10 Makanan Bayi Terbaik di Malaysia 2023

Bayi anda sudah berumur 6 bulan tetapi anda tidak tahu cara untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi anda? Tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pejal? Bimbang sekiranya anak anda makan makanan segera yang penuh dengan pengawet, perasa dan pewarna tambahan?

Dilema ini sering dialami oleh ibu-ibu muda terutamanya yang berkerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan pejal untuk bayi mereka. Namun, kini anda boleh menarik nafas lega kerana terdapat banyak syarikat dan usahawan yang telah mengambil inisiatif untuk menghasilkan produk makanan bayi yang asli, semula jadi dan sihat. Berikut adalah 10 makanan bayi terbaik di Malaysia.

Apakah yang perlu dipertimbangkan ketika hendak membeli makanan bayi?

Memandangkan makanan bayi ini didatangkan dalam pelbagai pilihan, anda perlulah mempertimbangkan beberapa faktor semasa memilih makanan bayi agar ia memenuhi semua ciri yang anda perlukan. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan:

1. Bahan-bahan

Memandangkan makanan bayi didatangkan dalam pelbagai perisa dan bahan, anda disarankan untuk memilih makanan bayi yang mengandungi bahan kegemaran anak anda. 

2. Jangka hayat

Sesetengah makanan bayi diperbuat daripada bahan organik dan tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, jadi ia hanya mampu bertahan selama 3 hingga 12 bulan bergantung kepada jenis makanan. Jadi, anda tidak disarankan untuk membeli secara pukal. 

3. Jenis

Makanan bayi boleh didapati dalam pelbagai jenis dan bentuk seperti bijirin, bubur dan biskut. Jadi, anda boleh memilih makanan bayi yang bersesuaian dengan umur anak anda.

10 Makanan Bayi Terbaik di Malaysia 2023

1. Nestle Cerelac NutriPuffs

Nestle Cerelac NutriPuffs
Kredit gambar: Shopee

Nestle Cerelac NutriPuffs diperbuat daripada perisa sayuran yang terdiri daripada lobak merah dan brokoli. Kedua-dua sayuran tersebut kaya dengan kalsium, zink, B1 dan zat besi yang bagus untuk minda dan tulang bayi anda. Nestle Cerelac NutriPuffs ini didatangkan dalam bentuk bulat supaya bayi anda mudah untuk memegangnya. Hal ini sekali gus boleh membantu bayi anda untuk belajar cara makan sendiri.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Beras, Tepung Jagung, Olein Sawit, Tepung Oat (6.6%), Serbuk Brokoli (3.2%), Serbuk Lobak Merah (2.6%), Mineral (Kalsium, Besi, Zink), Vitamin B1, Vitamin E (mengandungi Soya), Semua Bahan Tambahan adalah dari Tumbuhan dan Asal Sintetik
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Saiz: 25 g

Kelebihan & Keburukan:

Mengandungi zat besi, B1, zink, dan kalsium
Diperbuat daripada sayur-sayuran
Pilihan rasa terhad

Harga: RM2.73

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Nestle Cerelac Infant Cereals

Nestle Cerelac Infant Cereals
Kredit gambar: Shopee

Bagi ibu bapa yang menggemari tekstur berkrim atau makanan bayi berasaskan bijirin, Nestle Cerelac Infant Cereals pilihan terbaik untuk anda. Produk ini mengandungi nutrien dan serat penting bagi membolehkan bayi anda mendapat diet yang sihat dan seimbang. Ia mengandungi 13 vitamin dan mineral serta tinggi dengan vitamin C, D, E, B12 dan A. Dengan itu, bayi anda akan mendapat lebih daripada 50% pengambilan zat besi setiap hari. Hal ini membolehkan bayi anda membesar dengan kuat dan sihat.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Beras, Kacang Soya, Gula, Tepung Susu Skim (Susu Lembu), Minyak Sayuran (Olein Sawit, Minyak Biji Serai, Minyak Kelapa, Minyak Bunga Matahari), Serbuk Epal (Glukosa, Pekat Jus Epal), Mineral (Kalsium Karbonat, Sodium Phosphate, Ferric Pyrophosphate, Zink Sulphate, Potassium lodide), Pisang, Maltodekstrin, Asid Docosahexaenoic (Minyak Ikan), Vitamin (C, E, Niacin, Kalsium Pantotenat, B2, B1, B6, A, Asid Folik, Biotin, D3, B12), Serbuk Oren (Jus Oren, Glukosa), Pati Jagung, Taurin, Vanillin, Kultur Probiotik (B.Lactis CNCM I-3446), Mengandungi Pengemulsi (Lesitin Soya) sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Mengandungi Perisa yang Dibenarkan, Semua Bahan Tambahan adalah daripada Tumbuhan atau Sintetik
  • Negara Pengeluar: Switzerland
  • Saiz: 250 g

Kelebihan & Keburukan:

Mengandungi pelbagai nutrien dan serat
Tinggi vitamin
Mengandungi zat besi dan bifidus bl untuk usus yang sihat
Tidak sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah

Harga: RM9.65

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Heinz Pouches in Vanilla Custard

Heinz Pouches in Vanilla Custard
Kredit gambar: Shopee

Anda sedang mencari makanan bayi yang mudah untuk dibawa ketika ‘travel’? Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Heinz Pouches ini. Ia didatangkan dalam bentuk ‘pouch’ seperti paket minuman bagi memudahkan anda untuk membawanya ke mana sahaja. Ia dipasarkan dalam pelbagai perisa yang boleh anda pilih berdasarkan perisa kegemaran anak anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Air, Susu Krim (25%), Gula, Tepung Jagung, Mentega Tanpa Garam, Krim, Perisa Vanila Asli
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 120 g

Kelebihan & Keburukan:

Sesuai untuk ‘travel’
Didatangkan dalam pelbagai perisa
Pembungkusan ‘pouch’
Tidak boleh diambil sebagai makanan harian

Harga: RM6.84

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Bebedang Organic Puffed Rice Snack

Bebedang Organic Puffed Rice Snack
Kredit gambar: Shopee

Biskut bayi keluaran Korea Selatan ini sangat sesuai untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas. Biskut ini diperbuat daripada beras organik dan bahan perisa asli seperti epal, pisang, brokoli, ubi keledek dan labu manis. Biskut ini sangat ringan dan mudah untuk dipegang oleh bayi anda. Bukan itu sahaja, ia juga membantu dalam perkembangan otot si kecil anda. Biskut ini mempunyai tekstur yang rapuh dan mudah cair di dalam mulut.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Beras Putih, Beras Putih Organik 99.7%, Pucuk Beras Organik 0.3%, Epal – Beras Putih Organik 97.7%, Jus Epal 2%, Pucuk Beras Organik 0.3%, Pisang – Beras Putih Organik 99.4%, Pucuk Beras Organik 0.3 %, Serbuk Pisang Organik 0.3%, Brokoli – Beras Putih Organik 99.4%, Pucuk Beras Organik 0.3%, Serbuk Brokoli Organik 0.3%, Labu – Beras Putih Organik 99.4%, Pucuk Beras Organik 0.3%, Serbuk Labu Manis Organik 0.3%, Ungu Sweet Potato – Nasi Putih Organik 99.4%, Pucuk Beras Organik 0.3%, Serbuk Ubi Ungu Organik 0.3%
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan
  • Saiz: 30 g

Kelebihan & Keburukan:

Organik
Didatangkan dalam pelbagai perisa
Ringan dan panjang
Tidak banyak produk

Harga: RM15.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Gerber Organic Teethers

Gerber Organic Teethers
Kredit gambar: Shopee

Gerber Organic Teether ini diperbuat daripada tepung beras organik serta mengandungi perisa sayuran atau buah-buahan semula jadi dan organik. Ia bebas daripada gluten, GMO dan garam, namun masih mempunyai sedikit gula organik. Biskut ini sesuai untuk bayi berumur 7 bulan ke atas.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung Beras Organik, Kanji Tapioka Organik, Gula Organik, Serbuk Mangga Organik, Serbuk Pisang Organik (Tulen Pisang Kering Organik, Lesitin Bunga Matahari Organik), Serbuk Lobak Merah Organik, Campuran Tocopherol (untuk Mengekalkan Kesegaran).
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 48 g

Kelebihan & Keburukan:

Bebas gluten
Mudah larut
Berbentuk wafer
Hanya bertahan selama 5 hari selepas dibuka

Harga: RM38.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. HappyBaby Organic Superfood Puffs

HappyBaby Organic Superfood Puffs
Kredit gambar: Ubuy

Makanan bayi ini didatangkan dalam bentuk seperti bijiran kecil dan mudah untuk digenggam oleh si comel anda. Ia mempunyai tekstur yang rapuh dan senang cair di dalam mulut. Makanan ini kaya dengan vitamin seperti vitamin A, E dan B12 yang merupakan vitamin penting untuk tumbesaran bayi anda. Selain itu, makanan ini juga mengandungi kolin yang berfungsi untuk menyokong kesihatan otak dan mata. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Tepung beras perang organik, tepung beras putih organik, jus epal organik, Mengandungi 2% atau kurang daripada yang berikut: Serbuk strawberi organik, serbuk bit organik, tokoferol campuran (untuk mengekalkan kesegaran), Vitamin dan Mineral: Dikalsium fosfat , choline bitartrate (kolin), kalium klorida, kalsium karbonat, natrium askorbat (vitamin C), trikalsium fosfat, pirofosfat ferik (besi), dl-alpha-tocopheryl acetate (vitamin E), vitamin A asetat, cholecalciferol (vitamin D3), kalsium d-pantothenate (asid pantotenat (vitamin B5)), zink oksida, niacinamide (vitamin B3), tiamin mononitrat (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), pyridoxine hydrochloride (vitamin B6), cyanocobalamin (vitamin B12).
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 60 g

Kelebihan & Keburukan:

Bebas gluten
Tinggi vitamin
Penyimpanan mudah
Sesuai untuk ‘travel
Hanya bertahan selama seminggu selepas dibuka

Harga: RM19.99 – RM20.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Baby Natura Organic Riceberry Puffs

Baby Natura Organic Riceberry Puffs
Kredit gambar: Shopee

Baby Natura Organic Riceberry Puffs ini pilihan terbaik untuk bayi yang mempunyai alergi terhadap makanan tertentu. Hal ini kerana, ia tidak mengandungi bahan seperti laktosa, telur, kacang dan garam. Makanan bayi ini diperbuat daripada beras Jasmin serta variasi beras berwarna ungu dari Thailand yang tinggi dengan mineral, serat dan antioksidan. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Epal Dengan Beri– Beras Organik dan Beras Jasmine : 77%, Serbuk campuran Apple Berry Organik (Apple Maquiberry Delima Blueberry Strawberry Raspberry Cranberry) : 16%, Gula perang organik : 6%, Minyak bunga matahari organik : 1%, Campuran Sayuran – Beras Organik dan Beras Jasmine : 97%, Serbuk campuran sayuran organik : 2%, Minyak bunga matahari organik : 1%, Labu dengan Lobak Merah – Beras Organik dan Jasmine : 74%, Serbuk labu organik : 11%, Serbuk lobak merah organik : 8%, Gula perang organik : 6%, Minyak bunga matahari organik : 1%
  • Negara Pengeluar: Thailand
  • Saiz: 40 g

Kelebihan & Keburukan:

Bentuk donat
Tinggi serat, mineral dan antioksidan
Bebas daripada bahan alergi
Hanya bertahan selama 5 hari selepas dibuka

Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. NBH Baby Food Travel

NBH Baby Food Travel
Kredit gambar: Shopee

NBH Baby Food Travel ini merupakan jenama makanan bayi buatan Malaysia yang tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya seperti gula, garam, pengawet dan perasa tambahan. Anda hanya perlu menambahkan air panas pada makanan ini dan ia sedia untuk dihidangkan. Ia didatangkan dalam pelbagai perisa daripada ayam panggang hingga mangga dan epal. Makanan ini sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas.

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: 100 % beras putih, Beras, Ubi, Beras Lobak Merah Bahan Beras, Lobak Merah, Beras Labu Jagung Manis Bahan Beras, Labu, Jagung Manis, Beras Perang Banana Pear Bahan Beras Perang, Pisang, Pear, Beras Epal, Kurma, Beras Pitaya, Bahan Kurma Beras, Buah Naga & Kurma & Vanila Organik, Beras Mangga, Vanila Epal Beras, Mangga, Epal & Vanila, Beras Bahan Ayam Bakar Nasi, Isi Ayam, Saderi, Campuran Herba & Bayam Merah
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 150 g

Kelebihan & Keburukan:

Tidak mengandungi bahan berbahaya
Mudah untuk digunakan
Pelbagai perisa
Jangka hayat pendek

Harga: RM15.00 – RM20.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Izzly Homemade Baby Food

Izzly Homemade Baby Food
Kredit gambar: Shopee

Rangkaian produk keluaran Izzly Homemade Baby Food bukan hanya terhad kepada biskut-biskut bayi sahaja. Jenama ini turut mengeluarkan pelbagai produk lain seperti bubur segera, serbuk sayur-sayuran, serbuk ayam dan serbuk ikan bilis yang sudah pasti akan memudahkan anda di dapur. Setiap produk yang dihasilkan tidak mengandungi sebarang bahan pengawet, bahan tambahan, perisa tiruan dan pewarna tiruan. 

Spesifikasi:

  • Bahan-bahan: Nasi Segera, Ikan Bilis, Keju, Daging Lembu, Ayam, Oat, Kacang Pisang, Lobak Merah, Labu, Jagung Manis, Ubi, Mangga
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 150 g

Kelebihan & Keburukan:

Cara penyediaan sangat mudah
Pelbagai perisa
Didatangkan dalam ‘sachet’
Jangka hayat pendek

Harga: RM17.00 – RM36.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. MommyJ Baby Organic Stick Noodle

MommyJ Baby Organic Stick Noodle
Kredit gambar: Shopee

Bosan dengan makanan bayi yang berasaskan beras atau bijirin? Cubalah MommyJ Baby Organic Stick Noodle ini. Ia merupakan snek mi yang ringkas dan mudah untuk dikunyah oleh bayi anda. Makanan ini mempunyai nutrien yang membantu dalam meningkatkan metabolisme, imuniti dan pertumbuhan bayi. Selain itu, ia juga tidak mengandungi sebarang garam serta diperbuat daripada bahan organik. 

Spesifikasi:

  • Bahanbahan: Tepung gandum organik, brokoli/ tomato/ labu dan air ditapis
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 200 g

Kelebihan & Keburukan:

Bahan-bahan organik
Bentuk mi
Tidak mengandungi garam
Jangka hayat pendek
Tidak sesuai untuk bayi yang mempunyai alergi

Harga: RM13.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close