling tiang sebagai tarikan untuk menggalakkan kucing anda menggaru.
Spesifikasi:
- Bahan: Sisal
- Warna: Merah jambu, Biru, Coklat, Beige
- Reka Bentuk: Pelbagai
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Boleh ditanggalkan
✅ Kukuh
Harga: RM10.48 – RM25.48
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. XL Saiz Cat Scratcher

Pencakar kucing bersaiz XL ini sesuai untuk kucing yang gemar tidur di atas pencakarnya. Pencakar ini mempunyai ruang yang cukup besar walaupun untuk kucing dewasa. Selain itu, ia didatangkan dengan pek catnip kecil yang boleh diletakkan di atas papan pencakar untuk menarik perhatian kucing anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kertas Beralun
- Warna: Putih, Merah Jambu, Hijau
- Saiz: 43 cm x 10 cm
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Boleh tanggal
✅ Pelbagai fungsi
✅ Boleh diguna untuk jangka masa panjang
Harga: RM12.50 – RM24.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Cat Scratcher Mat with Velcro

Pencakar kucing ini diperbuat daripada tikar sisal serta dilengkapi dengan velcro yang membolehkannya dipasang pada kaki kerusi, kaki meja dan tempat lain. Pencakar ini sesuai digunakan untuk melindungi perabot daripada cakaran si bulus anda. Selain itu, pencakar ini didatangkan dengan 2 saiz iaitu saiz S dan L yang boleh anda pilih berdasarkan saiz kucing anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Sisal
- Warna: Putih
- Saiz: S (30 cm x 20.5 cm), L (40 cm x 28 cm)
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Boleh ditanggal
✅ Didatangkan dengan velcro
Harga: RM14.14 – RM17.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Eco-Friendly Cat Scratcher House

Pencakar kucing mesra alam ini diperbuat daripada kadbod dan kertas beralun. Pencakar ini didatangkan dengan reka bentuk seperti rumah yang membolehkan kucing anda menggaru sambil berehat dan tidur di dalamnya. Ia juga dilengkapi dengan papan pencakar dan pek kecil catnip yang berfungsi untuk merangsang minda kucing anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Kadbod, Kertas Beralun
- Warna: Neutral
- Saiz: 48 cm x 35 cm x 58 cm
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Mudah alih
✅ Reka bentuk yang cantik
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Japanese Cardboard Cat Scratcher House

Rumah pencakar kucing dengan versi yang berbeza! Pencakar Kucing Kadbod Jepun ini didatangkan dengan reka bentuk yang comel. Ia mempunyai papan pencakar yang mudah untuk dipasang dan ditanggalkan. Pencakar kucing ini hanya sesuai untuk kucing yang mempunyai berat di bawah 8 kg ekoran saiz rumahnya yang kecil dan tidak mempunyai banyak ruang.
Spesifikasi:
- Bahan: Kadbod, Kertas Beralun
- Warna: Ungu (Kedai Runcit), Merah Jambu (Kedai Aiskrim), Biru (Kedai Salon), Hijau (Kedai Kopi)
- Saiz: 46.8 cm x 32.8 cm x 48.8 cm
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Boleh ditanggalkan
✅ Reka bentuk yang comel
Harga: RM28.90 – RM29.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Hangable Cat Scratcher

Pencakar kucing ini diperbuat daripada sisal semula jadi serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ia boleh digunakan untuk jangka masa panjang dan mempunyai tekstur yang agak lembut bagi mengelakkan kaki kucing anda daripada terluka. Anda boleh menggantung pencakar ini di mana sahaja ekoran ia dilengkapi dengan penyangkut pada bahagian atas pencakar. Pencakar ini didatangkan dengan 3 bentuk untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Sisal
- Bentuk: Kucing, Ikan, Segi Empat
- Saiz: 34 cm x 34 cm (Kucing), 21 cm x 41 cm (Ikan, Segi Empat)
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Boleh ditanggalkan
✅ Boleh digantung
✅ Permukaan yang lembut
Harga: RM11.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Cat Scratcher Ball Roller

Pencakar kucing ini berbeza dengan pencakar yang lain kerana ia mempunyai ‘ball roller’ sebagai papan pencakarnya. Bahan sisal semula jadi yang digunakan dapat memberikan keselesaan kepada kucing anda ketika menggaru. Reka bentuknya yang boleh berpusing sudah pasti akan menarik perhatian kucing anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai proses pemasangan yang ringkas dan hanya mengambil masa kurang dari 3 minit.
Spesifikasi:
- Bahan: Sisal Asli, Kayu Pejal
- Saiz: 22 cm x 18 cm x 16 cm
- Diameter Bola: 16 cm
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Kukuh
✅ Tahan lama
✅ Permukaan yang lembut
✅ Reka bentuk yang unik
Harga: RM29.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.