8 Pen Pilot Terbaik di Malaysia 2023

Pilot Corporation ditubuhkan oleh Ryosuke Namiki dan Masao Wada pada tahun 1918. Ia telah meluaskan rangkaiannya dengan mewujudkan anak syarikat di beberapa buah negara, termasuklah Malaysia. Pilot corporation juga telah mengeluarkan jenama baru yang bernama BEGREEN yang dihasilkan menggunakan bahan kitar semula. 

Pilot Pen Malaysia, juga dikenali dengan jolokan ‘PPM’ telah diwujudkan pada tahun 1989 di Malaysia. Pen pilot  didatangkan dalam pelbagai variasi seperti pen ball dan pen gel. Jadi, berikut merupakan senarai 8 Pen Pilot terbaik yang boleh anda dapati  di Malaysia.

Bagaimana Hendak Mencari Pen Pilot Yang Terbaik?

Pilot merupakan jenama yang boleh dipercayai dan telah menjadi pilihan pelanggan sejak dahulu lagi. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis pen pilot di pasaran yang boleh membuatkan anda keliru untuk memilih yang mana sesuai buat anda. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan harga, jenis, dan keutamaan sebelum membuat sebarang pembelian.

  1. Jenis

Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis pen pilot di pasaran, antaranya jenis pen gel, pen ball, “retractable pen”, dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis pen yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.

  1. Harga

Setiap pen menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.

  1. Keutamaan

Pen pilot didatangkan dengan pelbagai pilihan warna, jenis dan saiz mata pen. Jadi, anda perlulah memilih jenis pen yang sesuai dengan kehendak anda.

8 Pen Pilot Terbaik di Malaysia 2023

1. Pilot Pen G2 Gel Pen Basic Colour

Pilot Pen G Gel Pen Basic Colour
Kredit Gambar: AliExpress

Pilot Pen G2 Gel Pen ialah pen yang menawarkan kelancaran ketika menulis. Pen ini direka dengan reka bentuk ‘refillable’ yang membolehkan anda untuk mengisi semula dakwat pen setelah habis. Selain itu, pen ini mempunyai pemegang anti-gelincir yang memberikan anda cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menulis. Rekaan pemegang pen ini juga menjamin keselesaan pada tangan anda walaupun selepas menulis dalam masa yang lama. Bukan itu sahaja, pen ini dipasarkan dengan 4 saiz mata pen dan 4 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru Hitam, Biru, Red
  • Saiz mata pen: 0.38mm, 0.5mm, 0.7mm, 1.0mm

Kelebihan:

Selesa
Refillable

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Pilot Pen Ball Liner Signature Pen

Pilot Pen Ball Liner Signature Pen
Kredit Gambar: AliExpress

Pen Pilot Ball Liner Signature Pen memiliki reka bentuk yang unik, ringkas dan mudah dipegang menjadikannya pen pilihan utama bagi kebanyakan firma guaman. Pen ini dilengkapi dengan teknologi cepat kering, jadi anda tidak perlu lagi risau mengenai ‘blood ink’ pada kertas kerja anda. Ia boleh didapati dalam 4 warna berbeza iaitu hitam, biru, merah dan hijau.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru, Merah, Hijau
  • Saiz mata pen: 0.8mm

Kelebihan:

Unik
Kelancaran menulis

Harga: RM4.60

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Pilot Pen Acroball Ballpen

Pilot Pen Acroball Ballpen
Kredit Gambar: AliExpress

The Pilot Pen Acroball Ballpen diperbuat dengan teknologi pen ballpoint terkini yang dilengkapi dengan dakwat Acroball. Teknologi baharu ini membolehkan anda untuk mempunyai pengalaman menulis yang menarik dan lancar berbanding pen ball dan pen gel yang biasa. Pen ini dipasarkan dengan 3 pilihan warna asas sahaja.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru, Merah
  • Saiz mata pen: 0.3mm (MF), 0.5mm (EF), 0.7mm (F), 1.0mm (M)

Kelebihan:

Pengalam menulis yang menarik
Refillable

Harga: RM5.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Pilot Poplol Gel Pen

Pilot Poplol Gel Pen
Kredit Gambar: AliExpress

Jika anda mencari pen dengan kualiti premium serta mempunyai pelbagai pilihan warna, Pilot Poplol Gel Pen sesuai untuk anda. Pen ini didatangkan dengan 14 pilihan warna yang menarik. Namun sebelum anda membeli, anda haruslah melihat dengan teliti kerana pen ini mempunyai 3 pilihan warna dengan saiz mata pen 0.5mm dan 11 pilihan warna dengan saiz mata pen 0.7mm. Selain itu, pen ini juga direka dalam bentuk pen tekan bagi memudahkan anda sewaktu menggunakannya.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru Hitam, Biru Muda, Biru Lembut, Biru, Merah Gelap, Merah, Merah Jambu, Merah Jambu Coral, Hijau,Ungu, Violet, Jingga, Coklat Kopi
  • Saiz Mata Pen: 0.5mm, 0.7mm

Kelebihan:

Tahan lasak
Warna terang

Harga: RM4.30

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. Pilot Rexgrip Ballpen

Pilot Rexgrip Ballpen
Kredit Gambar: ABC Copy & Print Shop

Pilot Rexgrip Ballpoint merupakan pen ball yang berasaskan minyak membolehkan anda menulis dengan lancar dan pantas. Pen ini sesuai untuk pelajar yang perlu menulis esei yang panjang. Bukan itu sahaja, pen ini juga direka dalam bentuk ‘refillable’ memudahkan anda untuk menukar warna dan mata pen mengikut kehendak anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru, Merah
  • Saiz mata pen: 0.5mm, 0.7mm, 1.0mm

Kelebihan:

Refillable
Mudah digunakan
Tidak berlaku ‘blood ink’ atau kesan comot.

Harga: RM4.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Pilot Wingel Gel Pen

Pilot Wingel Gel Pen
Kredit Gambar: AliExpress

Pilot Wingel Gel Pen didatangkan dengan reka bentuk pen yang mempunyai penutup serta dilengkapi dengan pemegang getah. Hal ini dapat membantu anda untuk mendapatkan cengkaman dan kawalan yang kukuh ketika menulis. Selain itu, pen ini juga dilengkapi dengan teknologi cepat kering, jadi anda tidak perlu lagi risau mengenai ‘blood ink’ pada kertas kerja anda. Pen ini dipasarkan dengan 3 pilihan saiz mata pen untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Warna: Hitam, Biru Muda, Biru, Merah, Oren, Hijau, Merah Jambu, Violet
  • Saiz mata pen: 0.38mm, 0.5mm, 0.7mm

Kelebihan:

Pelbagai warna
Refillable

Harga: RM3.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Pilot Pen G2 Gel Pen Fancy Colour

Pilot Pen G Gel Pen Fancy Colour
Kredit Gambar: AliExpress

Pilot Pen G2 Gel Pen boleh didapati dengan 29 pilihan warna yang menarik dan terang yang boleh anda pilih mengikut citarasa anda. Memandangkan pen ini didatangkan dalam pelbagai warna sekaligus menjadikannya sesuai untuk melukis, menulis jurnal dan menyiapkan nota sekolah atau kerja anda.

Spesifikasi:

  • Warna: Merah Jambu, Merah Gelap, Jingga, Violet, Biru Langit, Biru Muda, Hijau, Hijau Limau, Hijau Askar, Hijau Merak, Karamel, Merah Jambu Metalik, Violet Metalik, Biru Metalik, Hijau Metalik, Perak, Emas, Pastel Merah jambu, Violet Pastel, Biru Pastel, Hijau Pastel, Kuning Pastel, Putih, Apricot Neon, Hijau Neon, Jingga Neon, Merah Jambu Neon, Merah Neon, Kuning Neon .
  • Saiz mata pen: 0.7mm

Kelebihan:

Pelbagai pilihan warna
Anti-gelincir

Harga: RM5.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Pilot Super Gel Pen 0.5mm

Pilot Super Gel Pen .mm
Kredit Gambar: Shopee

Pen ini sesuai untuk anda yang mencari pen dengan kualiti premium pada harga yang rendah. Pen ini didatangkan dengan reka bentuk lutsinar memudahkan anda untuk melihat paras dakwat pen. Pen ini telah menjadi pilihan dan rebutan pengguna baik dalam kalangan pelajar mahupun pekerja. Ia dipasarkan dengan 3 pilihan warna asas iaitu merah, hitam dan biru.

Spesifikasi:

  • Warna Tersedia: Hitam, Biru, Merah
  • Saiz mata pen: 0.5mm

Kelebihan:

Mudah digunakan
Harga Mampu Milik

Harga: RM3.20

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close