10 Pusat Rawatan Rambut Gugur Terbaik di Selangor 2023

Kebanyakan daripada kita mengimpikan rambut yang sihat dan tebal. Walaupun keguguran rambut adalah topik yang jarang dibincangkan, ia memberi kesan kepada sebilangan besar individu tanpa mengira jantina. Keguguran rambut boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk genetik, perubahan hormon, keadaan perubatan, dan pilihan gaya hidup. Ia boleh memberi kesan yang ketara pada imej diri, keyakinan dan kualiti hidup secara keseluruhan.

Kita sebenarnya bertuah kerana hidup dalam zaman yang menawarkan pilihan rawatan rambut gugur yang mudah diakses. Klinik rawatan rambut gugur ini biasanya terdiri daripada kakitangan pakar dermatologi, trikologi dan pakar pemulihan rambut yang berpengalaman dalam menangani masalah keguguran rambut. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang pusat rawatan rambut gugur yang terkemuka di Selangor.

Bagaimanakah Saya Boleh Menentukan Punca Rambut Gugur?

Anda boleh berunding dan mendapatkan nasihat daripada doktor yang pakar dalam keguguran rambut, atau pakar trikologi. Untuk mengetahui sebab keguguran rambut anda, mereka akan melakukan penilaian penuh yang mungkin melibatkan pemeriksaan fizikal, penilaian sejarah perubatan, dan mungkin ujian darah atau biopsi kulit kepala.

Bagaimana Klinik Rawatan Rambut Gugur Boleh Bantu Saya?

Klinik rawatan rambut gugur menyediakan pelbagai pilihan rawatan tersuai, seperti ubat, rawatan topikal, terapi laser, terapi Platelet-Rich Plasma (PRP), pemindahan rambut dan banyak lagi. Selepas menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap rambut dan kulit kepala anda bagi mencari punca keguguran rambut anda, mereka akan mencadangkan rawatan terbaik berdasarkan masalah anda.

10 Pusat Rawatan Rambut Gugur Terbaik di Selangor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. FEATHAIR Hair Growth Specialist

FEATHAIR-Hair-Growth-Specialist
Kredit Gambar: FEATHAIR Hair Growth Specialist
FEATHAIR-Hair-Growth-Specialist-
Kredit Gambar: FEATHAIR Hair Growth Specialist

Pasukan FEATHAIR mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam Trichology yang mengendalikan semua masalah rambut dan kulit kepala. Di sini, anda boleh mengharapkan pemeriksaan menyeluruh terhadap rambut dan kulit kepala anda. Sel rambut stem, pertumbuhan rambut intensif, ‘Hair Filler’, ‘Hair Mesotherapy’, ‘Scalp Double Detox Cleansing’, Regenera Activa, dan terapi ‘Low-Level Laser’ adalah antara rawatan keguguran rambut yang disediakan di sini.

Waktu Operasi10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

Alamat: G-25, 1-25, 2-25 & 3, 25, Jalan Merbah 3, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor.

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100067433465838

Instagram: https://www.instagram.com/feathairmalaysia/?hl=en 

2. Hair Transplant Center Malaysia

Hair-Transplant-Center-Malaysia
Kredit Gambar: Hair Transplant Center Malaysia
Hair-Transplant-Center-Malaysia
Kredit Gambar: Hair Transplant Center Malaysia

Hair Transplant Center Malaysia menerima anugerah pemenang bagi Global Health Asia Pacific untuk Best Hair Transplant Clinic 2020. Mereka boleh menyesuaikan ubat yang paling berkesan untuk anda berdasarkan umur, jantina dan kes keguguran rambut anda. ‘Fue Male Hair Transplant’, ‘Fue Female Pattern Baldness’, ‘Fue Crown Hair Transplant’, ‘Scalp Micro-Pigmentation’, ‘Mesotherapy’, dan rawatan rambut lain merupakan antara perkhidmatan yang disediakan di sini.

Waktu Operasi
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatP-G-061, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

3. Beverly Wilshire Aesthetic Clinic PJ, 3 Damansara Mall

Beverly-Wilshire-Aesthetic-Clinic-PJ--Damansara-Mall
Kredit Gambar: Beverly Wilshire Aesthetic Clinic PJ
Beverly-Wilshire-Aesthetic-Clinic-PJ--Damansara-Mall-
Kredit Gambar: Beverly Wilshire Aesthetic Clinic PJ

Beverly Wilshire Clinic berpusat di Petaling Jaya (PJ), Selangor, Malaysia, dan dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Klinik ini terletak di lokasi yang mudah diakses, yakni di tingkat 1 pusat beli-belah 3 Damansara. Mereka menyediakan pelbagai perkhidmatan dan rawatan kulit, muka, badan dan rambut. Jika anda mengalami keguguran rambut, anda boleh mencuba rawatan rambut gugur mereka, pemindahan rambut, Platelet Rich Plasma (PRP), terapi sel stem, atau ‘DR. CYJ Hair Fillers’, bergantung dan mengikut nasihat mereka.

Waktu Operasi
10:00 pagi – 5:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatL1-03, Level 1, 3 Damansara Mall, 3, Jalan SS 20/27, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/BeverlyWilshireClinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/beverly_medical/?hl=en 

4. Klinik Dr. Inder

Klinik-Dr.-Inder-
Kredit Gambar: Klinik Dr. Inder
Klinik-Dr.-Inder-
Kredit Gambar: Klinik Dr. Inder

Klinik Dr. Inder mempertimbangkan situasi keguguran rambut khusus anda bagi memastikan bahawa rawatan yang anda pilih adalah selaras dengan matlamat dan minat anda. Mereka juga menawarkan rawatan selepas penjagaan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan. Oleh sebab itu, mereka akan membuat susulan dengan anda dan membimbing anda melalui proses penjagaan selepas rawatan anda. Pelanggan yang menjalani prosedur FUE mereka didakwa mendapat rambut yang tebal dan kelihatan semula jadi. Ia adalah rawatan untuk keguguran rambut bagi peringkat awal dan sebaliknya.

Waktu Operasi
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatP-G-022, Centrestage, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/inderaesthetics/ 

Instagram: https://www.instagram.com/inderaesthetics/?hl=en

5. Revival Clinic

Revival-Clinic-
Kredit Gambar: Revival Clinic
Revival-Clinic-
Kredit Gambar: Revival Clinic

Revival Clinic merupakan klinik estetik di Malaysia yang diasaskan oleh Dr Jeff Khoo, iaitu seorang doktor estetik dari Malaysia. Klinik ini menyediakan penyelesaian perubatan untuk pelbagai masalah kecantikan dan kesihatan seperti keguguran rambut, kedutan, terapi anti-penuaan, ‘filler’, kehilangan tenaga, pengurusan penurunan berat badan, penyakit degeneratif, rawatan laser, rawatan parut, terapi sel stem, dan lain-lain. Sepanjang perjalanan dalam memulihkan rambut anda, para profesional akan bekerjasama secara langsung dengan anda. Mereka akan memberikan bimbingan, sokongan dan pemantauan tetap. Jika anda bimbang dengan keguguran rambut anda, mereka akan menawarkan Mesoterapi dan Platelet Rich Plasma (PRP) bagi masalah ini.

Waktu Operasi
10:30 pagi – 7:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:30 pagi – 6:00 petang (Sabtu)

Alamat52A-G, Jln Eco Santuari 8/2A, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/revivalclinic.aesthetic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/revivalclinic.aesthetic/?hl=en 

6. Nexus Clinic

Nexus-Clinic
Kredit Gambar: Nexus Clinic
Nexus-Clinic--
Kredit Gambar: Nexus Clinic

Nexus Clinic terletak di Cyberjaya. Klinik ini komited untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka dengan menyampaikan perkhidmatan estetik sulit, profesional dan diperibadikan kepada pasaran tempatan dan serantau. Implantasi rambut, Platelet Rich Plasma (PRP), Mesoterapi, terapi LED Photomodulation dan perkhidmatan serta rawatan lain disediakan. Mereka mempunyai doktor yang berpengalaman dan kakitangan perubatan yang pakar bagi memastikan anda berasa yakin dan berpengetahuan tentang pilihan rawatan anda.

Waktu Operasi
10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatP5-03 & P5-05, Shaftsbury Square, Jalan Impact Cyber 6 Cyberjaya Selangor MY 63000, Jalan Impact, Cyber 6, 63000 Cyberjaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/NexusClinicCyberjaya/ 

Instagram: https://www.instagram.com/nexuscliniccyber/ 

7. Yun Nam Hair Care

Yun-Nam-Hair-Care
Kredit Gambar: Yun Nam Hair Care
Yun-Nam-Hair-Care-
Kredit Gambar: Yun Nam Hair Care

Anda mungkin biasa dengan pusat rawatan ini kerana ia cukup popular dalam konteks keguguran rambut. Yun Nam Hair Care mempunyai beberapa cawangan di Selangor dan pakar dalam merawat rambut gugur. Mereka pada mulanya akan membincangkan tentang kebimbangan keguguran rambut anda sebelum melakukan analisis kulit kepala berkomputer. Kemudian, mereka akan meneruskan untuk merawat kulit kepala anda. Yun Nam Hair Care agak unik berbanding kemudahan rawatan rambut gugur yang lain kerana mereka menggunakan ramuan daripada senarai 35 herba berbeza untuk merawat masalah rambut anda secara khusus.

Waktu Operasi
10:30 pagi – 8:00 malam (Isnin – Jumaat)
10:30 pagi -7:00 petang (Sabtu – Ahad)

AlamatThe Curve, Lot 201A 2nd Floor, 6, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/yunnammy/ 

Instagram: https://www.instagram.com/yunnammy/?hl=en 

8. DHI Clinic Malaysia

DHI-Clinic-Malaysia
Kredit Gambar: DHI Clinic Malaysia
DHI-Clinic-Malaysia
Kredit Gambar: DHI Clinic Malaysia

DHI telah membantu lebih 250,000 lelaki dan wanita di seluruh dunia dalam menangani masalah keguguran rambut dengan cekap melalui 80 kliniknya di seluruh dunia. DHI Clinic Malaysia ini mempunyai lebih daripada 50 tahun pengalaman dalam bidang ini. Selain daripada rawatan rambut gugur yang popular, mereka juga menawarkan pemindahan rambut DHI untuk lelaki dan wanita, serta terapi ‘DHI Low Level Laser Light’ bagi mereka yang memerlukannya.   

Waktu Operasi
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat52, Jalan Selangor, Section 7, Petaling Jaya, 46050 Petaling Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/DHIInternational/ 

Instagram: https://www.instagram.com/dhi_international/?hl=en 

9. Wai Clinic Subang 

Wai-Clinic-Subang-
Kredit Gambar: Wai Clinic Subang
Wai-Clinic-Subang-
Kredit Gambar: Wai Clinic Subang

Wai Clinic komited untuk meningkatkan daya tarikan dan keyakinan anda melalui pengetahuan estetika mereka. Rawatan mereka adalah bukan pembedahan dan melibatkan kaedah invasif minimum. Pilihan rawatan bergantung pada faktor seperti jenis dan tahap keterukan keguguran rambut, kesihatan keseluruhan anda, dan pilihan peribadi. Perubatan, Terapi Pertumbuhan Rambut Laser, ‘DR CYJ Hair Filler’ dan Palate Rich Plasma (PRP) adalah antara kaedah yang mereka gunakan untuk merawat rambut gugur. Mereka juga mempunyai satu lagi cawangan di Selangor yang terletak di Puchong.

Waktu Operasi
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatA4-1, Jalan SS15/4D, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

10. Dr Shah Hair Clinic

Dr-Shah-Hair-Clinic-
Kredit Gambar: Dr. Shah Hair Clinic
Dr-Shah-Hair-Clinic--
Kredit Gambar: Dr. Shah Hair Clinic

Pada 2010, Dr. Shah membuka kemudahan estetik pertamanya di Kuantan, Pahang. Klinik Dr Shah kini telah berkembang menjadi salah satu klinik Pemulihan Rambut yang paling terkenal di Subang Jaya, Selangor. Dan klinik ini terletak di tengah-tengah barisan perubatan. Mereka menawarkan pelbagai bentuk pemindahan rambut serta terapi rambut laser untuk membantu pelanggan mereka merawat dan menjana semula rambut mereka.

Waktu Operasi
9:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
9:00 pagi – 2:00 petang (Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat29, Jalan SS 15/5a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor

Google Map: Ikuti Sekarang 

Google Review: Di Sini 

Facebook: https://www.facebook.com/DrShahClinic/ 

Instagram: https://www.instagram.com/drshahhairclinic/?hl=en


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close