Kamera filem pakai buang tidak sama seperti kamera digital yang biasa kerana ia mempunyai jumlah tangkapan yang terhad. Namun hasil tangkapan gambar daripada kamera filem pakai buang ini selalunya akan memberikan anda rupa analog yang menggamit nostalgia.
Kamera pakai buang ini mudah untuk digunakan kerana ia tidak memerlukan kawalan manual semasa mengambil gambar. Hal ini menjadikannya kamera yang sesuai untuk anda yang baru dalam bidang fotografi. Satu-satunya tetapan yang anda boleh ubah pada kamera pakai buang ialah lampu flash dan butang mengambil gambar. Adakah anda bersedia untuk memulakan pengembaraan fotografi anda? Berikut adalah 8 kamera pakai buang terbaik di Malaysia pada tahun 2023!
Apakah yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kamera pakai buang?
Terdapat pelbagai jenis kamera pakai buang yang didatangkan dengan ciri yang berbeza dan bergantung pada jenamanya. Antara faktor yang anda harus pertimbangkan semasa membeli kamera pakai buang ialah lampu flash, ciri kalis air, jenis filem dan bilangan gambar yang boleh diambil.
1. Lampu flash
Jika anda inginkan kamera yang boleh digunakan pada waktu malam dan siang, anda perlulah memilih kamera pakai buang yang mempunyai lampu flash! Hal ini kerana lampu flash dapat membantu menambah cahaya pada subjek anda yang membolehkan anda mengambil gambar di dalam keadaan gelap!
2. Kalis Air
Jika anda merancang untuk pergi bercuti atau melakukan aktiviti luar seperti mendaki, memancing dan sebagainya, maka anda disarankan untuk mendapatkan kamera pakai buang yang mempunyai ciri kalis air. Kamera pakai buang yang mempunyai ciri kalis air didatangkan dengan binaan kedap air yang membolehkannya digunakan ketika berada di dalam air tanpa merosakkan filem.
3. Jenis Filem
Percaya atau tidak, setiap kamera pakai buang didatangkan dengan jenis filem yang berbeza daripada segi tona warna, kontras, dan banyak lagi. Jadi, sekiranya anda ingin mengambil gambar dengan tona hitam putih, anda boleh memilih kamera pakai buang dengan filem tona hitam putih.
4. Bilangan Gambar
Setiap jenama kamera pakai buang didatangkan dengan jumlah tangkapan yang berbeza, di mana semakin banyak jumlah tangkapan maka semakin mahal harga kamera tersebut. Namun anda tidak perlu risau kerana harga yang ditawarkan masih berpatutan.
8 Kamera Pakai Buang Terbaik di Malaysia 2023
1. Kodak Fun Saver
Kodak FunSaver merupakan salah satu kamera pakai buang yang menjadi pilihan ramai. Kamera ini didatangkan dengan filem warna negatif ‘iso 800’. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai “latitud exposure” yang membolehkan anda mengambil gambar di bawah cahaya matahari mahupun di tempat gelap. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan filem bertona hangat.
Spesifikasi:
- Filem: Filem warna negatif ‘iso 800’
- Exposure: 27
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ Serba guna
✅ Latitud exposure yang bagus
✅ Bagus untuk digunakan di tempat cerah dan gelap
✅ Berfungsi dengan baik dalam cahaya yang malap
Harga: RM98.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Kodak Water & Sport Waterproof
Anda sedang mencari kamera dengan ciri kalis air? Kamera pakai buang Kodak Water & Sport Waterproof ini pilihan terbaik untuk anda. Kamera ini didatangkan dengan reka bentuk tahan lasak serta dilengkapi dengan ciri kalis air yang membolehkannya digunakan sehingga kedalaman 50 kaki. Ia menggunakan filem jenis Kodak Max 800 bagi menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi, lebih jelas dan mempunyai butiran halus yang cantik.
Spesifikasi:
- Filem: Kodak Max 800
- Exposure: 27
- Flash: Tiada
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Sesuai untuk aktiviti luar
✅ Bingkai kalis hentakan
✅ Kanta kalis calar
✅ Gambar lebih jelas
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Fujifilm Simple Ace
Fujifilm Simple Ace merupakan kamera pakai buang yang paling sesuai untuk anda mengambil gambar pada waktu malam. Hal ini kerana, ia dilengkapi dengan filem iso 400 dan flash yang mampu memberikan ‘exposure’ pada gambar anda. Kamera pakai buang ini didatangkan dalam saiz yang agak kecil dan mudah alih yang memudahkan anda untuk menyimpan dan membawanya ke mana sahaja. Namun, jika anda ingin menggunakan kamera ini pada waktu siang, anda perlulah memastikan jumlah cahaya mencukupi untuk menerangi subjek anda dengan jelas.
Spesifikasi:
- Filem: iso 400
- Exposure: 27
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Jepun
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk kegunaan pada tempat gelap
✅ Menggunakan filem iso 400
✅ Didatangkan bersama flash
Harga: RM124.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Kodak 400TX Black & White Flash Disposable Camera
Jika anda seseorang yang lebih gemar mengambil gambar dengan tona hitam dan putih, maka kamera pakai buang keluaran Kodak ini sangat sesuai untuk anda! Kamera ini menggunakan Filem Iso Kodak TX 400TX yang akan memberikan anda hasil gambar hitam dan putih yang cantik. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan flash.
Spesifikasi:
- Filem: 400TX Iso Kodak
- Exposure: 27
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ Kesan hitam dan putih
✅ Padat dan ringan
Harga: RM79.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Kodak HD Power Flash Single Use Disposable Camera
Kamera ini didatangkan dengan filem Max 800 serta dilengkapi dengan beberapa fungsi kawalan yang mudah. Ia mempunyai reka bentuk kecil dan ringan yang membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, bersesuaian dengan namanya “Power flash”, kamera ini turut dilengkapi dengan lampu flash yang boleh mencecah sehingga 4.5 meter.
Spesifikasi:
- Filem: Filem Max 800
- Exposure: 39
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Kelebihan:
✅ 39 ‘exposure’
✅ Lampu flash berkualiti tinggi
✅ Lampu flash dengan jarak lebih jauh
✅ Sesuai digunakan dalam keadaan gelap
Harga: RM97.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. LOMOCREWZ Motion Film Disposable Camera
Kamera ini didatangkan dengan filem Kodak 500T Tungsten Motion Film yang menawarkan efek gambar seperti sinematik Hollywood. Ia turut mempunyai 36 ‘exposure’ dan lampu flash. Untuk menghidupkan mod lampu flash, anda hanya perlu menekan butang lampu flash sehingga lampu indikator berwarna merah menyala. Hal ini menandakan bahawa lampu flash sudah siap untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Filem: Kodak 500T Tungsten Motion Film
- Exposure: 36
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ 36 ‘exposure’
✅ Memberikan kesan sinematik
Harga: RM80.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ilford Harman Black and White
Kamera pakai buang ini menggunakan filem HP5 plus 400 iso hitam putih asli klasik serta dilengkapi dengan ‘latitud exposure’ yang sangat bagus! Selain itu, kamera ini boleh berfungsi dengan baik dalam tempat yang cerah dan gelap walaupun tanpa kehadiran lampu flash.
Spesifikasi:
- Filem: Filem iso HP5 Plus 400
- Exposure: 27
- Flash: Tiada
- Negara Pengeluar: United Kingdom
Kelebihan:
✅ Efek gambar hitam dan putih
✅ Latitud exposure yang bagus
Harga: RM59.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Lomo 400 Simple Use
Kamera pakai buang ini menggunakan filem lomography 400 serta mempunyai ‘latitud exposure’ yang baik dengan tona warna yang sangat menarik. Bukan itu sahaja, ia juga lengkapi dengan Optik plastik yang membolehkan kamera ini menghasilkan gambar yang lebih lembut dan unik berbanding kamera Kodak dan Fuji.
Spesifikasi:
- Filem: Lomography 400
- Exposure: 36
- Flash: Ya
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Ringgan
✅ Mudah digunakan
✅ Didatangkan dengan pelbagai “filter” yang boleh digunakan mengikut kehendak anda
Harga: RM116.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.