6 Restoran Katsudon Terbaik di Johor 2023

Kaya dengan potongan daging babi yang rangup, bawang berperisa dan telur lazat yang direbus dalam sos manis dan masam, Katsudon sememangnya karya agung gastronomi. Hidangan ini merupakan gabungan harmoni untuk mencipta rasa dan tekstur berbeza yang menggiurkan. Selain itu, ia menjadi makanan yang mengenyangkan pada kebanyakan orang.

Anda boleh selami budaya tradisional masakan Jepun dan mencuba rasa Katsudon yang sukar dilupakan di Johor. Hidangan ini sesuai dirasai kerana menonjolkan budaya Jepun dan menambah keseronokan kepada pengalaman menjamu selera anda. Oleh sebab itu, kami mempersembahkan 6 restoran Katsudon untuk anda kunjungi bagi pengalaman menjamu selera yang penuh menyeronokkan ini. Jadi, inilah 6 restoran Katsudon terbaik di Johor.

Adakah Katsudon Diperbuat Daripada Babi?

Dalam dunia seni kuliner Jepun, Katsudon menonjol sebagai hidangan mangkuk nasi hirisan daging babi yang lazat. Hidangan ini mengandungi Tonkatsu, yang merupakan hirisan daging babi yang dilapisi dengan tepung roti dan dicampur dengan telur dan bawang yang ditumis. Bahan-bahan ini digaul dengan lembut dalam sos yang memberikan keseimbangan rasa dalam hidangan ini. Selain itu, ia adalah hidangan ‘comfort food’ bagi masyarakat Jepun. Donburi pula merujuk kepada mangkuk nasi, yang mempunyai kedudukan yang berprestij dalam dunia masakan Jepun.

Adakah Katsudon Hidangan Yang Menyihatkan?

Katsudon menawarkan keharmonian rasa dan tekstur yang menyenangkan. Namun, apabila mempertimbangkan nilai pemakanan, hidangan ini mungkin tidak memenuhi piawaian diet yang berfokus kepada kesihatan. Hirisan daging babi yang biasanya dilapisi tepung roti dan digoreng dalam minyak yang banyak boleh menyumbang kepada kandungan lemak dan kalori yang tinggi. Selain itu, sos yang manis mungkin mengandungi jumlah gula dan natrium yang banyak. Namun begitu, telur dan bawang boleh menambah nutrien yang bermanfaat dalam makanan ini. Jadi, anda boleh menikmati hidangan ini dengan porsi yang sesuai bersama dengan pemakanan yang seimbang.

6 Restoran Katsudon Terbaik di Johor 2023

Advertise With My Weekend Plan

1. Warakuya Japanese Restaurant

Warakuya-Japanese-Restaurant
Kredit Gambar: Marcus Goh
Warakuya-Japanese-Restaurant-
Kredit Gambar: Foursquare

Warakuya Japanese Restaurant menawarkan hidangan Jepun yang luar biasa dalam suasana yang hangat dan selesa. Sashimi mereka terkenal dengan kesegarannya dan Katsudon mereka juga patut dipuji. Restoran ini terkenal jadi ia sesak pada waktu puncak. Jika anda datang pada waktu puncak, anda perlu menunggu hidangan anda untuk dihidangkan kerena ia boleh mengambil masa yang lama. Hidangan Katsudon mereka mengambil masa 45 minit untuk disiapkan. Namun begitu, ia berbaloi dengan masa dan harganya.

Waktu Operasi: 11:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat43, Jalan Kuning 2, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-332 0789

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Kirishima Shuzou Japanese Restaurant

Kirishima-Shuzou-Japanese-Restaurant-
Kredit Gambar: Victor Huang
Kirishima-Shuzou-Japanese-Restaurant
Kredit Gambar: Kirishima Shuzou

Kirishima Shuzou Japanese Restaurant mempunyai suasana yang autentik dengan hiasan tradisional Jepun. Makanan dari hidangan sashimi sehinggalah kepada Katsudon adalah luar biasa dan enak. Hidangan Katsudon mereka menyediakan kombinasi sempurna antara daging babi yang lazat dan nasi yang kaya dengan rasa. Tempat letak kereta yang sempit mungkin menjadi cabaran, jadi anda disarankan untuk membawa kereta yang bersaiz kecil. Jangan lupa untuk meminta cop bagi tiket tempat letak kereta agar anda boleh mendapat kadar yang lebih rendah.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 2:30 petang, 6:00 petang – 10:30 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)

Alamat1st floor, Crystal Crown Hotel, 117 Jalan Tebrau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-276 2838

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/KirishimaJB/ 

semak laman web di sini

3. Kyudon 

Kyudon-
Kredit Gambar: leilei sing
Kyudon-
Kredit Gambar: Kyudon

Kyudon adalah sebuah restoran yang menerapkan nilai estetika Jepun yang unik. Restoran ini menggunakan kain merah untuk menghiasi siling dan memasang muzik lo-fi untuk mencipta suasana. Pelbagai hidangan menarik disediakan di sini, antaranya adalah Katsudon. Walaupun menu ini sederhana, tetapi ia tetap memuaskan ramai pelanggan. Anda boleh memesan teh hijau yang sejuk dan menyegarkan sambil menikamti hidangan tersebut. Suasana di restoran ini bakal membawa anda lari daripada kesibukan bandar.

Waktu Operasi: 12:30 tengah hari – 5:00 petang, 6:00 petang – 8:30 malam (Setiap hari)

Alamat13, Jalan Dhoby, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-578 8547

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kyudon.jb 

Instagram: https://www.instagram.com/kyudon.jb/ 

4. Rakuken

Rakuken
Kredit Gambar: Kevin Chong
Rakuken-
Kredit Gambar: 楽轩 Raku Ken

Rakuken menawarkan suasana yang selesa dan reka bentuk dalamannya yang berasaskan budaya Jepun. Oleh sebab itu, restoran ini wajib dikunjungi. Selain itu, mereka menghidangkan pelbagai sajian Jepun. Makanannya bukan sahaja sedap malah harganya berpatutan. Anda perlu mencuba Katsudon mereka di sini kerana ia lazat. Selain itu, restoran ini juga terkenal di Johor Bahru, jadi anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum berkunjung ke sini bagi memudahkan anda mendapat tempat letak kereta yang sesuai.

Waktu Operasi: 
12:00 tengah hari – 3:00 petang, 5:00 petang – 11:00 malam (Isnin – Khamis)
12:00 tengah hari – 11:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat33, Jalan Serampang, Taman Sri Tebrau, 80050 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-336 2550

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/xingfugarden98 

Instagram: https://www.instagram.com/raku_ken_/ 

5. Dee Bento House

Dee-Bento-House
Kredit Gambar: Dee Bento House – New
Dee-Bento-House-
Kredit Gambar: GrabFood

Dee Bento House menawarkan pilihan hidangan Jepun yang pelbagai. Hidangan Katsudon yang sangat lazat dan penampilan makanan ini boleh dianggap sebagai ‘comfort food’. Mereka juga menyajikan hidangan sampingan seperti salad yang menarik bersama Katsudon ini. Anda juga boleh mencuba Chuka Lidako, iaitu hidangan sotong kecil sejuk yang kaya dengan rasa umami dan disajikan bersama sos yang sedikit pekat.  Sungguh menyelerakan!

Waktu Operasi: 
11:00 pagi – 3:30 petang, 6:00 petang – 9:30 malam (Isnin – Khamis)
11:00 pagi – 3:30 petang, 6:00 petang – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)

Alamat8, Jln Sagu 15, Taman Daya, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-2689 4934

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Deebentohousenewacc/ 

Instagram: https://www.instagram.com/deebentohouse_new/ 

6. Hiko Shokudo

Hiko-Shokudo
Kredit Gambar: Hiko Shukudo
Hiko-Shokudo-
Kredit Gambar: Hiko Shukudo

Hiko Shokudo menawarkan pelbagai hidangan Jepun yang menarik. Salad set Tonkasu didatangkan dengan sos yang menarik bagi memberi kelainan kepada hidangan anda. Hidangan Katsudon mereka adalah terkenal di sini dan sering dihidangkan dengan perisa yang menggiurkan. Selain itu, perkhidmatan pelanggan mereka cemerlang dan penyediaan makanan juga pantas. Semua ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk dikunjungi lagi bersama rakan atau ahli keluarga.

Waktu Operasi: 
11:30 pagi – 2:30 petang, 5:00 petang – 9:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup (Ahad)

AlamatNo 44, Jalan Eko Botani 3/3 Taman Eko Botani Iskandar Puteri, 79100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 012-267 3225

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hikoshokudo/ 

Instagram: https://www.instagram.com/hikoshokudo/ 


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda  【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee  【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close