8 Restoran Pai Epal Terbaik di Pulau Pinang 2023

Pai epal adalah pencuci mulut yang klasik dan sering dinikmati di serata dunia. Hidangan ini mempunyai kulit pastri yang rangup dengan isian epal manis dan masam. Biasanya, intinya ditambah rempah kayu manis dan rempah lain bagi memberikan rasa yang hangat dan beraroma. Pai epal adalah pencuci mulut yang sering dipesan oleh semua orang kerana ia sempurna untuk sebarang acara dan keramaian selain boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai hidangan yang menarik. Berbanding dengan pencuci mulut di Malaysia, pai epal mungkin kurang dikenali di sini. Namun begitu, masih terdapat beberapa restoran yang menyajikan pai epal yang lazat dan berperisa. Berikut adalah 8 restoran yang menyediakan pai epal terbaik di Pulau Pinang untuk anda cuba.

Apakah Bahan Tambahan Yang Boleh Digandingkan Dengan Pai Epal?

Sebenarnya, terdapat beberapa bahan tambahan yang boleh digandingkan bersama pai epal untuk meningkatkan rasa dan melengkapkan kemanisannya. Anda boleh menambah satu sudu aiskrim vanila pada hidangan ini kerana ia mempunyai elemen berkrim dan sejuk. Selain itu, sos karamel juga boleh dituang ke atas pai epal kerana ia menambah rasa manis yang kaya dan mempunyai aroma mentega. Anda boleh menambah whipped cream di atas hidangan ini kerana ia memiliki tekstur yang lembut dan serasi dengan inti epal yang lembut.

Apakah Yang Membuatkan Pai Epal Di Pulau Pinang Istimewa?

Pie epal di Pulau Pinang dikenali dengan ciri-ciri unik yang boleh membezakan mereka dengan pai epal yang lain. Pai epal di negeri ini mempunyai kulit pai yang tebal. Kulit pai yang tebal ini memberikan asas yang kukuh pada pai agar ia tidak merekah atau retak dengan mudah. Selain itu, ia memberikan tekstur yang memuaskan ketika anda menggigit pai ini. Intinya yang padat juga membuatkan pai epal di Pulau Pinang ini kekal utuh ketika ia dinikmati.

8 Restoran Pai Epal Terbaik di Pulau Pinang 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. China House

China-House-
Kredit Gambar: 陳欣宜 (Google Review)
China-House-
Kredit Gambar: Jom Makan Life

China House terletak di dalam kawasan bersejarah yang terdiri daripada tiga bangunan warisan di sepanjang Beach Street di George Town, Pulau Pinang. Kawasan ini menggabungkan sebuah restoran, kafe, bakeri, galeri seni, dan tempat muzik live bagi mencipta suasana yang damai dan artistik. Selain itu, China House terkenal dengan pelbagai pilihan kek, pastri, dan pencuci mulut homemade. Kedai bakerinya pula menawarkan pelbagai jenis makanan yang baru dibakar seperti kek, pai, tart, dan pastri, dengan pelbagai rasa yang klasik dan kreatif.

Waktu Operasi: 9:30 pagi – 1:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: 153, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ChinaHousePenang/

Instagram: https://www.instagram.com/chinahousepenang/?hl=en

semak laman web di sini

2. Black Kettle

Black-Kettle-
Kredit Gambar: Lai Meng (Google Review)
Black-Kettle-
Kredit Gambar: Foodveler

Black Kettle adalah sebuah kafe dan bakeri yang popular di George Town, Pulau Pinang. Kafe ini dikenali dengan pelbagai pilihan makanan yang lazat dan seni bina yang bersejarah. Kafe ini terletak di Beach Street, iaitu salah satu jalan utama di bandar ini. Black Kettle menawarkan pelbagai hidangan yang diinspirasikan daripada Eropah dan Barat seperti sandwic, salad, pasta, dan pelbagai jenis makanan yang dibakar. Selain itu, mereka terkenal dengan hidangan roti yang baru dibakar, pastri dan pencuci mulut yang lazat.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 10:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)

Alamat: 105, Beach St, Georgetown, 10300 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/blackkettlemy/

Instagram: https://www.instagram.com/blackkettlemy/?hl=en

semak laman web di sini

3. Constant Gardener Coffee

Constant-Gardener-Coffee-
Kredit Gambar: Chika Rubiana (Google Review)
Constant-Gardener-Coffee-
Kredit Gambar: Gnab Gnab (Google Review)

Constant Gardener Coffee adalah salah satu kafe terbaik di Pulau Pinang. Ia adalah tempat yang ideal untuk berkumpul bersama rakan atau keluarga terutama ketika ingin meraikan acara yang bermakna. Hal ini kerana kafe ini mempunyai suasana yang selesa dan meriah. Selain itu, kafe ini tidak menambah gula ke dalam minuman kopi mereka agar ia dapat menonjolkan rasa kopi yang asli dan sebenar. Jadi, jika anda suka minuman anda manis, anda boleh beritahu kakitangan mereka untuk menambah sedikit gula dalam minuman anda. Harga hidangan di sini berpatutan, sesuai dengan suasana dan pilihan sajian yang pelbagai dan lazat.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Ground Floor, Penang Chinese Chamber Of Commerce Building, 9, Lebuh Light, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/ConstantGardenerCoffee/

Instagram: https://www.instagram.com/constantgardenercoffee/?hl=en

semak laman web di sini

4. Continental Bakery

Continental-Bakery-
Kredit Gambar: Google Review (Google Review)
Continental-Bakery--
Kredit Gambar: Amber (Google Review)

Continental Bakery mempunyai pelbagai cawangan di Malaysia, seperti di pelbagai bandar dan juga kota. Biasanya kedai bakeri ini sering terdapat di kawasan komersial seperti pusat beli-belah atau pusat kejiranan. Antara sajian yang terkenal di kedai bakeri ini adalah roti yang baru dibakar seperti baguet, bun, dan loaves. Mereka juga menawarkan pelbagai pastri seperti croissant, danish, dan tart. Jika anda ingin mencari kek, kedai bakeri ini juga menyediakan kek yang istimewa dan bahan edisi terhad mengikut musim.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Setiap hari)

Alamat: 33, Jalan Nagor, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=100128603403936

Instagram: https://www.instagram.com/continental_bakery/?hl=en

5. Nazzeeras’ Roti Bakar Kacang Phool Penang

Nazzeeras-Roti-Bakar-Kacang-Phool-Penang
Kredit Gambar: Nazzeeras’ Roti Bakar Kacang Phool Penang (Google Review)
Nazzeeras-Roti-Bakar-Kacang-Phool-Penang-
Kredit Gambar: Homemade From Scratch Baking (Google Review)

Nazzeeras’ Roti Bakar Kacang Phool Penang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Ia adalah sebuah restoran kecil yang pakar dalam menyediakan Kacang Phool. Selain itu, restoran ini juga terkenal dengan pastri yang segar seperti kek, tart, dan roti yang dihasilkan sendiri. Restoran ini dikendalikan oleh 2 individu, jadi anda boleh menjangkakan pesanan anda mungkin mengambil sedikit masa untuk disiapkan.

Waktu Operasi: 
8:00 pagi – 12:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: Jalan Desiran Tanjung 3, No. 1 & 2, Kompleks Desiran Tanjung, Seri Tanjung Pinang, 10470 Tanjung Tokong, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Kacangphoolpenang/?locale=ms_MY

semak laman web di sini

6. siTigun Micro Coffee Roastery

siTigun-Micro-Coffee-Roastery
Kredit Gambar: Lai Meng (Google Review)
siTigun-Micro-Coffee-Roastery-
Kredit Gambar: Stella Yeap (Google Review)

SiTigun Micro Coffee Roastery adalah sebuah coffee roastery dan kafe khas yang terletak di Georgetown. SiTigun Micro Coffee Roastery bertumpu kepada penyediaan dan pembakaran biji kopi khas yang berkualiti tinggi. Mereka sering bekerjasama secara langsung dengan para petani kopi dan koperasi untuk memastikan mereka mendapat biji kopi yang berkualiti tinggi. Selain membakar biji kopi, mereka juga mempunyai sebuah kafe yang memberikan pelanggan peluang untuk menikmati kopi dan pastri yang segar seperti tart dan pai.

Waktu Operasi:
8:00 pagi – 5:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat: 28, Jalan Nagor, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/siTiguncoffee/

Instagram: https://www.instagram.com/sitiguncoffee/?hl=en

7. Khoon Pastry House

Khoon-Pastry-House
Kredit Gambar: Denisse Pangan (Google Review)
Khoon-Pastry-House-
Kredit Gambar: Julia Chow (Google Review)

Khoon Pastry House adalah salah satu kafe yang menarik di Pulau Pinang. Untuk mengembangkan perniagaannya, kafe ini telah melakukan pengubahsuaian pada kawasan makan agar para pelanggan dapat menikmati sajian dengan sempurna. Namun begitu, sentuhan tradisi masih dikekalkan di kafe yang selesa ini. Sejak pembukaannya pada tahun 1957, Khoon telah dikenali dengan pastri-pastri yang mereka tawarkan. Nama ‘Khoon’ adalah nama panggilan yang diberi oleh golongan emas di Pulau Pinang kepada kafe ini. Oleh kerana persaingan yang sengit dalam industi ini, Khoon Pastty House ingin memperkenalkan hidangan Hainan kepada para pelanggan agar mereka dapat menikmati cita rasa tradisional Hainan di Pulau Pinang.

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 3:00 petang, 6:00 petang – 9:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

Alamat: 29, Jalan Argyll, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/khoonpastryhouse/

Instagram: https://www.instagram.com/khoonpastryhouse/

8. La France Cafe Boulangerie

La-France-Cafe-Boulangerie
Kredit Gambar: Kronos (Google Review)
La-France-Cafe-Boulangerie-
Kredit Gambar: Frederick Pui (Google Review)

Seperti namanya, La France Cafe Boulangerie adalah pakar dalam pastri yang diinspirasikan daripada Perancis. Mereka menawarkan pelbagai jenis roti yang baru dibakar, pastri, kek, dan pencuci mulut dengan menggunakan teknik pembuatan roti tradisional Perancis. Anda boleh menemui beberapa hidangan popular di sini seperti croissant, baguette, pain au chocolat, tart, dan eclair. Selain itu, kafe ini mempunyai ruang untuk para pelanggan menikmati roti yang baru dibakar sambil minum kopi, teh atau minuman lain.

Waktu Operasi: 
9:00 pagi – 2:30 petang (Selasa – Sabtu)
Tutup (Ahad, Isnin)

Alamat: 3b, Jalan Irrawaddi, 10050 George Town, Pulau Pinang

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/lafrancepenang/


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda  【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close