8 Restoran Terbaik di Kota Damansara 2025

Kota Damansara merupakan sebuah kawasan petempatan dan bandar di Lembah Klang, dalam mukim Sungai Buloh, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Ia terletak di antara Subang dan Petaling Jaya. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Kota Damansara telah berkembang pesat menjadi sebuah bandar popular dengan pelbagai kawasan perindustrian, pusat membeli-belah, kawasan perumahan dan banyak lagi, menjadikannya tempat yang ideal untuk didiami.

Jika anda sedang mencari tempat untuk menjamu selera bersama keluarga atau rakan anda, anda telah datang ke tempat yang betul kerana di sini kami menyenaraikan 8 restoran terbaik di Kota Damansara.

Tips untuk mencari restoran yang baik untuk dikunjungi di Kota Damansara.

Kota Damansara sangat padat dengan tarikan gaya hidup dan budaya makan yang pelbagai. Namun untuk mencari restoran yang baik anda perlulah mengambil kira beberapa langkah seperti menu, status halal dan belanjawan.

  1. Menu

Sesetengah restoran mungkin tidak menghidangkan jenis makanan yang anda inginkan. Justeru itu, anda perlu membuat semakan secara dalam talian dahulu sebelum datang ke restoran. Hal ini boleh membantu anda mendapatkan beberapa maklumat mengenai makanan dan minuman yang ditawarkan.

  1. Status Halal

Majoriti penduduk di Kota Damansara berbangsa Cina maka wajarlah kalau kafe kebanyakannya dimiliki oleh orang Cina. Jika anda seorang Muslim, anda perlu meneliti status Halal kafe tersebut sebelum anda berkunjung ke sana.

  1. Belanjawan.

Setiap restoran mempunyai kadar harga yang berbeza berdasarkan masakan yang ditawarkan. Jadi, anda harus meletakkan bajet anda sebelum membuat pilihan bagi mengelakkan sebarang kesukaran berlaku.

8 Restoran Terbaik di Kota Damansara 2023

1. Soru Station

Soru Station
Kredit gambar: Dina Shamila

Jika anda mencari restoran masakan barat dengan harga yang berpatutan, Soru Station pilihan terbaik untuk anda. Soru Station terletak di Residency Sunway Damansara, Petaling Jaya. Restoran  ini menawarkan pelbagai menu yang terdiri daripada masakan barat. Antara hidangan yang perlu anda cuba sekiranya berkunjung ke restoran ini ialah  Mixed Grill Platter, Chicken Parmigiana dan Roasted Chicken. 

Alamat: 40, Jalan PJU 5/20b, 28 Residency Sunway Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

  • 12:00 tengah hari – 11:00 malam (Selasa – Ahad)
  • Ditutup pada hari Isnin

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

2. ATSKY PJ

ATSKY PJ
Kredit gambar: KL Foodie

ATSKY PJ mempunyai reka bentuk hiasan yang eksklusif dan elegan. Bukan itu sahaja, ia juga menyediakan 3 ruangan makan iaitu ruang tertutup (indoor), ruang terbuka (rooftop) dan ruang majlis (event hall). Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Youyu Beef Steak, Spaghetti Seafood Marinara dan Seafood Aglio Olio. Walaupun reka bentuk restoran ini mewah, namun anda tidak perlu risau kerana harga makanan yang ditawarkan masih berpatutan.

Alamat: A-3A-08, Dataran Cascade, Jalan PJU 5/1, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 12:00 pagi (Setiap hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

3. Julio’s Restaurant

Julios Restaurant
Kredit gambar: Zomato

Julio restaurant ini diinspirasikan daripada gaya Timur Tengah. Ia terletak di Jalan Teknologi, Kota Damansara. Restoran ini bukan sahaja menyajikan masakan dari Timur Tengah malah ia juga menawarkan masakan barat. Antara hidangan istimewa yang ditawarkan ialah El Paso Shrimp, El Paso Chicken, Shawarma, Kebab, Oven Beef Yoghurt & Tahini Sauce dan Oven Beef  with Tomato.

Alamat: G-25, Jalan Teknologi, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 3:00 petang – 3:00 pagi (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

4. The Uma Bali

The Uma Bali
Kredit gambar: TripAdvisor

Uma Bali memberikan anda pengalaman berada di Indonesia tanpa perlu meninggalkan Malaysia. Restoran Bali ini mempunyai reka bentuk dalaman yang unik dan menarik penuh dengan budaya Indonesia. Restoran ini terkenal dengan hidangan seperti Balinese Soft Pork Ribs, Itik Goreng, Jus Alpukat dan banyak lagi. 

Alamat: 7, Jalan PJU 5/21, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 2:30 petang, 5:30 petang – 9:30 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review:  Di Sini

5. Nasi Arab Ta’if

Nasi Arab Taif
Kredit gambar: Mai Singgah

Sukakan nasi Arab? Nasi Arab Ta’if merupakan salah satu restoran makanan Arab yang terkenal di Kota Damansara. Restoran ini terkenal dengan juadah Lamb Mandy dan Hanith Lamb Mandy. Pada hujung minggu, restoran ini sering dipenuhi pelanggan. Jadi, atur waktu anda dengan baik sebelum datang ke sini.

Alamat: No 43, Jalan PJU 5/20E, The Strand, Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

6. Mookata Thai BBQ Steamboat Restaurant

Mookata Thai BBQ Steamboat Restaurant
Kredit gambar: Moo-Ka-Ta

Restoran Steamboat BBQ Thai Mookata ialah pilihan yang sesuai untuk mereka yang ingin menikmati Mookata yang lazat dan asli. Mookata diterjemahkan secara kasar daripada bahasa Thailand, yang bermaksud “daging babi” dan “kuali”. Restoran ini telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pelanggan terdahulu mengenai kelazatan hidangannya. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan harga yang berpatutan.

Alamat: 13-1, Jalan PJU 5/15 Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 11:00 malam (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

7. Little Yum Yum

Little Yum Yum
Kredit gambar: Bangsar Babe

Ingin cuba masakan Nyonya? Mari kunjungi Little Yum Yum bersama-sama dengan keluarga anda. Little Yum Yum merupakan sebuah restoran yang menyajikan pelbagai jenis makanan Nyonya yang berkhasiat pada harga yang berpatutan. Antara hidangan yang popular di restoran ini ialah  Ayam Pandan, Udang Telur Masin dan Nasi Ayam Kam Heong. 

Alamat: F-50-G, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 3:00 petang, 5:00 petang – 9:30 malam (Setiap hari)

5:00 pm – 10:00 pm (Rabu)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di sini

8. Amigos Restaurant

Amigos Restaurant
Kredit gambar: TripAdvisor

Restoran Amigos mempunyai reka bentuk yang luas dengan persekitaran yang santai, menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda meluangkan masa bersama rakan mahupun keluarga. Restoran ini terletak di Persiaran Surian, Kota Damansara dan mula beroperasi dari 12 tengah hari hingga 1 pagi. 

Alamat: Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 1:00 pagi (Setiap Hari)

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di Sini

Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close