10 Serbuk Kopi Terbaik di Malaysia 2023

Wakey-wakey! Mulakan hari anda dengan secangkir kopi panas. Seteguk kopi yang dipanggang dengan kesempurna dan dikongsi bersama yang tersayang. Pastinya pagi anda akan lebih bermakna. Ayuh telusuri senarai 10 Serbuk Kopi Terbaik di Malaysia 2023 pada hari ini!

10 Serbuk Kopi Terbaik di Malaysia

Advertise With My Weekend Plan

1. Nescafe Classic Arabica & Robusta Blend

Nescafe Classic Arabica Robusta Blend
Kredit gambar: Shopee

Mulakan pagi anda dengan secawan NESCAFÉ Classic yang segar untuk membuka mata dan merangsang deria anda. NESCAFÉ Classic signature blend ini diperbuat daripada biji kopi Arabica dan Robusta. Proses pemrosesan yang unik adalah kunci kemenjadian setiap aroma dan perisa biji kopi untuk mengekalkan aroma dan rasa yang istimewa.

Bahan-bahan: Biji Kopi

Negara asal: India

Saiz: 100g

Harga: RM15.50

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

2. Boncafe Gourmet All-Day Coffee Ground/Beans

Boncafe Pure Espresso Ground Gourmet Coffee
Kredit gambar: Shopee

Boncafe All Day Ground Coffee memiliki rasa enak dan menyelerakan. Selain itu, ia turut mempunyai aroma yang istimewa. Selain itu, ia dipanggang 100% daripada biji kopi Arabica daripada Amerika Tengah, Amerika Selatan, dan Afrika. 

Bahan-bahan: 100% Kopi Kisar Arabika

Negara asal: Singapura

Saiz: 200g

Harga: RM21.25

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

3. Essenso Super Coffee

Essenso Super Coffee
Kredit gambar: Tesco

Biji kopi ini diperbuat 100% daripada biji kopi Arabika yang premium dan merupakan kopi segera larut. Penghasilan biji kopi ini menggunakan teknik proprietari Microplus, biji kopi yang dikisar secara halus bagi mengekalkan intipati biji kopi itu. Essenso menawarkan yang terbaik kepada penggunanya – iaitu rasa segar biji kopi yang dipanggang dan mudah untuk dinikmati.

Bahan-bahan: 100% Biji Kopi Arabika Premium, Kopi Segera, Kopi MicroGround Colombia

Negara asal: Malaysia

Saiz: 40g

Harga: RM12.05

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

4. Starbucks Caffe Verona Ground Coffee

Starbucks Caffe Verona Ground Coffee
Kredit gambar: Starbucks

Ini adalah kopi yang melambangkan cinta sejati, dan ketiga-tiga nama dicipta hanya untuk restoran yang terletak di Seattle pada tahun 1975, yang diberi nama oleh Jake’s Blend. Apa yang mengujakan adalah ia disukai ramai sehingga memiliki peminat tersendiri. Terdapat banyak pilihan kopi yang diceduk dan dikisar untuk anda nikmati di Starbucks ketika di mana resepinya dikenali dengan kaedah ‘80/20 Blend’. Rasa cinta yang begitu utuh menjadikan ia akhirnya diberi nama sebagai Verona, iaitu bandar yang menginspirasikan banyak orang. Pendek kata, hal ini adalah berkisar tentang dengan cinta sejati. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan  biji kopi ini sekarang kerana rasanya pasti akan membuatkan anda jatuh cinta. 

Bahan-bahan: Kopi Arabika 100% Panggang dan Kisar

Negara asal: Portugal

Saiz: 200g

Harga: RM23.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

5. My Liberica Classic Whole Bean

My Liberica Classic Whole Bean
Kredit gambar: Shopee

Serbuk kopi ini diperbuat daripada biji kopi yang terbesar jika dibandingkan dengan robusta dan arabica. Serbuk kopi ini memiliki rasa berasap, berkacang, ‘floral’ dengan sedikit sentuhan ‘dark chocolate’, beri yang ranum dan rempah ratus. Ia akan meninggalkan rasa yang amat ‘smooth’ sesudah anda menikmati sekaligus rasa itulah yang akan membuatkan fikiran dan hati anda kekal terpaut kepadanya.

Bahan-bahan: 100% biji kopi

Negara asal: Malaysia

Saiz: 200g

Harga: RM37.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

6. Key Coffee Premium Stage Special Blend Ground Coffee Powder

Key Coffee Premium Stage Special Blend Ground Coffee Powder
Kredit gambar: Key Coffee

Key Coffee menggunakan kaedah Original Blend Technology sepenuhnya. Teknologi Memanggang ini adalah rahsia yang membawa kepada keenakan yang dikawal menerusi komputer bertujuan memaksimumkan atau menyerlahkan rasa biji kopi yang unik. Manakala, proses memanggang pula berfungsi untuk mengkaji warna, aroma, dan perisa yang terbaik untuk produk kopi ini. Di samping itu, pek vakuum VP memastikan rasa dan aroma seperti kopi yang baru dibancuh dapat dikekalkan untuk tempoh yang lama. Ini adalah Kopi Campur yang diperbuat 100% daripada biji kopi Arabia yang dipanggang menggunakan api. Seterusnya, ia menzahirkan rasa kopi yang ‘deep’ sekaligus rasa yang amat harmoni dengan keasidan rasa pahit kopi. Seterusnya, kopi campur ini melambangkan KEY Coffee yang memiliki kualiti yang begitu memuaskan hati pencinta kafein.

Bahan-bahan:100% Biji Kopi Arabika Panggang Sederhana

Negara asal: Jepun

Saiz: 200g

Harga: RM32.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

7. Merito Traditional Black Coffee Powder

Merito Traditional Black Coffee Powder
Kredit gambar: Merito

Merito Sarawak Traditional Black Coffee. Sudah terang lagi bersuluh bahawa ini merupakan kopi tradisional yang amat terkenal di Sarawak. Dapatkan kopi hitam yang dipanggang dengan mentega premium untuk rasa dan aroma yang lebih menyengat. Nikmati saat terindah dalam hidup anda dengan secawan kopi hitam dengan rasa asli yang begitu mempesonakan. Dapatkan Merito pada hari ini juga!

Bahan-bahan: 6 Biji Kopi Campur & Mentega

Negara asal: Malaysia

Saiz: 500g

Harga: RM20.99

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

8. Poucafe Origine Premium Ground Coffee

Poucafe Origine Premium Ground Coffee
Kredit gambar: Shopee

Mulakan pagi anda dengan ‘coffee time’ bersama Poucafe Origine Premium Ground Coffee.  Rasa kopi yang penuh aroma dan pahit pastinya akan membuatkan anda segar! Bila lagi ingin mencuba biji kopi premium kalau bukan hari ini? Nikmati bersama pastri kegemaran anda untuk gandakan keceriaan anda pada hari ini!

Bahan-bahan: 100% Kopi Kisar Arabika

Negara asal: Indonesia

Saiz: 250g

Harga: RM42.00

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

9. Pellini No. 46 Cremoso Ground Coffee

Pellini No. Cremoso Ground Coffee
Kredit gambar: Shopee

Pellini No. 46 Cremoso adalah antara produk terbaru yang dihasilkan secara khusus bagi memenuhi pasaran Itali. Serbuk kopi ini memiliki saripati dan kemuncak rasa tradisi kopi panggang Itali selama bertahun-tahun. Ia merupakan campuran unik antara biji kopi Arabica dan Robusta. Selain itu, Pellini no 46 ini turut seimbang walaupun hanya dengan kopi. Di samping itu, biji kopi ini turut dipanggang dengan sederhana, kaya dengan aroma dan memiliki rasa yang kuat serta dibuat khusus untuk penggunaan mesin pembancuh kopi automatik.

Bahan-bahan: 100% Kopi Kisar Arabika

Negara asal: Italy

Saiz: 250g

Harga: RM38.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

10. Lavazza Tin Crema E Gusto Ground Coffee

Lavazza Tin Crema E Gusto Ground Coffee
Kredit gambar: Shopee

Rasa berkrim dan semestinya enak. Itulah gerangan diberi kepada serbuk kopi campuran antara biji kopi Arabika (Brazil) dan Robusta (Indonesia). Gabungan ini menghasilkan bau yang akan membuat si penggemar kopi terbuai-buat di samping memiliki rasa yang tidak perlu diperjelaskan lagi keenakannya. Kombinasi intensiti yang begitu sempurna bersama aroma yang diseimbangkan dengan baik. Sudah pasti ia dapat menjadi terapi untuk anda nikmati pada bila-bila sahaja dan di mana jua anda berada.

Bahan-bahan:Kopi Kisar Arabika dan Robusta

Negara asal

Saiz: 250g

Harga: RM29.90

*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close