Daripada susu soya buatan sendiri kepada susu soya buatan industri, boleh dikatakan susu soya memang dekat di hati rakyat Malaysia. Minuman ini merupakan minuman yang boleh didapati di mana-mana kedai dan pada bila-bila masa. Susu soya juga menjadi trend pada hari ini, dengan peningkatan kedai minuman estetika seperti kafe hipster. Selain itu, peningkatan para pengguna untuk mengamalkan gaya hidup sihat turut mempengaruhi pembelian susu soya di pasaran.
Susu soya adalah pengganti yang bagus untuk susu tenusu, terutamanya apabila ia dihidangkan sebagai pencuci mulut atau pastri untuk orang yang tidak boleh mengambil laktosa. Selain itu, susu soya juga mempunyai rasa unik kekacang di dalam setiap tegukannya. Apa yang pasti, susu soya dapat mengenyangkan perut anda yang sedang kelaparan.
Apakah kebaikan susu soya?
Secara amnya, susu soya baik untuk badan anda kerana ia tinggi dengan protein tetapi rendah kandungan gula dan kalori. Di dalam susu soya, terkandungan Isoflavon iaitu berfungsi untuk mengurangkan risiko kanser, osteoporosis dan gejala menopaus. Vitaman B juga terdapat dalam susu soya dan berperanan untuk mengurangkan keletihan yang anda alami setelah penat bekerja seharian.
Asid lemak Omega-3 yang terdapat di dalam susu soya merupakan lemak sihat yang dapat membantu anda mengurangkan risiko gejala penyakit Demensia dan juga Alzheimer. Potassium di dalam susu soya juga berperanan untuk membantu mengekalkan tekanan darah lebih rendah dan akhir sekali, seperti sedia maklum, kalsium boleh membantu anda menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis. Maka, mulakanlah hari anda dengan susu soya mengikut saranan doktor demi kesihatan anda.
11 Susu Soya Terbaik di Malaysia 2025
1. Soymaster Soyamilk

Soymaster ialah Susu Soya Buatan Malaysia yang tidak mengandungi sebarang Pengawet, dan Pewarna Tiruan. Selain itu, Soymaster mengandungi Omega 3 yang kaya dan Bebas Kolesterol. Soymaster merupakan salah satu susu soya yang terlaris di Malaysia.
Saiz: 320ml or 920ml / Bottle
Negara Pengeluar: Malaysia
Bahan-bahan: Ekstrak kacang soya Non GMO, Gula, Air & Garam.
Laman web: Klik
Harga: RM 2.00 – RM 2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Homesoy Original Soy Milk

Susu Soya Asli Homesoy dibuat menggunakan kacang soya bukan GMO dengan 100% gula tebu yang organik. Resipi ini berasaskan organik yang turut mematuhi piawaian organik EU dan NOP AS untuk memastikan pengguna bebas daripada racun perosak dan pengawet. Kemanisan dan kepekatan susu soya ini seimbang dan memuaskan hati ramai pengguna.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 4.9 g per 100 ml
Saiz: 250 ml, 300 ml and 1 Liter.
Harga: RM2.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. V-Soy Multi-grain Soy Bean Milk

Susu V-Soy Multi-Grain Soy Bean mempunyai lebih banyak rasa daripada susu soya yang asli kerana ia digabungkan dengan pelbagai bijirin termasuklah beras perang ungu, malt, barli dan bijan hitam. Bijirin ini juga telah banyak menyumbang kepada kandungan nutrisi dan kelikatan susu soya tersebut sehingga menjadikannya minuman yang digemari oleh ramai orang.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 6.5 g per 100 ml
Saiz: 250 ml and 1 Liter
Harga: RM5.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Farm Fresh Original Fresh Soy Milk

Farm Fresh terkenal dengan susu segar dan juga susu soyanya. Farm Fresh mendakwa susu soya keluaran syarikat mereka dibuat menggunakan resepi turun-temurun dari tahun 1956 dengan hanya menggunakan tiga bahan utama. Susu soya ini mempunyai konsistensi tekstur yang baik dan ada juga yang mendakwa bahawa rasanya seperti tau fu fah!
Bahan Pengawet: Tiada
Gula: None
Saiz: 1 Liter
Harga: RM6.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. HOMESOY Brown Sugar Soy Milk

Ini adalah satu lagi pilihan susu soya yang sangat baik, terutamanya bagi mereka yang inginkan rasa susu soya yang lebih manis. Susu soya ini mempunyai ketebalan yang sama seperti versi asal. Penggantian gula biasa dengan gula perang menambahkan lagi rasa karamel atau toffee ke dalam susu soya ini menjadikannya lazat dan enak.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 4.9 g per 100 ml
Saiz: 250 ml, 300 ml and 1 Liter
Harga: RM2.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. V-Soy Original Soya Bean Milk

V-Soy Original Soya Bean Milk mempunyai rasa asli buatan sendiri yang juga boleh membekalkan vitamin, kalsium, asid folik dan 9g protein soya pada setiap hidangan. Susu soya ini mempunyai tekstur yang lebih pekat yang membuatkan rasa soya manis ini berlarutan lebih lama di lidah anda.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 6 g per 100 ml
Saiz: 250 ml and 1 Liter
Harga: RM5.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Lactosoy Unsweetened

Lactosoy Unsweetened mengandungi 8 asid amino penting dan asid lemak tak tepu yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan kita. Susu soya ini merupakan pilihan terbaik untuk individu yang mementingkan kesihatan. Jenama ini biasanya boleh didapati dalam pek kecil 500 ml di pasar raya tetapi anda sentiasa boleh membeli pek 1 liter di Shopee.
Bahan Pengawet: Tiada
Gula: None
Saiz: 125 ml and 1 Liter
Harga: RM7.77
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Sanitarium So Good Long-life Regular Soy Milk

So Good Regular Soy Milk mengandungi protein soya yang terpelihara. Ini bermakna setiap peringkat pemprosesan dipantau dan dikawal oleh syarikat pengeluar untuk mengurangkan kemungkinan kacang soya bercampur dengan GMO. Susu soya ini kaya dengan protein tetapi rendah lemak tepu, gula dan natrium.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 2 g per 100 ml
Saiz: 1 Liter
Harga: RM11.70
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Yeo’s Soy Bean Milk

Minuman soya ini merupakan salah satu minuman kegemaran sepanjang masa sejak beberapa generasi di Malaysia. Walaupun beberapa tahun berlalu, syarikat pengeluar sentiasa berjaya mengekalkan rasa soya yang asli dan tradisional serta teksturnya yang berkrim licin. Satu hidangan Susu Kacang Soya Yeo boleh memberi anda kandungan nutrien yang sama seperti susu lembu yang diperkaya untuk kesihatan anda.
Bahan Pengawet: Tiada
Gula: 7.8 g per 100 ml
Saiz: 250 ml, 300 ml, 350 ml and 1 Liter
Harga: RM2.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. F&N Nutri Soy Fresh Soy Milk

F&N NutriSoy Fresh ialah minuman soya pertama yang dipasteur di Malaysia. Proses pempasteuran ini membantu untuk membunuh mikrob selain mengekalkan nutrien, rasa dan kesegaran kacang soya. Susu soya ini mengandungi sehingga 9 asid amino yang penting untuk pembinaan dan pertumbuhan tisu.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 4.3 g per 100 ml
Saiz: 250 ml, 300 ml and 1 Liter
Harga: RM6.55
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
11. Drinho Soy Bean Milk

Drinho mempunyai peminat yang ramai kerana ia kaya dengan rasa soya selain harganya yang berpatutan. Soya ini mempunyai rasa berkrim tetapi teksturnya ringan. Jika anda tidak menyukai susu soya yang pekat, maka susu soya inilah untuk anda. Selain itu, susu soya ini boleh dijadikan sarapan walaupun anda sedang terburu-buru untuk ke pejabat kerana meminumnya dapat mengisi perut anda dengan sempurna tanpa mengambil masa yang lama.
Bahan Pengawet: Ada
Gula: 4.9 g per 100 ml
Saiz: 250 ml, 300 ml and 1 Liter
Harga: RM2.59
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Urutan jenama produk di dalam artikel ini tidak mempunyai urutan secara spesifiknya. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.