9 Tempat High Tea Terbaik di Pulau Pinang 2023

Berehat sebentar daripada kerja yang menimbun merupakan idea yang baik untuk anda. Terutama sekali jika anda minum petang bersama rakan-rakan atau keluarga anda. Aktiviti ini boleh meredakan rasa tekanan sekaligus mengeratkan hubungan anda bersama mereka. Namun begitu, tahukah anda bahawa High Tea dan Afternoon Tea merupakan gaya minum petang yang berbeza dalam kalangan orang British?

Di Malaysia, terdapat banyak restoran yang menawarkan anda pengalaman untuk High Tea atau Afternoon Tea yang menyelesakan. Bagi kita, High Tea dan Afternoon Tea adalah sekadar aktiviti minum petang sahaja tetapi tidak bagi orang British.

Apakah perbezaan antara High Tea dan Afternoon Tea?

Ramai orang keliru mengenai kedua aktiviti ini. Kedua-dua aktiviti ini dilakukan selepas makan tengah hari. Sebenarnya, apa yang membezakannya ialah jenis hidangan yang ditawarkan dan persekitaran tempat makan.

  1. High Tea

Kebanyakan orang menyangka bahawa aktiviti High Tea merupakan aktiviti minum petang yang mewah dan eksklusif. Sebenarnya, aktiviti ini dipanggil sebagai High Tea kerana hidangan teh ini disediakan pada awal tengah hari bersama sajian ringan yang berasaskan daging, ikan, telur roti dan juga pencuci mulut. Paling unik, aktiviti ini dilakukan sambil duduk di kerusi sandar tinggi dan menikmati sajian yang dihidangkan.

  1. Afternoon Tea

Untuk aktiviti Afternoon Tea pula atau dikenali sebagai ‘Low Tea’, aktiviti minum petang ini mengambil tempat di meja yang rendah seperti meja kopi di ruang tamu yang berhadapan dengan pendiang api. Sama ada anda menawarkan teh yang lebih mewah atau menyediakan makan malam yang lebih enak, kedua-duanya adalah cara yang menarik untuk menikmati teh dan menghiburkan tetamu anda.

9 Tempat High Tea Terbaik di Pulau Pinang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. The Glasshouse at The Prestige Hotel Penang

The Glasshouse at The Prestige Hotel Penang
Kredit Gambar: Crips of Life
The Glasshouse at The Prestige Hotel Penang
Kredit Gambar: The Yum List

Ingin menikmati minum petang dengan selesa di dalam restoran yang berkonsepkan gaya tropika tetapi elegan?The Glasshouse ialah tempat yang bagus untuk dilawati kerana restoran ini menghidangkan pelbagai hidangan yang enak dan manis. Manjakan diri anda dengan sajian  Roasted Chicken with Pesto,  Sponge Gateau dan juga scone tradisional Inggeris. Pasti aktiviti minum petang anda memuaskan.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (8.00 pagi-8.00 malam)

Alamat: 13, Church St Ghaut, Georgetown, 10200 George Town

Google Map: Klik

Google Review Klik

2. Guest Lounge at Macalister Mansion

Guest Lounge at Macalister Mansion
Kredit Gambar: Macalister Mansion
Guest Lounge at Macalister Mansion
Kredit Gambar: WNFdiary

Macalister Estate ialah sebuah rumah agam kolonial yang telah dibina semula bagi mengekalkan keindahan seni binanya. Bayangkan anda menikmati juadah minum petang anda di Guest Lounge yang klasik dan mewah. Pasti hal ini mengujakan anda! Restoran ini menawarkan set minum petang di atas dulang kayu keras yang terdiri daripada seteko teh pilihan anda dan juga pencuci mulut yang enak seperti Beef Taco Grilled Cheese Sandwich, Tiramisu Dates Creme Brulee, dan Hojicha Eclair.

Alamat: 228, Jalan Macalister, 10400 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik

3. Palm Court at E&O Hotel

Palm Court at EO Hotel
Kredit Gambar: JOM.MAKAN.LIFE
Palm Court at EO Hotel
Kredit Gambar: WNFdiary

Set minum petang di Palm Court ini boleh didapati dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari. Set minum petang ini selalu menjadi kegemaran para pelanggan kerana ia dihidangkan bersama kek, tart, scone dan juga sandwic kecil. Anda juga boleh memilih jenis teh yang ingin dihidangkan kepada anda.

Alamat: 10, Lebuh Farquhar, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik

4. David Brown’s Restaurant and Tea Terraces

David Browns Restaurant and Tea Terraces
Kredit Gambar: penanghillco
David Browns Restaurant and Tea Terraces
Kredit Gambar: TripAdvisor

Di restoran Strawberry Hill yang terletak di puncak bukit, anda boleh menikmati secawan teh dan beberapa pastri yang lazat bagi aktiviti minum petang anda. Anda boleh sama untuk minum petang di dalam atau luar restoran. Set minum petang ini terdiri daripada scone Inggeris, pastri kecil, canapés, buah-buahan dan sandwic yang dihidangkan di atas dulang tiga tingkat bersama seteko teh untuk dua orang. Anda juga boleh memesan “Le Petit Four” atau “Devonshire Cream Tea” sebagai tambahan kepada pakej ini.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (12 tengah hari- 9.00 malam)

Alamat: Strawberry Hill, Penang Hill, Bukit Bendera, 11300 Air Itam, Penang

Google Map: Klik

Google Review Klik

5. Suffolk House Restaurant

Suffolk House Restaurant
Kredit Gambar: G5 G5 Network
Suffolk House Restaurant
Kredit Gambar: WNFdiary

Suffolk House ialah rumah Georgia berusia 200 tahun yang telah dipulihkan. Dari pukul 2.30 petang sehingga 5.30 petang, restoran ini menawarkan set hidangan minum petang yang istimewa. Set minum petang untuk 2 orang ini terdiri daripada jenis teh yang dipilih oleh pelanggan bersama 3 tingkat hidangan manis yang pelbagai perisa. Bayangkan, anda dihidangkan dengan sandwic kecil, scone yang baru dibakar dan diletakkan krim putar, tart buah-buahan dan kek kecil sewaktu minum petang. Menyelerakan! Set minum petang ini pasti memuaskan hati anda.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (11.00 pagi-11.00 malam)

Alamat: 250, Jalan Air Hitam, Georgetown, 10460 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Review Klik

6. Orinea

Orinea
Kredit Gambar: TabbleApp
Orinea
Kredit Gambar: Hungry Onion

Manjakan diri anda dengan minum petang yang mewah di Orinea: Sky Dining & Bar, iaitu restoran dan bar yang terletak indah di Farquhar Mansion. Anda boleh melihat pemandangan laut yang menakjubkan sambil menikmati hidangan teh yang lazat di sini kerana restoran ini terletak di menara bertingkat tinggi di tengah-tengah teluk Gurney Drive. Hidangan manis dan lazat bagi set minum petang ini disusun dengan elegan dan disajikan di atas dulang keemasan yang unik. Set Grand High Tea ini bernilai RM 68 bagi seorang. Anda dapat merasai pengalaman mewah minum petang seperti orang Inggeris!

Waktu operasi:  Selasa-Khamis (6.00 petang-11.30 malam), Jumaat-Ahad (2.30 petang-5.00 petang, 6.00 petang-11.30 malam)

Alamat: 68-18-1, Sunrise Gurney, Gurney Dr, 10250 George Town, Penang

Google Map: Klik

Google Review Klik

7. TopView Restaurant & Lounge

TopView Restaurant Lounge
Kredit Gambar: The Top Penang
TopView Restaurant Lounge
Kredit Gambar: Foursquare

Di Restoran & Lounge TopView, yang dahulunya dikenali sebagai 59 Sixty Dining Room & Bar, anda menikmati aktiviti minum petang anda dengan bergaya. Restoran ini terletak di tingkat 59 di Komtar. Anda boleh menikmati hidangan sambil melihat pemandangan bandar Pulau Pinang yang indah. Setiap set minum petang dikhususkan untuk 2 orang. Set ini terdiri daripada seteko teh dan pinggan 3 tingkat yang sarat dengan hidangan lazat seperti sandwic, tart, kek kecil dan scone yang disapu dengan krim beku dan jem.

Waktu operasi:  Isnin, Rabu-Ahad (12.00 tengah hari-10.00 malam)

Alamat: Komtar Level 68, No 1, Komtar, Jln Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik

8. Crumbles & Cream at Iconic Hotel Penang

Crumbles Cream at Iconic Hotel Penang
Kredit Gambar: Crips of Life
Crumbles Cream at Iconic Hotel Penang
Kredit Gambar: Crips of Life

Crumbles & Cream di Iconic Hotel Penang ialah tempat paling elegan untuk anda berehat pada petang Sabtu kerana ia dilengkapi dengan permukaan meja marmar, kerusi baldu mewah dan lampu siling emas mawar. Nikmatilah koleksi pastri yang baru siap dibakar, kopi, ais krim dan gula-gula yang lazat, termasuklah set minum petang mereka.

Waktu operasi:  Isnin-Ahad (12.00 tengah hari-8.00 malam)

Alamat: Jln Icon City, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik

9. Platform 9 3/4 Fine Dining & Cellar

Platform Fine Dining Cellar
Kredit Gambar: Platform 9 3/4 Fine Dining & Cellar
Platform Fine Dining Cellar
Kredit Gambar: Platform 9 3/4 Fine Dining & Cellar

Sekiranya anda mencari jenis set High Tea yang berbeza, anda perlu berkunjung ke Platform 9 3/4 Fine Dining & Cellar. Restoran mewah ini dilengkapi dengan perabot dan hiasan yang diilhamkan oleh Wizarding World yang popular sehinggakan anda terasa seolah-olah anda sedang minum petang di Hogwarts. Cubalah pelbagai jenis hidangan ringan yang disajikan di atas pinggan kayu yang tersendiri. Hidangan ringan yang disediakan termasuklah scone, macaron, chocolate mousse dan banyak lagi. Jika anda peminat filem Harry Potter, inilah tempatnya!

Waktu operasi:  Isnin, Rabu-Ahad (3.00 petang-10.00 malam)

Alamat: 61, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Klik

Google Review Klik


Dapatkan Baucer Percuma Lazada di sini

Juga ada banyak Shopee Cashback Deal buat anda di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close