Apple Watch merupakan peranti canggih yang bukan hanya berfungsi untuk memaparkan waktu semasa, malah ia juga boleh digunakan untuk menghantar mesej, membaca e-mel dan menjawab panggilan. Selain itu, pengguna juga boleh menerima notifikasi, membuat bayaran menerusi servis Apple Pay, fungsi Siri dan banyak lagi.
Selain daripada ciri elektroniknya yang maju, Apple Watch juga mempunyai reka bentuk yang premium serta didatangkan dengan tali yang boleh ditanggalkan. Secara tidak langsung, hal ini membolehkan anda memilih warna dan jenis tali berdasarkan kehendak dan cita rasa anda. Berikut adalah 8 tali jam Apple Watch terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.
Tips untuk memilih tali jam yang sesuai dengan Apple Watch anda:
Memilih tali jam yang sesuai dengan cita rasa anda boleh menjadi sukar ekoran terdapat pelbagai pilihan di pasaran. Oleh itu, anda perlu mengambil kira aspek saiz, warna dan harga tali jam sebelum membelinya.
1. Saiz
Pastikan anda memilih saiz tali jam yang bersesuaian dengan versi Apple Watch anda.
2. Warna
Tali jam biasanya datang dalam pelbagai warna dan corak bergantung pada jenama. Oleh itu, anda haruslah memilih warna dan corak yang disukai oleh anda.
3. Harga
Tali jam Apple Watch boleh menjadi agak mahal bergantung pada jenamanya. Jadi, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
8 Tali Jam Terbaik untuk Apple Watch di Malaysia 2023
1. Simple Silicone Strap

Simple Silicone Strap ini didatangkan dengan tekstur yang lembut dan selesa pada kulit walaupun selepas dipakai dalam jangka masa yang lama. Tali jam ini dilengkapi dengan ciri boleh laras yang membolehkan anda melaraskan tali mengikut saiz pergelangan tangan anda. Bukan itu sahaja, tali ini juga dipasarkan dengan pelbagai pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Warna: Hitam, kelabu, putih, coklat, biru, hijau, kelabu gelap, kuning air, emas, oren, merah, hijau limau
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Tali boleh laras
✅ Pelbagai warna
✅ Mudah untuk dipakai
Harga: RM7.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Elastic Nylon Strap

Elastic Nylon Straps ini didatangkan dengan reka bentuk kasual dan ringkas serta mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep pakaian. Tali ini diperbuat daripada nilon yang menjadikannya tahan lasak sekali gus membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, tali ini juga boleh dicuci. Namun, perlu diingati bahawa ia hanya boleh dicuci dengan menggunakan tangan.
Spesifikasi:
- Bahan: Nilon
- Warna: Hitam, kelabu, kelabu gelap, coklat, kuning, merah jambu, pic, turquoise, biru laut.
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Tali boleh laras
✅ Pelbagai warna
✅ Bahan elastik
Harga: RM6.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Stainless Steel Strap

Stainless Steel Strap ini merupakan pilihan yang ideal untuk anda yang sedang mencari tali jam dengan rupa yang profesional dan berkelas. Tali jam ini sesuai untuk digunakan ketika majlis atau acara formal. Ia diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lasak dan tahan lama. Selain itu, tali jam ini tidak disarankan kepada anda yang mempunyai kulit sensitif ekoran ia tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Perak, hitam, emas, ‘rose gold’, perak hitam, perak emas
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Bahan logam
Harga: RM22.86 – RM29.89
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Lito Clear Strap

Lito Clear Strap ini boleh digunakan pada semua siri Apple Watch. Tali ini diperbuat daripada TPU berkualiti tinggi yang menjadikannya fleksibel, tahan lama dan serap hentakan. Bukan itu sahaja, TPU juga digunakan bagi menghalang tali jam daripada kekuningan. Tali ini didatangkan dengan 2 pilihan warna sahaja iaitu transparent dan hitam.
Spesifikasi:
- Bahan: TPU
- Warna: Transparent, hitam
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Tona neutral
✅ Serap hentakan
Harga: RM18.50 – RM45.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Elastic Watch Band

Elastic Watch Bands ini mempunyai rupa yang agak unik dengan reka bentuk seakan ‘scrunchie’. Tali ini didatangkan dengan tali elastik dan tidak memerlukan sebarang cangkuk secara tidak langsung memudahkan anda untuk memakainya. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada poliester yang menjadikannya ringan dan tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: Poliester
- Warna: Pelbagai warna
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Tona neutral
✅ Mudah untuk dipakai
Harga: RM9.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Lace Silicone Band

Lace Silicone Band ini sesuai untuk anda yang menggemari konsep manis dan comel. Ia juga didatangkan dengan reka bentuk yang mudah untuk disesuaikan dengan pelbagai konsep pakaian. Bukan itu sahaja, tali ini juga dipasarkan dengan 6 pilihan warna yang menarik untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Warna: Putih, biru, ungu, merah, hitam, merah jambu
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Reka bentuk feminin
✅ Kalis air
Harga: RM7.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Metal Shaped Band

Metal Shaped Bands ini menampilkan kemasan emas matte yang elegan serta didatangkan dalam pelbagai bentuk, termasuklah segi empat tepat, reben, bunga dan petak. Tali ini sesuai untuk digunakan pada majlis istimewa seperti ulang tahun, makan malam dan janji temu. Selain itu, tali ini diperbuat daripada metal yang menjadikannya tahan karat dan ringan.
Spesifikasi:
- Bahan: Metal
- Warna: Rose gold
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Elegant dan bergaya
✅ Tiada cangkuk
✅ Pelbagai reka bentuk
Harga: RM7.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Nylon Woven Loop

Jika anda sedang mencari tali jam dengan reka bentuk yang ringkas dan bergaya, maka Nylon Woven Loops ini pilihan terbaik untuk anda. Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna yang boleh anda pilih berdasarkan cita rasa anda. Selain itu, tali ini diperbuat daripada woven yang menjadikannya sesuai untuk dipakai ketika bersenam dan berlari.
Spesifikasi:
- Bahan: Woven
- Warna: Hijau, Hitam, Merah, Biru, Biru navy, Merah jambu, Biru langit, Silver, Kelabu gelap, Coklat
- Saiz: 38 MM, 40 MM, 42 MM, 44 MM
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang minimalis
✅ Ringan
✅ Tahan lasak
Harga: RM26.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.