Tart keju tidak sama seperti tart telur. Ini kerana, ia mempunyai tekstur inti yang berbeza. Ia enak dinikmati semasa hangat mahupun sejuk. Lapisan keju keras di luar dan lembut di dalam. Keraknya pula rangup. Anda pasti menyukainya jika anda penggemar keju.
Jika anda sedang mencari Tart Keju yang terbaik di Pulau Pinang, anda mungkin akan menemuinya di dalam artikel ini. Jadi, apa tunggu lagu? Teruskan membaca bagi mengetahui 10 tart keju terbaik di Pulau Pinang 2023.
Apakah Bahan Utama Dalam Pembuatan Tart Keju?
Tart keju dibuat menggunakan pastri tart. Kemudian, ia akan diisi dengan inti yang dibuat menggunakan krim, krim keju Philadelphia dan keju parmesan.
Adakah Tart Keju Dihidangkan Secara Panas Atau Sejuk?
Lazimnya, tart dibuat menggunakan pastri yang rangup dan rapuh sebagai keraknya. Kerak direka secara terbuka bagi diisi dengan inti yang berkrim mahupun buah-buahan dan kastard.
10 Tart Keju Terbaik di Penang 2023
1. Yin’s Sourdough Bakery & Cafe
Tart keju lembut Yin’s Sourdough Bakery & Cafe mempunyai kerak dan isi yang sangat enak. Jika ia tidak mencukupi untuk anda, cuba juga koleksi roti berkrim, kek keju dan puding keju mereka! Keju berkrimnya hanya mengalir keluar apabila anda menggigitnya.
Waktu Operasi:
8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin – Ahad)
Tutup pada Rabu
Alamat: 11, Pesara Claimant, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 011-24195118
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Continental Bakery
Orang ramai suka datang ke Continental Bakery untuk roti mereka yang baru dibakar dan tart keju. Selepas gigitan pertama, ia pasti akan menggoda dan membuatkan anda ingin memesannya lagi. Selain itu, mereka juga menawarkan tart buah-buahan dan tart lain seperti tart telur tipikal dan Portugis.
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 33, Jalan Nagor, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 04-2283814
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
3. La Vie En Rose Pâtisserie
La Vie En Rose Bakery diasaskan sebagai kedai pastri dan kafe yang diilhamkan daripada gaya Perancis. Salah satu hidangan mereka ialah Tart Keju. Di sini, anda juga boleh mendapatkan roti dan kek yang dibuat khas. Kunjungilah bakeri ini sekarang!
Waktu Operasi:
10.00 pagi hingga 6.30 petang (Rabu – Ahad)
Tutup pada Isnin dan Selasa
Alamat: 19, Lebuh Melayu, George Town, 10100 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 014-3336480
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
4. Dolce
Dolce merupakan lokasi yang ideal untuk anda mengadakan pertemuan bersama rakan-rakan dalam suasana yang nyaman dan minimalis. Anda juga boleh memesan latte atau teh hijau mereka. Jangan lupa untuk menggandingkannya dengan pelbagai perisa Tart Keju di sini seperti Matcha Burned, Nutella dan Strawberi.
Waktu Operasi:
11.00 pagi hingga 7.00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup pada Isnin
Alamat: 18, Jalan Kek Chuan, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 014-3336480
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Mon Delice Patisserie
Mon Delice Patisserie adalah salah satu bakeri yang terbaik di sini. Anda boleh menilai mereka menerusi warna Tart Keju mereka yang sedikit berbeza dengan isi yang ringan dan enak. Kejunya juga meleleh keluar. Pasti akan memikat selera anda!
Waktu Operasi:
11.00 pagi hingga 7.00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup pada Isnin
Alamat: 33, Jalan Westlands, George Town, 10400 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 04-2264394
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
6. Summer Dessert Bakery
Summer Dessert Bakery menyediakan Tart Keju yang segar daripada ketuhar. Mereka ingin memastikan bahawa bahan-bahan segar yang digunakan dapat memenuhi cita rasa anda. Setiap hari, pembuat roti mereka akan mula mengadun dan menyediakan roti sebaik sahaja mereka tiba. Kawalan suhu, kaedah mengadun, semuanya dibuat dengan teliti. Apabila anda masuk ke kedai, anda akan disambut dengan aroma pastri yang baru dibakar dan tart berkerak yang menyelerakan.
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 8.30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: All Season, Jalan Thean Teik, Farlim, 11500 Air Itam, Penang
No. telefon: 04-8288898
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
7. Bread History (Gurney Plaza)
The Bread History menyediakan pelbagai jenis produk termasuklah Tart, Roti dan Kek buatan tangan yang paling lazat dan segar dari ketuhar. Ia sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Penuhi keinginan anda dengan memesan Roti Rata, Tart Buah-buahan dan Brioche. Pelbagai jenis tart keju yang baru dibakar termasuklah Blueberry dan Coklat dengan Nutella Brioche boleh dipesan di sini.
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: Gurney Plaza, 170-B1-35, Persiaran Gurney, 10250 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 04-3750070
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI8. Golden Crust
Golden Crust menggalakkan operasi membakar hidangan mereka dalam jumlah yang kecil bagi mengekalkan kesegaran rasanya. Mereka menggunakan bahan-bahan yang terbaik dan kaedah pembakar tradisional untuk makanan istimewa. Nikmati Tart Keju, Roti Gulung, Quiche dan Caneles yang sangat sedap! Di sini, banyak tempat duduk di dalam dan di luar yang disediakan untuk pelanggan. Ini adalah tempat yang terbaik untuk bertemu dengan rakan-rakan lama sambil menikmati hidangan bakar yang menarik.
Waktu Operasi:
8.00 pagi hingga 3.00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup pada Isnin
Alamat: G-4, Menara Asas, 598, Jalan Tanjung Bungah, 11200 Tanjung Bungah, Penang
No. telefon: 016-4118127
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
9. Kia Lai Cake Pastry
Anda akan disambut dengan aroma hidangan dan pastri yang baru dibakar daripada Kia Lai Cake Pastry! Mereka menyediakan Tart Keju Blueberry buatan tangan yang sangat enak dengan lapisan keju ringkas dan sedikit garam serta lada sulah. Ia dibakar setiap hari untuk mengekalkan kesegarannya. Anda boleh membawanya pulang memandangkan tempat duduk di sini sangat terhad.
Waktu Operasi: 9.30 pagi hingga 7.30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 2C, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 016-2078955
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
10. Hokkaido Baked Cheese Tart (Queensbay Mall)
Jenama Hokkaido Baked Cheese Tart sangat terkenal. Mereka mempunyai banyak lokasi di seluruh Malaysia. Anda boleh merasai keenakannya pada gigtan yang pertama. Intinya sangat lembut manakala keraknya pula rangup. Kombinasi ini telah menjadikan Tart Keju mereka sangat enak dan memikat selera.
Waktu Operasi: 10.30 pagi hingga 10.30 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 3021, Persiaran Bayan Indah, 11900 Bayan Lepas, Penang
No. telefon: 04-6180925
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.