8 Restoran Masakan Timur Tengah Terbaik di Shah Alam 2023

Masakan Timur Tengah terdiri daripada masakan Arab, Armenian, Assyrian, Azerbaijani, Cypriot, Egyptian, Georgian, Iranian, Iraqi, Israeli, Kurdish, Lebanese, Palestinian dan Turkish. Antara bahan-bahan yang menjadi kebiasaan untuk digunakan dalam elemen masakan ini adalah minyak zaitun, madu, biji bijan, pudina, nasi dan daun ketumbar. Sementara itu, hidangan Timur Tengah yang terkenal termasuk kebab, dolmas, shawarma, hummus dan banyak lagi!

Shah Alam memiliki jumlah restoran masakan Timur Tengah yang seimbang. Jadi, anda tidak perlu terbang keluar daripada Malaysia semata-mata untuk menikmati makanan negara tersebut. Lazimnya, makanan akan dihidang dalam sebuah pinggan yang besar untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan. Ini adalah 8 Restoran Masakan Timur Tengah Terbaik di Shah Alam.

Tips untuk mencari Restoran Masakan Timur Tengah yang baik di Shah Alam

Sebelum anda ingin ke mana-mana restoran Masakan Timur Tengah, anda disarankan untuk meneliti beberapa aspek utama seperti lokasi, bajet dan menu hidangan yang yang ada. Kemudian, barulah anda boleh menikmati hidangan itu sepenuhnya.

  1. Lokasi

Kami sarankan anda untuk mencari lokasi restoran yang anda ingin tuju supaya tidak membazirkan masa dan minyak anda.

  1. Bajet

Makanan Timur Tengah agak mahal kerana penggunaan bahan-bahan yang diimport. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran.

  1. Hidangan yang ada

Sesetengah restoran mungkin tidak menghidangkan jenis makanan yang anda inginkan. Justeru, anda perlu membuat semakan secara atas talian dahulu sebelum datang.  

8 Restoran Masakan Timur Tengah Terbaik di Shah Alam 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. ALRAWSHA Restaurant

ALRAWSHA Restaurant
Kredit gambar: TripAdvisor

Restoran ALRAWSHA merupakan antara restoran yang terkenal di Shah Alam, Selangor. Ia dibina berasaskan konsep istana. Selain itu, keunikan dan kelainan yang diterapkan pada aspek rekaan luaran membuatkan ia mudah dikenalpasti oleh sama ada orang tempatan mahupun pelancong.

Alamat: 2, Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:

10:00 am – 11:00 pm (Isnin – Ahad)

10:00 am – 12:00 am (Jumaat – Sabtu)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

2. Aroma Hajrah Restaurant

Aroma Hajrah Restaurant
Kredit gambar: WorldOrgs.com

Restoran Aroma Hajrah ini terletak di Taman TTDI Jaya, Shah Alam. Restoran ini menawarkan anda dengan variasi makanan Timur Tengah seperti chicken mandi, beef kabsa, kebab, shawarma dan banyak lagi. 

Alamat: 14, Jalan Opera H U2/H, Taman TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 2:00 pm – 9:00 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

3. Mozer’s Restaurant

Mozers Restaurant
Kredit gambar: eXplorasa

Restoran Mozer bertempat di Bukit Jelutong, Shah Alam. Restoran ini menawarkan makanan Syria yang asli. Selain itu, hiasan dalaman restoran ini tidak seperti kebanyakan restoran masakan Timur Tengah yang lain. Hal ini kerana restoran ini menggunakan hiasan atau rekaan yang moden dan kontemporari berbanding rekaan yang bercirikan Arab.

Alamat: 03-0G-01 Dvida Business Centre, Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 11:30 am – 11:00 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

4. Ehsan’s Vista Alam Restaurant

Ehsans Vista Alam Restaurant
Kredit gambar: Zomato

Restoran Ehsan’s Vista Alam merupakan sebuah restoran Pakistan yang menyediakan berbagai-bagai pilihan makanan Timur Tengah seperti butter chicken biryani, naan cheese tarik, chicken tandoori, beef keema pada harga yang berpatutan. Di samping itu, restoran ini turut mempunyai laman web sendiri membolehkan anda untuk melihat menu terlebih dahulu sebelum datang ke mari.

Alamat: Unit 17-LG, Vista Alam Shoplot 14, 1, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 7:00 am – 12:00 am (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

5. Hadramawt Kitchen

Hadramawt Kitchen
Kredit gambar: TripAdvisor

Hadramawt Kitchen membolehkan anda untuk merasai makanan Arab dan Timur Tengah yang asli walaupun anda berada di Malaysia, anda pasti akan berasa kagum dan teruja melihat dekorasi yang pastinya akan membangkitkan deria anda bersama rasa masakan yang penuh nikmat dan enak. Makanan anda akan dimasak sejurus sahaja pesanan diterima. Selain itu, restoran ini turut memiliki laman web membolehkan anda untuk melihat menu dan membuat tempahan secara atas talian.

Alamat: Jalan Penguasa A U1/53A, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi:

12:00 pm – 11:00 pm (Isnin – Ahad)

Tutup pada setiap Selasa dan Rabu

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

6. Zam Zam Arabic Food Restaurant

Zam Zam Arabic Food Restaurant
Kredit gambar: TripAdvisor

Restoran Zam Zam Arabic Food bertempat berdekatan dengan Hotel Concorde di Shah Alam. Restoran ini boleh menampung seramai 100 pelanggan pada satu masa. Selain itu, restoran ini turut menawarkan khidmat katering untuk majlis perkahwinan, hari keluarga, sambutan hari jadi, dan majlis-majlis lain yang melibatkan jumlah seramai 30 hingga 1500 orang sahaja. Di samping itu, restoran ini turut menerima banyak ulasan yang baik tentang aspek rasa, kebersihan dan persekitarannya.

Alamat: 46, Jalan Renang 13/26, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 10:00 am – 10:30 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

7. Naan Lounge

Naan Lounge
Kredit gambar: eXplorasa

Naan Lounge adalah restoran Pakistan yang menyediakan variasi naan dan ideal untuk dijadikan tempat makan untuk memenuhi keinginan Desi anda. Jika anda belum mencuba Naan Nutella, maka inilah masanya untuk anda mencuba sekarang! Di samping itu, restoran ini turut menyajikan makanan Timur Tengah seperti lamb keema, chicken masala, chicken tandoori dan macam-macam lagi yang pastinya akan memenuhi selera Timur Tengah anda sekeluarga. 

Alamat: 44, Jalan Plumbum N7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 11:00 am – 11:00 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

8. Sihaf Arabic Restaurant

Sihaf Arabic Restaurant
Kredit gambar: dapnyaTV

Restoran Sihaf Arabic dinamakan sempena satu konsep yang terkandung dlam kitab suci Al-Quran, yang bermaksud dulang emas. Restoran ini terletak di Vista Alam, Shah Aalam. Setiap menu makanan di sini pasti menjadi kegemaran pecinta masakan Timur Tengah. Sebagai tambahan, anda boleh melayari laman web mereka untuk melihat menu beserta harga yang ditawarkan sekaligus anda turut boleh membaca ulasan yang tinggalkan oleh pengunjung.

Alamat: B-LG-1, Shop Lot Vista Alam, Jalan Ikhtisas, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor

Waktu operasi: 3:00 pm – 11:00 pm (Setiap hari)

Google Map: Ikuti sekarang

Google Review: Di sini

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close