7 Restoran Mookata Terbaik di Johor 2023

Pernahkah anda mencuba Mookata? Jika anda terliur dengan BBQ Korea dan Hotpot Cina yang lazat, anda patut mencuba Mookata. Mookata adalah gabungan hebat bagi kedua-dua masakan yang popular ini. Masakan ini berkonsepkan Barbecue Steamboat Thai yang datangnya dari Utara Thailand. Seperti masakan BBQ Korea dan Hotpot Cina, mereka menggunakan alat pemanggang di tengah untuk masakan Mookata.

Di restoran yang menyediakan Mookata, anda akan diberikan pelbagai pilihan daging atau makanan laut untuk anda panggang atau didihkan dalam kuah. Mookata mempunyai sos pencicah dan pelbagai jenis sup yang sedap bagi memenuhi cita rasa pelbagai pelanggan. Terdapat banyak restoran Mookata di seluruh Johor. Berikut adalah 7 restoran Mookata terbaik di Johor.

Bagaimanakah Mookata Boleh Disesuai Untuk Vegetarian Atau Vegan?

Mookata boleh dijadikan hidangan untuk vegan atau vegetarian. Anda cuma perlu menggantikan daging dan makanan laut dengan pelbagai alternatif berasaskan tumbuhan. Selain itu, anda boleh gunakan tofu, tempeh atau seitan untuk sumber protein anda. Anda perlu tambahkan pelbagai jenis sayuran seperti paprika, cendawan atau terung untuk mempelbagaikan pilihan bahan. Untuk sup asas, anda boleh pilih broth sayuran. Akhir sekali, jangan lupa untuk menyemak sos dan rempah yang digunakan bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan daripada haiwan.

Apakah Minuman Yang Sesuai Digandingkan Dengan Mookata?

Minuman yang sesuai digandingkan dengan sajian Mookata anda sebenarnya bergantung kepada perisa apa yang anda masukkan ke dalam hidangan anda. Jika Mookata anda pedas, anda boleh memesan teh ais Thailand yang manis dan menyegarkan untuk menghilangkan kepedasan dan dahaga anda. Jika anda lebih sukakan minuman beralkohol, wain putih seperti Sauvignon Blanc boleh menyempurnakan hidangan anda. Selain itu, minuman tanpa alkohol seperti minuman berperisa serai atau pandan juga sesuai untuk digandingkan dengan hidangan Mookata.

7 Restoran Mookata Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Mookata Lah Restaurant

Mookata-Lah-Restaurant
Kredit Gambar: Mookata Lah Restaurants
Mookata-Lah-Restaurant-
Kredit Gambar: Aileen Tan

Mookata Lah Restaurant menawarkan suasana yang selesa dengan persekitarannya yang teratur dan luas. Makanannya enak terutamanya sup scallop homemade mereka. Selain itu, mereka menyediakan kubis, sayur-sayuran dan mi yang boleh diambil sepanjang anda menjamu selera di sini. Air tembikai yang manis juga disediakan secara percuma untuk para pelanggan mereka. Restoran ini sering menjadi tempat makan Mookata yang lazat dan wajib dikunjungi lagi.

Waktu Operasi: 
5:00 petang – 10:30 malam (Isnin, Rabu, Khamis)
5:00 petang – 11:30 malam (Jumaat – Ahad)
Tutup (Selasa)

Alamat111, Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, 81300 Skudai, Johor

No. Telefon: 010-264 0907 

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100085998127367 

2. 118 MJ Mookata House

-MJ-Mookata-House
Kredit Gambar: 118 MJ Mookata House facebook
-MJ-Mookata-House-
Kredit Gambar: Victor Lee

Menggrill hidangan anda di atas arang adalah daya tarikan di 118 MJ Mookata House. Di restoran ini, bahan-bahan yang disajikan sentiasa segar dan penuh dengan rasa. Restoran ini sentiasa sibuk dan dipenuhi oleh pelanggan, jadi anda perlu datang awal untuk mendapat tempat duduk yang sesuai. Anda perlu berhati-hati jika anda memilih untuk duduk di tempat duduk bahagian dalam kerana ia boleh menjadi panas disebabkan aktiviti pemanggangan. Tempat letak kereta pula terhad, jadi anda perlu meletak kereta sedikit jauh daripada restoran ini.

Waktu Operasi: 
7:00 pagi – 1:30 petang (Rabu – Ahad)
Tutup (Isnin, Selasa)

Alamat80, Jln Penang, George Town, 10000 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/118MJMookataHouse/ 

3. TukTuk Mookata Restaurant 

TukTuk-Mookata-Restaurant-
Kredit Gambar: TukTuk Mookata Restaurant
TukTuk-Mookata-Restaurant-
Kredit Gambar: TukTuk Mookata Restaurant

TukTuk Mookata Restaurant di Bukit Indah menawarkan pelbagai hidangan set serta pilihan à la carte. Mereka menyajikan makanan yang sedap serta suasana yang selesa. Restoran ini sesuai dijadikan tempat berkumpul bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Restoran ini turut menyajikan pelbagai pilihan sayur untuk vegetarian dan vegan. Harga makanan di sini juga berbaloi sekali gus memberikan pengalaman menjamu selera yang memuaskan.

Waktu Operasi: 5:00 petang – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat22, Jalan Indah 1, Taman Bukit Indah, 79100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 010-957 0928

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

4. Mookata Barbeque house

Mookata-Barbeque-house
Kredit Gambar: Alvin Lam
Mookata-Barbeque-house--
Kredit Gambar: _Ks Ks_l

Mookata Barbeque House merupakan salah satu restoran asal yang menawarkan hidangan panggang menggunakan arang sejak Ogos 2016. Selain itu, restoran ini terkenal dengan barbeku Thai yang autentik. Salah satu tarikan utama mereka adalah resepi cili rahsia yang memberikan sensasi pedas kepada hidangan anda. Anda mesti mencuba perut babi yang telah diperisakan bersama dengan Black Pepper Pork.  Jika anda ingin menjamu selera di rumah, mereka ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah melalui FoodPanda. Jadi, anda boleh menikmati hidangan Mookata anda di rumah dengan selesa.

Waktu Operasi: 5:00 petang – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat43, Jalan Utama 2/4, Taman Utama, 85000 Segamat, Johor

No. Telefon: 011-1097 7595

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

5. Kin Mookata Restaurant

Kin-Mookata-Restaurant-
Kredit Gambar: Leonard Chia
Kin-Mookata-Restaurant-
Kredit Gambar: Kin Mookata Restaurant

Kin Mookata Restaurant menyajikan makanan yang sangat lazat pada harga yang berpatutan. Kakitangan mereka sangat prihatin dan sedia membantu anda. Mereka menyediakan getah rambut untuk pelanggan yang berambut panjang bagi memudahkan urusan mereka menikmati sajian Mookata. Selain itu, mereka menyediakan sup Tom Yum yang agak pedas dan sedikit manis bagi mereka yang sukakan makanan kurang pedas. Sos cili yang disediakan di sini sungguh sedap, terutamanya sos basil hijau. Anda akan menikmati hidangan daging yang direndam ke dalam rempah-rempah ini untuk pengalaman menjamu selera yang memuaskan.

Waktu Operasi: 
5:30 petang – 1:00 pagi (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat32, Jalan Pertama 1, Pusat Perdagangan Danga Utama, 81300 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 016-527 8980

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kinmookata88/ 

6. JJL Steamboat Restaurant

JJL-Steamboat-Restaurant
Kredit Gambar: Sherry Pot
JJL-Steamboat-Restaurant-
Kredit Gambar: Sherry Pot

JJL Steamboat Restaurant menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Mereka juga menawarkan aiskrim Malaysia sebagai pencuci mulut. Suasana di sini sangat selesa. Makanan goreng, hirisan daging babi dan hirisan ayam cili juga sangat sedap. Minuman yang mereka sediakan sungguh enak dan berpatutan. Secara keseluruhan, tempat ini menawarkan pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Anda boleh mengajak keluarga atau rakan-rakan untuk mencuba Mookata di sini.

Waktu Operasi: 3:00 petang – 11:30 malam (Setiap hari)

Alamat45 Jalan Mutiara 1/7 Taman Mutiara Mas, Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 017-781 8815

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

7. 26 Little Mookata Place

-Little-Mookata-Place
Kredit Gambar: 26 Little Mookata Place
-Little-Mookata-Place-
Kredit Gambar: 26 Little Mookata Place

Kakitangan di 26 Little Mookata Place sangat mesra dan ramah. Oleh sebab itu, suasana di sini berasa sungguh selesa dan menyeronokkan. Tempat ini sering dianggap sebagai salah satu tempat yang menyediakan Mookata terbaik di Johor. Hal ini kerana ia terbuka kepada semua peringkat umur. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai pilihan daging dan makanan laut yang segar. Tempat letak kereta juga mudah didapati di sini. Jadi, ramai pengunjung suka makan Mookata di sini.

Waktu Operasi: 4:00 petang – 12:30 malam (Setiap hari)

Alamat26-00, Taman, Jln Kota 1/4, Cahaya Kota Puteri, 81750 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-5685 6191

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/26LittleMookataPlaceMegahRia/ 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close