8 Tempat Menarik di Kuala Kubu Bharu 2023

Kuala Kubu Bharu merupakan destinasi hujung minggu yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pencinta alam semula jadi. Selain itu, ibu kota daerah Hulu Selangor ini terletak 60km di utara Kuala Lumpur. Kuala Kubu Bharu kaya dengan gunung-ganang yang tinggi dan sungai-sungai yang mengalir jernih. Kawasan ini dibina semula selepas musnah akibat banjir pada abad ke-18 dan bandar baharu itu dinamakan Kuala Kubu Bharu.

Pekan kecil ini mempunyai bangunan bersejarah, mural dan pemandangan landskap hijau yang segar. Selain itu, ia turut menawarkan aktiviti sukan yang mencabar seperti pendakian. Bagi yang tidak tahu, pekan ini turut mempunyai air terjun indah dan hutan simpan yang subur. Terdapat juga homestay dan tempat penginapan selesa yang disediakan untuk anda bagi menikmati percutian anda di sini. 

Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Kubu Bharu?

Sesekali, anda mahukan percutian yang dekat dengan rumah anda. Percutian yang tidak memakan masa berjam-jam untuk sampai ke destinasi. Kuala Kubu Bharu ini sebenarnya pekan kecil yang berdekatan dengan Ulu Yam yang terletak di Selangor. Selain menawarkan kecantikan alam semula jadi, and anda juga boleh menikmati panorama indah di Empangan Sungai Selangor. Tempat ini sering menjadi lokasi bergambar buat mereka yang sukakan fotografi. Selain itu, anda juga boleh ke restoran Hainan yang sudah pun berusia 100 tahun, yang bernama Sun Sun Nam Cheong.

Kuala Kubu Bharu atau KKB ini terkenal dengan landskap yang menyajikan sukan air seperti rafting. Anda juga boleh berkelah di Taman Tasik Milenium atau berkhemah di Ampang Pecah yang merupakan empangan lama. Paling menyeronokkan, rasailah pengalaman mandi air panas di kolam air panas semula jadi yang terletak di Hulu Tamu Hot Springs.

8 Tempat Menarik di Kuala Kubu Bharu 2023

1. Bukit Kutu

Hike Up Bukit Kutu
Kredit Gambar: @mimiazwar and @bbchia99
Hike Up Bukit Kutu
Kredit Gambar: @xakila and TripAdvisor

Sebelum anda mendaki Bukit Kutu, anda boleh bersarapan ringan di Pasar Kuala Kubu. Pendakian anda bermula apabila anda tiba di jambatan yang separa tumbang dan anda perlu menyeberangi sungai kecil. Perlu diingatkan bahawa aliran sungai ini boleh menjadi deras semasa hujan lebat. Trek mendaki terdiri daripada pelbagai jenis jalan sama ada curam mahupun rata jadi amat penting bagi anda berhati-hati ketika mendaki. Laluan trek ada ditandakan oleh pejabat hutan di situ tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan untuk mendaki secara berkumpulan kerana ia lebih selamat. Trek yang pelbagai dengan rimbunan pokok yang menutupi jalan boleh mengelirukan anda dan membuat anda sesat dari laluan asal. Selepas mendaki, anda boleh menikmati hidangan tempatan seperti nasi goreng kambing di medan selera yang berhadapan dengan Masjid KKB. Permit diperlukan untuk mendaki Bukit Kutu, jadi sediakan dokumen yang diperlukan sebelum anda mendaki.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Bukit Kutu, 44000, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

2. Lookout Point di Empangan Sungai Selangor

Check Out The View At The Lookout Point Sungai Selangor Dam
Kredit Gambar: Divya kumaran Sivaretnam
Check Out The View At The Lookout Point Sungai Selangor Dam
Kredit Gambar: CY Lee
Check Out The View At The Lookout Point Sungai Selangor Dam
Kredit Gambar: Chan Yut Seng

Lookout Point di empangan Sungai Selangor merupakan tarikan yang kurang dikenali oleh para pengunjung. Ia terletak di sepanjang jalan utama ke Bukit Fraser dari pekan Kuala Kubu Bharu. Tempat ini mempunyai pemandangan panorama Empangan Sungai Selangor yang indah dan menakjubkan. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira sejam memandu dari Kuala Lumpur. Angin yang sejuk dan alam semula jadi yang hijau memukau ini menjadikannya lokasi yang sesuai untuk berkelah. Dari tempat meninjau, anda boleh melihat pemandangan tasik biru sambil menikmati snek dan sandwic. Anda juga boleh bergambar di sini kerana ia menawarkan pemandangan alam semula jadi yang memukau.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Lookout Point Sungai Selangor Dam, 55, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

3. PieRose Swiftwater

Go Whitewater Rafting With PieRose Swiftwater
Kredit Gambar: @pieroseswiftwater
Go Whitewater Rafting With PieRose Swiftwater
Kredit Gambar: @pieroseswiftwater

Jika anda sukakan cabaran, apa kata anda cuba harungi jeram yang mencabar dengan PieRose Swiftwater? PieRose Swiftwater merupakan syarikat yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri yang pakar dalam Whitewater rafting, atau aktivti mengharungi jeram yang mencabar. Bertempat di Kuala Kubu Bharu, ramai pengunjung yang meminati sukan mencabar ini mengambil pakej yang ditawarkan di sini. Kakitangan terlatih di syarikat ini terdiri daripada pemandu tempatan yang berpengalaman daripada komuniti orang asli tempatan. Selain itu, peralatan sukan air yang digunakan pula hanyalah yang menepati standard antarabangsa sahaja. Syarikat ini melakukan aktiviti sukan air yang mencabar ini di Sungai Selangor. Namun jika ada pihak yang meminta syarikat ini membekalkan perkhidmatan dan peralatan mereka bagi kumpulan yang lebih besar di sungai lain, mereka boleh menawarkannya.

Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi-5.00 petang)

Alamat: PieRose Swiftwater SDN BHD, Jalan Ampang Pechah, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Google Map: Navigate Now

Google Reviews: Here

Laman web: https://www.instagram.com/pieroseswiftwater/

4. Taman Tasik Milenium

Have a Picnic At Taman Tasik Milenium
Kredit Gambar: @mellisa_rizky and @im_princessminnie2020
Have a Picnic At Taman Tasik Milenium
Kredit Gambar: @funzool and Foursquare

Taman Tasik Milenium ialah taman rekreasi yang selesa dengan pemandangan tasik yang menakjubkan. Ia merupakan lokasi yang sesuai bagi aktiviti berkelah, berkhemah, bersenam, mendaki, berbasikal dan bermain layang-layang. Anda boleh melihat burung berterbangan di sekitar kawasan ini selain memiliki peluang untuk bergambar di setiap sudut taman yang indah. Terdapat juga taman permainan kanak-kanak untuk merek yang datang bersama keluarga.  Secara keseluruhannya, taman ini merupakan tempat yang sesuai untuk bersiar-siar atau berehat bersama keluarga sambil menikmati alam semula jadi.

Waktu operasi: Setiap hari (6.00 pagi-7.00 petang)

Alamat: Taman Tasik Milenium, Taman Milenium, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://mphs.gov.my/?s=Taman+Tasik+Milenium

5. Air Terjun di Kuala Kubu Bharu

Experience The Kuala Kubu Waterfalls and Hiking Trails
Kredit Gambar: CK Chong
Experience The Kuala Kubu Waterfalls and Hiking Trails
Kredit Gambar: Jerry Li
Experience The Kuala Kubu Waterfalls and Hiking Trails
Kredit Gambar: Jerry Li

Kuala Kubu Bharu dipenuhi dengan kehijauan yang subur, hutan hujan tropika yang indah, gunung, tasik, dan sungai yang jernih. Perjalanan ke air terjun dan trek mendaki di Kuala Kubu Bharu ini hanya memakan masa 15-20 minit sahaja dari susur keluar Bukit Beruntung. Di sini, anda boleh berkelah di tepi batu dan melihat gelagat orang asli bermain dengan anjing mereka. Anda juga boleh menikmati bunyi air terjun yang mengalir sambil mandi di sungai yang sejuk dan jernih.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Kuala Kubu Waterfalls and Hiking Trails, Kuala Kubu Bharu

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

6. Ampang Pecah (Old Dam)

Camp At Ampang Pecah Old Dam
Kredit Gambar: kkbtourism.blogspot.com
Camp At Ampang Pecah Old Dam
Kredit Gambar: kkbtourism.blogspot.com and Tripadvisor

Menurut sejarah Ampang Pecah yang juga merupakan empangan lama, pada Februari 1883, bandar Kuala Kubu telah musnah akibat banjir besar. Kejadian ini disebabkan oleh empangan yang pecah berhampiran bandar itu. Dahulunya, pekan lama tersebut dikenali sebagai Ampang Pecah dan kini ia dikenali sebagai Kuala Kubu Bharu. Untuk makluman anda, ramai pengunjung ke sini untuk berkelah dan berkhemah. Sungai di tempat ini sangat jernih dan cetek, menjadikannya kawasan yang sesuai buat kanak-kanak bermain sungai pada hari yang panas.

Waktu operasi: Setiap hari

Alamat: Ampang Pecah (Old Dam), 24, Taman Ampang Pecah, Taman Tanjak, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

7. Restoran Sun Sun Nam Cheong

Enjoy Authentic Hainanese Food At Sun Sun Nam Cheong
Kredit Gambar: lokallocal.com
Enjoy Authentic Hainanese Food At Sun Sun Nam Cheong
Kredit Gambar: lokallocal.com

Sun Sun Nam Cheong ialah kedai kopi berusia 100 tahun yang menyajikan potongan ayam asli yang dicicah dengan kuah berwarna coklat terang. Hidangan ini dihidangkan bersama bawang, kentang goreng, sayur-sayuran dan telur. Untuk makluman anda, restoran ini menyajikan masakan Hainan yang terkenal dan sedap. Antara masakan yang popular ialah mi Hainan, nasi goreng dan kopi Hainan yang wangi. Kedai ini dibuka pada pukul 7.00 pagi tetapi sering sesak dengan pengunjung kerana popular dengan masakannya. Jika anda mahu ke sini, anda perlu datang lebih awal bagi memudahkan aktiviti santapan anda.

Waktu operasi: Setiap hari (7.00 pagi-3.00 petang)

Alamat: Sun Sun Nam Cheong, 8, Jalan Mat Kilau, Pekan Kuala Kubu Bharu, 44000 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

8. Hulu Tamu Hot Springs

Pamper Yourself At Hulu Tamu Hot Springs
Kredit Gambar: nasrulhakim Adnan
Pamper Yourself At Hulu Tamu Hot Springs
Kredit Gambar: Atifah Hafiz
Pamper Yourself At Hulu Tamu Hot Springs
Kredit Gambar: San Yuan Teo

Nikmati pengalaman yang menyenangkan ketika berendam dalam kolam mata air panas semula jadi di Hulu Tamu Hot Springs. Tempat ini menawarkan kolam awam dan kolam tertutup bagi keperluan dewasa dan kanak-kanak. Jika anda ingin berendam secara privasi dalam kolam mata air panas, anda hanya perlu membayar RM10 sahaja kerana kawasan ini mempunyai teduhan yang menutupi kolam tersebut. Jadi, orang di luar tidak dapat melihat anda berendam di dalam kolam. Bagi kolam mata air panas awam pula, hanya RM3 sahaja dikenakan. Biasanya suhu air adalah antara 30 ℃ hingga 40 ℃. Terdapat juga taman permainan kanak-kanak untuk mereka yang datang bersama keluarga. Tempat ini juga mempunyai kawasan tempat letak kereta yang luas.

Waktu operasi: Jumaat-Rabu (Sepanjang masa), Khamis (tutup)

Alamat: Hulu Tamu Hot Springs, Hulu Tamu, 44300, Selangor

Google Map: Klik

Google Reviews: Klik

Laman web: https://www.visitselangor.com/hulu-tamu-hot-springs/

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close